03

21 5 0
                                    


Restaurant pada malam itu tidak ramai pelanggan seperti selalu, tetapi keadaan nya tidak lah sunyi.

Dua figura lelaki yang sedang menjamah makanan menjadi perhatian dalam restaurant itu. Mungkin mereka mempunyai wajah yang kacak? Auch.

"Mika, kau kena tolong aku" Ziyyad meletakkan sudu nya di dalam pinggan. Berhenti seketika dari menyuap makanan.

"Tolong apa ni? Tolong bayar? Oh tidak. Kan dah deal siang tadi?" Mikael sambung mengunyah nasi goreng kampung nya. Tetiba perut nya craving kan nasi goreng kampung.

"Bukan, abang aku.."

"Abang kau kawin lain?"

Mikael meneguk air liur kesat apabila direnung tajam oleh Ziyyad bak belati .

"Okay okay, abang kau kenapa?" Mikael tanpa berloyar buruk kembali ke topik serius. Risau dia kena bayar makanan malam ni, elok-elok Ziyyad nak belanja ha.

"Abang aku kena pergi outstation, then dia minta aku jagakan anak dia "

"So? Jaga jela. Syarikat kau meh aku pegang" ditayangkan sengihan seposen nya.

"Be serious, Muhammad Mikael Wang"

"Alright , Iskandar"

Jus oren diteguk sedikit. Sebelum menolak pinggan nasi goreng kampungnya ke tepi sebentar. Ingin mengfokuskan diri kepada Ziyyad.

"Dia pergi sebulan, kakak ipar aku suruh cari babysitter dekat anak dia. Lusa diorang dah bertolak. Kau fikir sempat nak cekau orang dalam masa sehari ni?" Ziyyad menghembus nafas perlahan.

Kenapalah mama dia tak lahirkan adik lagi sorang? Susahkan adik dia je.

"Okay la sebulan je, bukan setahun.."

"Tak sekarang ni kau tolong aku cari babysitter tu.. Secepat yang mungkin" Ziyyad memandang redup ke arah rakannya. Bukannya dia nak paksa, tapi siapa lagi yang boleh membantu nya.

"Boleh. Tapi ada syarat." Mikael menaikkan kening nya berulang kali. Sengihan lebar ditayang misteri. Ziyyad mengeluh sebelum dia mengangguk. Ada je si Mikael ni.

"Naikkan gaji aku"

"Baik"

"Ouh wow. Seriously macam tu je ? Waaaaaau" Mikael membulatkan matanya. Mimpikah dia? Ziyyad, seorang yang selalu dingin naikkan gaji nya tanpa bantahan. Okay, terkezot.

"Sebulan je lah. Lepastu gaji kau standard balik" Ziyyad menyambung jamah makanan nya. Mikael tak letak berapa gaji dia kena naikkan, so valid tak kalau naikkan sepuluh ringgit?

"Okayy. Esok aku bawak orang. Kita temuduga dekat office kau. Amacam?"

Tanpa menjawab, Ziyyad hanya mengangguk sahaja. Entah dia bawak orang ke bawak haiwan lah. Tunggu sahaja la esok pagi. Janji dia tak perlu memikirkan hal itu.

"OKAY Aryn, silakan masuk dahulu tuan puteri" Radhiya Humaira , membuka pintu restaurant terlebih dahulu bagi Aryn memasukinya..

Sebaik kedua sahabat itu memasuki ruangan dalam, terus mencari meja yang hendak diduduki. Memandangkan keadaan yang tidak dipenuhi orang itu, banyak meja yang kosong jadi bingung nak duduk yang mana satu.

"Tu sana! sana! Kita duduk sana" Dhiya menarik lembut lengan Aryn agar bergerak ke arah meja yang bersebelahan tingkap. Namun, hampir sahaja diri ingin melabuhkan duduk, tubuh bahagian belakang terasa di langgar seseorang. Pantas saja tangan Dhiya memaut Aryn yang hampir menonggeng.

➤ Babysitter 1 Bulan「SU」Where stories live. Discover now