Chapter 12: Godam

366 32 0
                                    

SUMPAH AQ BRU PERASAN BANYAK TYPO DEKAT CHAPTER 11, SRRY GUYSSSSS, AMPUNKAN TUAN HAMBA KERANA TUAN HAMBA TGH RUSHING. JUMAAT BALIK KAMPONGGGGGGG!

again, srry. aq mmmg x perasan sbb aq ngantuk and aq tgh fast typer. Jdi mmg banyak typo dlm chapter lps tp aq malas nk edit blk. Korg faham2 kan aje lah ye pebende aq tulis kat chapter lps.gommennnnnasaiiiiiii🫂🛐😔

.

.

.

.

.

.

.

Matahari terbit menandakan siang sudah menjelma, angka jam Boboiboy sudah menunjukkan pukul 9:30 pagi. Memang dia sudah merancangkan untuk bertolak ke makmal di awal pagi tetapi tidak sampai pula meninggalkan Mechamato dan Ochobot.

Jadi, dia terpaksa bertolak bersama mereka bertiga. Untung sayang, kalau tak dah lama kena tinggal. 

"Amato! Mechabot! dah siap ke belum? kalau tak, aku dengan Ochobot pergi dulu!" Boboiboy meninggikan sedikit nada suaranya dari bawah agar dapat didengari oleh ayahnya dan robot pemusnah tersebut.

Tangan Boboiboy kemas mencapai tombol pintu, meminta kepastian sama ada mereka baik-baik aje jika dia dan Ochobot bertolak terlebih dahulu kerana agak membuang masa jika mereka menunggu Mechamato untuk bersiap.

"Tak pelah! korang berdua pergi dulu! aku dengan Mechabot belum sarapan lagi ni!" laung Amato yang laju turun tangga, menuju ke dapur diikuti Mechabot dari belakang.

"Kalau macam tu kitorg pergi dulu, aslm,"

"waslm," salam dibalas oleh penghuni rumah Amato. 

Usai daun pintu rumah ditutup dengan rapi, Amato dan Mechabot mengambi tempat untuk bersarapan bagi mengalas isi perut.

"Boboiboy dengan Ochobot cepat-cepat nak pergi mana?tergesa-gesa Aba tengok," Aba menatap anaknya dengan tanda tanya. Amato menelan nasi lemak yang dikunyah untuk membalas pertanyaan ayahnya.

"Entahah, Aba. Agaknya dorg berdua nak pergi ke makmal ayah Pian."

"untuk apa?" tanya Umi, meletakkan sebuah teko berisikan air teh yang panas lalu dituangkan ke cawan Aba dan Mechamato.

"Agaknya nak tengok cip yang dia buat semalam kut." Mechabot membalas pertanyaan Umi dengan mulutnya penuh disumbatkan karipap Umi. Tamak betullah robot ni!

Amato yang duduk bersebelahan dengan Mechabot, mengangkat tangannya lalu dihempuk ke belakang Mechabot. Karipap yang disumbatkan spontan terkeluar dri mulut robotnya kembali ke pinggan robotnya.

"Cakap tu jangan mulut penuh boleh tak?" Amato memberikan pandangan datar. Aba dan Umi menggelengkan kepala apabila melihat telatah anak mereka bersama robotnya.

Tiba-tiba, suasana dalam rumah tersebut terasa sesuatu yang hilang. Amato yang mengesan aura tersebut terasa janggal, karipap yang dipegang terhenti separuh jalan daripada dimasukkan ke dalam mulut Amato.

Kepala Amato memalingkan kepalanya, ke kiri, ke kanan. Dirinya tergumam seketika apabila aura kehilangan sesuatu dikesan. 

'Kenapa...aku rasa ada yang kurang...?' soalan yang ditanya oleh Amato pada diri sendiri. Dia terasa ada sesuatu yang hilang dan tidak lengkap. Dia terasa janggal. Umi yang perasan dengan riak wajah Amato termenung jauh berasa pelik pula dengan perangai anaknya seorang ni.

"Amato? kenapa termenung jauh karipap tu? ada yang tak kena dengan karipap umi ke?" Umi membukakan suara yang menyentak Amato daripada lamunannya.

"Eh bukan!! karipap Umi nombor 1 paling sedap dalam dunia ni!" Amato menggelengkan kepala, menafikan pertanyaan Umi.

▪Titik Pertemuan▪Where stories live. Discover now