Chapter 17: Proses

365 38 1
                                    

Masih lama lgi utk release chapter pasal Reverse, haihhhhh. Aq tido dlm keranda firaun lah dlu, gn awok-awoks sekalian🛌🗿🚶‍♂️
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Peluh membasahi tubuh Boboiboy. Kakinya masih terketar-ketar akibat takut jika dirinya dijumpai oleh 'kroni' robot yang dicipta seperti sekumpulan raksasa!

Nafas Boboiboy jadi turun naik, demamnya semakin teruk kerana orang disebalik atau lebih tepat lagi robot, tidak memberikan dia walau sesaat pun untuk dia berehat ataupun bernafas.

Lebih menyakitkan otaknya ialah dia tak tahu dia di mana. Sama ada di hutan atau bangunan, dia tak tahu. Ibarat dia sedang berada di sebuah permainan video, aura ketika dia di sini, di dalam permainan video ni lain dari yang lain.

Tak sama seperti di dalam permainan video Papa Zola semasa dia berumur 10-11 tahun. Mungkin...kerana Gopal dan Papa Zola ada di sisinya?

Dia sendiri tak tahu. Dia rasa sunyi, ngeri dan takut. Tiada siapa di sisinya tetapi hanya dirinya dan Reverse. Reverse pula diam tidak berhubung dengannya di alam mimpi sejak hari kejadian tempoh hari yang lalu.

Walaupun begitu, Boboiboy tidak pula mempersalahkan Reverse kerana dia faham, Reverse memerlukan masa seorang diri bagi menenangkan fikirannya yang bercelaru dengan pelbagai tekanan emosi dan mental.

Boboiboy perlahan-lahan bersembunyi di sebalik belakang batang pokok yang besar dan di tutup dengan semak-samun. Hati Boboiboy gelisah.

Dia mengambil nafas. Susah juga, walaupun dia ada kuasa elemental di tangannya, entah kenapa... dia ada terfikir untuk menyimpan tenaga kuasa elementalnya.

Boboiboy hanya mengikut gerak hatinya. Seolah-olah hatinya mengatakan untuk simpan sahaja tenaga kuasa elementalnya untuk kecemasan jika Boboiboy betul-betul dalam bahaya.

Boboiboy masih boleh lari dan sembunyikan dirinya tetapi dia tak boleh biarkan dirinya cuai dengan zon selesanya. Boboiboy cuba berhati-hati dengan gerak-gerinya.

Boboiboy tahu, ada 'sesuatu' yang sedang memerhatikan dirinya dari jauh. Tak kiralah di mana sahaja dia bersembunyi, pasti aura mata-mata sedang memerhatikan dia membuatkan Boboiboy tak dapat menghirup nafas dengan tenang.

Boboiboy mengintai di sebalik semak-samun, tiba-tiba matanya bertembung dengan mata merah robot yang terang benderang.

Mahu tak mahu  dah nak tercabut jantung Boboiboy, Boboiboy terjerit kecil lalu pantas kakinya laju mengatur langkah. Bunyi tapak kaki besi laju kedengaran mengejar dirinya dari belakang.

Boboiboy sudah menyumpah-seranah kepada si dalang di sebalik permainan sadis yang tak masuk akal ni,

'CELAKA PUNYA ROBOT!!!'

-

"Kau dah dapat kesan dia?" Amato menatap Pian dengan tatapan resah dan gelisah.

Pian perlahan-lahan menggelengkan kepalanya.

Selepas sahaja dia mendengar berita tentang Boboiboy dan Ochobot diculik sebaik sahaja dia tiba di rumah Amato, Pian sendiri dengan rela hati merisikokan dirinya untuk membantu Mechamato dalam misi mencari Boboiboy dan Ochobot.

"Amato, aku rasa baik kita report kat polis, biar polis buat kerja dorang. Aku tak rasa walau sekuat mana kita cari pun, kita dapat jumpa Boboiboy dengan ochobot.

Kau sendiri cakap kemungkinan yang culik dorang berdua bukan manusia tapi robot. Kalau ikut logik, aku rasa ada betul jugak kalau robot yang culik dorang. Tak masuk akal kalau manusia yang culik."

Amato hanya menatap lantai. Dia hampir hilang harapan. Sekarang sudah larut malam, angka pada jamnya menunjukkan pukul 11:45 malam tetapi masih tiada klu tentang kehilangan Boboiboy dan ochobot.

▪Titik Pertemuan▪Where stories live. Discover now