17

5 1 0
                                    

Tepat jam 8.00 pagi , Aryn sudah berdiri tegak di hadapan banglo kepunyaan boss nya. Tali beg silang digenggam erat sebelum langkah dibawa ke hadapan.

Dari jauh , kelihatan Ziyyad yang sudah bersiap untuk meninggalkan rumah . Kereta dihidupkan terlebih dahulu sebelum punggung dihenyak selesa.

Aryn melangkah laju apabila kereta itu mula bergerak , namun masih sempat ditahan dan menyebabkan Ziyyad terpaksa break mengejut.

Hampir sahaja bunuh orang di awal pagi.

Ziyyad memandang sahaja gerak geri pengasuh anak buahnya di hadapan kereta. Diri sendiri pon tak menunjukkan ingin keluar bertanya cuma menanti penjelasan dari luar.

"Encik Ziyyad ! Awal nye nak pergi kerjaaa" Aryn cuba berbasa basi . Penat berlari tadi masih bersisa tapi misi sekarang lebih penting . Dibawa diri ke arah tingkap milik pemandu sebelum jari mengisyaratkan supaya tingkap diturunkan .

"Encik Ziyyad , buka la sekejap tingkap ni. Saya nak bagitahu something nii" Jari runcing dikuis pada tingkap memandang Ziyyad enggan melakukan apa yang disuruh Aryn .

Aryn merengus perlahan . Sombong amat !

"Dah lah , pergi jelah" usir Aryn geram sebelum mengorak pergi. Dibawa ke arah pintu rumah sambil mulut naik menjampi majikan nya.

Langsung tidak menoleh ke belakang , membiarkan sahaja Ziyyad dengan angkuhnya di pagi ini.

Aryn membawa diri ke arah sofa . Dilabuhkan duduk masih lagi dalam kegeraman yang tidak terlepas .

"Erghh , nak sembang 5 minit je pon. Macam lah syarikat tu boleh terbakar pon kalau lambat 5 minit. Aku pon tak hingin lah nak lama-lama dengan dia . Ingat elok lah tu perangai sombong tu . Moga-moga anak dia tak dapat lah perangai semegah dia ni. Bikin sakit hati ajeee"

Terlepas jua isi hati Aryn. Merembeskan segala kegeraman sebelum memulakan rutin kerja .

"Dah ? Dah habis dah?"

Aryn kaku . Badan berdiri tegak secara tiba-tiba tidak mampu menoleh kearah belakang . Cukup sebati dengan suara yang baru didengari tadi .

Encik Ziyyad !

Aryn memejam mata erat sebelum nafas dihela lembut. Menggamit kekuatan dalam berhadapan Ziyyad. Pandangan dikalih menghadap keberadaan Ziyyad. Tubuh yang dikenakan kemeja biru gelap bersama tali leher hitam ditatap leka Aryn. Seolah terpukau oleh Ziyyad dengan gambaran yang dihidangkan.

" Nah , are you done eye raping me? " 

"M..mana ada ! Saya tengok baju buruk encik tu. Tak sesuai langsung !" Entah apa-apa yang dijawab nya apabila perilaku nya dapat ditangkap Ziyyad .

Ziyyad menjongket kening sebelah. Hujung bibir tersungging sedikit sebelum tangan naik menyilang dada.

"Err , apa yang encik dengar tadi tu bukan luahan hati. Saya tak ada niat nak kutuk encik Ziyyad pon. Hehe.." Aryn menggaru pipi yang tidak gatal .

"Oh? Jadi apa benda yang kau nak sangat cakap ? Setakat 5 minit apa lah sangat " sarkastik sahaja bunyi nya .

Aryn memutar bebola mata nya . Ada lah tu nak perli .

"Okey macam ni , saya ada hal lusa hari ni . Jadi boleh tak kalau saya tak datang untuk sehari tu? "

"Tak boleh"

Aryn membulat . Biar betik mamat ni .

"Mana boleh ! Saya kena cuti jugak . Muktamad " Aryn membantah seolah dia lah majikan di sini.

"Aku tak benarkan ." Ziyyad melawan . Namun nada nya tidaklah setinggi Aryn .

"Tapi encik , saya ada hal yang sangat penting dan tidak dapat dielakkan " beri Aryn . Bersungguh-sungguh ingin mendapatkan cuti , mana tak nye hari bahagia satu-satunya abang kesayangan.

➤ Babysitter 1 Bulan「SU」Where stories live. Discover now