Iris tidak tahu baju apa yang ingin dipakainya untuk keluar dengan Kahar malam ini . Sampailah dia terdetik untuk membuka sebuah kotak yang menyimpan baju kegemaran arwah mamanya. Berat hatinya tapi dia tiada pilihan selain itu sahaja.
++
Iris memilih untuk memakai salah satu baju kegemaran mamanya iaitu blouse biru muda bercorak bunga kecil bersama seluar putih .
Agak pelik untuk Iris yang sudah terbiasa memakai t-shirt besar berwarna gelap tetapi untuk malam ini dia mencuba untuk gayakan pakaian yang sedikit berbeza.
Iris melihat dirinya di cermin dan dia merasakan itu bukanlah dia , yang dia lihat hanya arwah mama dengan senyuman manisnya. Rasa rindu dihati mula timbul, namun memakai pakaian seperti ini buatkan dia terasa dekat dengan arwah mamanya.
++
Telefon Iris berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Kahar
Mana? Aku dah tunggu kat bawah ni!
Cepatlah milah!You
Sabarlah kahak aku dah siap dah
Nak turun dah nih!
++Iris bersiap turun ke bawah . Dia yang sudah melihat sosok Kahar dari jauh , terus mengangkat tangannya melambai ke arah Kahar.
"KAHAKK, SINI.....AKU KAT SINI"
Kahar yang sedang menunggu Iris di tepi motosikalnya hanya mengenakan hoodie berwarna biru gelap dan seluar jeans panjang. Kahar juga agak terkejut dengan pakaian Iris pada malam ini . Bahkan ini kali pertama Kahar melihat Iris berpakaian seperti ini.
"Dah aku dah siap , kita pergi naik motor ka? wah best, lama aku tak naik motor. Jom!!"
Iris yang terlalu teruja dari tadi tidak henti bercakap tetapi Kahar hanya diam memandangnya seolah terpaku dengan kecantikannya malam ini
"HOII, kau termenung apa lagi kahak jom lah kang aku balik dorm ha"
"Ehh jangan lah alaa kau ni milah aku tengok kau pun kau nak marah"
"Asal pulak kau tengok aku , baju aku tak okay ke?"
"Okay je baju kau . Cantik Milea , kau....nampak cantik"Kahar memuji Iris sambil tersenyum kambing . Muka Iris mula kemerahan tetapi dia masih mengawalnya agar tidak di perli oleh Kahar lagi.
"Dah lah jom"
++
KAHAR POV's
"KAHAKK, SINI.....AKU KAT SINI"
Aku mendengar seorang menjerit memangil nama aku . Aku tahu itu Milea , tiada sesiapa berani panggil aku dengan panggilan itu kecuali dia.
Aku memusingkan badan ke arahnya. Aku terpaku melihat Milea malam ni. Milea sangat berbeza malam ni, dia nampak cantik . Aku seolah tidak mengenalinya . Cantik yang tak dapat aku sampaikan dengan kata-kata cukup hati aku tahu menilainya .
End pov.
++
Mereka berdua menaiki motorsikal ke suatu tempat, entah tempat apa Iris sendiri tidak tahu kerana sepanjang perjalanan Kahar langsung tidak memberitahunya kemana Kahar mahu membawanya .
Iris memeluk Kahar erat di atas motorsikal kerana Kahar membawa motosikalnya agak laju seperti pelesit kalau Iris tahu bergini cara Kahar membawa motosikal pasti awal-awal lagi dia sudah mengucap, bak kata perpatah 'sediakan payung sebelum hujan'.
"Dia lupa ke aku dekat belakang dia ?"
Iris bermonolog dalam hatinya.
"Si Kahak ni memang nak aku mampus agaknya."
YOU ARE READING
PHC: Kahar & Milea love story
RomanceABDUL KAHAR||MILEA IRIS Apakah yang bakal terjadi bila dua musuh jatuh cinta pada gadis yang sama. Siapa yang dapat si gadis? Dan siapa pilihan hati si gadis? "Pernyataan aku mencintaimu adalah pernyataan yang berlaku tidak hanya di hari itu tapi j...