Chapter 13: Sabotaj & Masalah

406 25 9
                                    

ahad ni balik ke tempat asal aku.......................................ASRAMA

.

.

.

.

.

.

.

AIA terbang masuk ke dalam sebuah makmal yang dipenuhi dengan rekaan ciptaan manusia untuk hari pertandingan tersebut pada esok hari. Setiap maklumat ciptaan model robot manusia tersebut digodam lalu digantikan dengan maklumat yang telah disebarkan virus komputer.

Cuma, sebuah model robot sahaja yang susah bagi AIA untuk melakukan misinya seperti yang ditugaskan oleh tuaanya kerana virus-komputer protection yang boleh dikatakan sukar untuk digodam.

Model robot Amato dan Boboiboy. 

Walaupun telah dicuba berkali-kali tetapi protection virus-computer tersebut masih tidak dapat digodam.Dengan pantas, AIA melaporkan perkara tersebut kepada tuannya.

"tak apa. Kita tengok esok apa jadi," 

-

Hari yang ditunggu-tunggu oleh Amato pun tiba, iaitu hari pertandingan di mana dianjurkan oleh sekolahnya. Pertandingan tersebut diadakan di sebuah dewan yang besar yang terletak di kawasan stategik bandar tersebut.

Semua pengunjung dan peserta-peserta berpusu-pusu masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk tidak ubah seperti semut yang berusaha mengumpulkan makanan dari pandangan atas pencakar langit kota tersebut.

Andy, sebagai dato' bandar Kota Hilir pasti tak mahu terlepas dengan pertandingan tersebut yang diadakan besar-besaran agar dapat mengekalkan imej sisi baiknya sebagai seorang dato' bandar yang bertanggungjawab dan berjiwa rakyat biasa.

Diikuti Aman yang ditakdirkan dapat cuti rehat dalam 2 hari, mengambil kesempatan untuk pergi ke pertandingan dan festival yang dianjurkan oleh sekolah anaknya, Pian. 

Kelihatan budak lelaki berpakaian hoodie berwarna kuning dan biru. Seluar pendek paras lutut, seluar tight hitam menutupi auratnya selebihnya sedang menuju ke arah sebuah bilik yang dikhaskan untuk peserta-peserta sahaja bersama  Boboiboy pula hanya berpenampilan biasa dan ringkas.

Topi oren, t-shirt hitam nipis, hoodie yang terbuka sedikit zipnya berwarna oren bercampur kuning dan strip warna hitam. Seluar berwarna hitam-biru tua. Ringkas tetapi sepadan dengan Boboiboy yang membuatkan dia sedikit menjadi tarikan orang ramai.

Amato dan Boboiboy masuk ke dalam bilik tersebut. Mechabot dan Ochobot yang ditugaskan oleh Boboiboy untuk menjaga model robot mereka yang hendak dipamerkan sekejap sahaja lagi datang menghampiri tuan mereka.

"Macam mana? ada apa-apa mencurigakan ke?" tanya Ochobot menatap tuannya dan Amato. Kedua-dua hanya menggelengkan kepala. Keempat-empat power sphera dan tuan mereka keliahtan serius.

"Aku tak dapat nak pastikan dari mana wujudnya signal robot jahat tu tapi Rubika detect yang robot jahat tu tak ada dalam rekod Penjara Angkasa,"

"Jap- jangan cakap yang-" Amato menganggukkan kepalanya dengan apa yang Mechabot sedang fikirkan.

"Ya. Nampaknya robot jahat tu robot luar. Agak susah kalau nak lawan dia sekiranya robot tu serang kita tiba-tiba sebab kita tak ada apa-apa data pasal kelemahan robot ni....tapi baguslah robot tu tak buat hal lagi," kta Amato menoleh ke arah Boboiboy yang sedang ligat memikirkan sesuatu.

"Baiklah! para peserta diminta untuk ke tempat masing-masing dan bersiap sedia dengan ciptaan anda!" kedengaran host pertandiangan membuat announcement untuk memanggil para peserta mengambil tempat mereka. 

▪Titik Pertemuan▪Where stories live. Discover now