Chapter 16: Culik

410 32 2
                                    

Aq x thu nk kate ape bila ade international viewer seolah-olah mcm mintak aq traslate citer ni atau aq je syok sendiri🗿🚶‍♂️

Anyway, x sabar nk publish chapter pasal Reverse plak. 🛌
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Boboiboy masih kedengaran berdengkur halus di atas katil Amato. Demamnya masih belum pulih tetapi adalah juga memberikan kesan positif selepas diberikan ubat.

Amato dan Mechabot menatap Boboiboy dengan sebuah tatapan yang sedih. Ochobot juga dari hari Boboiboy demam sehinggalah sekarang tidak bangun-bangun dari mood berehatnya.

Mereka berdua bertambah risau dengan keadaan tuan dan robot tersebut. Pian juga ada sehari dua datang melawat.

Hari saling berganti. Tiada tanda-tanda yang Ochobot atau Boboiboy bangun dari 'tidur' mereka. Boboiboy hanya bangun apabila dia terasa mahu ke tandas atau boleh jadi secara tiba-tiba dia bangun.

Amato dan Mechabot mengeluh kecil. Agak bosan juga jika Boboiboy dan Ochobot tiada di sisi, terasa tak lengkap rutin harian mereka tanpa mereka berdua kerana mereka telah sebati dengan kehadiran Ochobot dan Boboiboy dalam hidup mereka.

Jadi, agak janggal apabila difikirkan balik. Amato menghela nafas panjang sebelum membaringkan dirinya di atas lantai.

"Kau ni dah kenapa?" Mechabot menjongketkan keningnya. Hairan kerana tak pernah pula dia melihat Amto berkelakuan sebegitu rupa.

Biasanya, Amato tahu apa nak buat jika dah bosan sangat tak tahu nak buat apa. Hari ni, tiada pula apa-apa yang berlaku seolah-olah semua robot penjara angkasa berpakat untuk berehat daripada buat hal tapi bukankah itu sebuah petanda yang baik?

Semestinya tidak bagi Amato. Masa Amato banyak diisi dengan berlawan robot jahat, menyiasat robot jahat yang suka buat kecoh di bandarnya bersama rakan-rakannya tetapi sekarang?

Tiada apa yang berlaku. Terasa kosong. Amato menatap datar pada siling biliknya. Dia kena bergerak, dia tak boleh terperap sahaja dalam biliknya 24 jam!

"Entahlah weyh. Aku rasa macam..hari ni kosong.."

"Kosong?" Mechabot mengerutkan dahi robotnya. Apa benda tuan dia merepek ni?

"Hmh..rasa macam sesuatu hilang...kau tak rasa bosan ke Mechabot?"

"Mestilah bosan. Kalau boleh, nak aje aku pukul orang sekarang ni. Kau nak jadi orang tu tak?" Amato berpaling ke arah Mechabot dengan pandangan datar.

"Apa kau ingat aku ni punch-bag kau ke suka-suka hati bapak kau nak pukul aku? Banyak cantik muka kau,"

Mechabot tersengih macam beruk dapat pisang, "dah kau kata kau bosan, aku bagilah cadangan."

Kata Mechabot sambil menggulingkan anak matanya. Dia kata dia bosan, kita bagilah cadangan kan?

"Amato!!Mechabot!!turun kejap!!" laung Umi dari tingkat bawah.

Amato dan Mechabot saling berpandangan lalu turun ke tingkat bawah ke ruang tamu, figura Umi kelihatan sedang berdiri di dapur, membasuh kuali semalam agaknya.

"Kenapa Umi?" tanpa membuang masa, Amato terus bertanya. Manalah tahu ada benda penting yang uminya nak dia lakukan kan?

"Ha, ni. Tolong belikan beras dengan cili boleh tak? Umi lupa nak bagitahu Abah kamu belikan beras pagi tadi. Baki nanti suka hati kamulah nak buat apa," pinta Umi sambil menghulurkan sekeping wang kertas yang bernilai RM 50 kepada anaknya.

Amato dan Mechabot sudah bersinar mata masing-masing. Dah ready nak borong semua makanan dalam kedai runcit kut dengan duit baki. Amato menganggukkan kepalanya lalu memberi tabik hormat.

▪Titik Pertemuan▪Where stories live. Discover now