HAA-10

59 4 0
                                    

AFRINA hanya mendiamkan diri selama perjalanan mereka ke kampung halaman Datin Syakilah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AFRINA hanya mendiamkan diri selama perjalanan mereka ke kampung halaman Datin Syakilah. Ada juga Harith cuba untuk bercerita dengannya seperti semasa mereka berada di kedai tadi. Itu pun hanya untuk bertanya pendapat Afrina.

Afrina pula hanya membeli barang keperluannya. Dan semua kos Harith yang tanggung. Mana taknya, Afrina tinggal hanya sehelai sepinggang.

Harith mencuri pandang ke arah Afrina yang sedang merenung luar.

"Kau ok?" Harith memecah kesunyian antara mereka. Dia perasan gadis itu hanya mendiamkan diri sejak tadi.

Afrina seperti tersedar dari mimpi. Pandangan dialihkan ke arah Harith yang sedang merenung ke arahnya.

"Nampak aku macam tak ok ke?" Soal Afrina.

Tergelak Harith mendengar balasan gadis itu.

"Aku tanya je. Haih itu pun kau nak marah ke?" Balas Harith setelah tawanya sudah reda.

Afrina mencebik. Dasar!

"Ni. Aku nak tegur kau something" kali ini nada suara Harith kedengaran serius. Takut pula Afrina mendengar nada suara itu.

"Apa?"

"Baju-baju yang kau beli tu tak salah size ke?" Soal Harith. Matanya masih tertumpu pada jalan raya.

Berkerut dahi Afrina dibuatnya.

"Kenapa kau tanya?" Soal Afrina.

"Tak adalah. Cuma, baju-baju yang kau pilih tu. Adik aku pun tak muat nak pakai. Kecik sangat. Kau suka eh lelaki pandang kau?" Balas Harith. Dia saja mahu menegur. Dia tidak mahu gadis itu berterusan berpakaian yang menjolok mata.

Afrina mengemam bibir. Sedikit malu apabila lelaki itu menegur tanpa ada sikit pun rasa bersalah. Ha? Rasa bersalah?

"Aku tak cakap pun adik kau yang guna. Aku mana tahu lelaki pandang aku. Aku dengan diri aku je" balas Afrina dengan riak wajah yang tidak tasa bersalah.

Harith mengeluh perlahan.

"Aku ni Sajat ke, Afrina? Aku lelaki tulen" Harith menjeling seketika kepada Afrina.

"Kau nak tegur tu je?" Soal Afrina pula.

"Ada lagi"

Afrina menggumam perlahan.

"Nanti sampai rumah nenek. Jangan guna aku-kau" satu arahan yang Afrina harus patuhi.

Berkerut seribu dahi Afrina. Pelik!

"Dah kenapa aku kena ikut cakap kau pulak? Kau nak aku panggil kau abang? Pakcik? Encik?" Bertalu-talu soalan yang diajukan oleh Afrina.

Harith memberhentikan kereta dibahu jalan. Brek kereta ditarik. Seatbelt dibuka. Afrina hanya memerhati setiap gerak geri Harith. Apabila Harith memutarkan badan menghadap Afrina, mata mereka beradu antara satu sama lain.

𝐀𝐟𝐫𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐧𝐢𝐬𝐚 | BIDADARI TERAKHIR UNTUKNYA (SU)Where stories live. Discover now