Chapter 18: Cari

438 32 8
                                    

Eh, ni knp nampak mcm ade org suka chapter culik2 ni, nk rase kne culik jugak ke?👀

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Ha? Ochobot dengan Boboiboy tidur kat rumah Pian? Bila? Umi tak nampak pun dorang kemas barang ke apa tadi," tanya Umi sambil menjongketkan keningnya.

Hairan. Bila masa pula robot dan anak bertuah bertopi tersebut mengemaskan pakaian mereka sedangkan Umi ada sahaja sepanjang waktu petang tersebut.

Mechabot dan Pian tersenyum janggal. Meneguk ludah di tekak apabila terasa diri disoal siasat di dalam balai polis.

Rasa macam mereka sedang menjadi penjenayah di situ pula. Pian dan Mechabot senyum terketar-ketar kerana fikiran masing-masing sedang ligat berfikir 1001 alasan yang munasabah untuk diberikan kepada Umi.

Umi memandang mereka dengan perasaan curiga. Firasat ibu-ibu ni memang tak boleh buat main-main. Sekali silap langkah, teruk telinga bernanah nanti.

"Lagi satu..mana Amato budak bertuah tu? Dah tengah-tengah malam ni pun tak balik-balik lagi ke? Cuba tengok jam tu dah pukul berapa ke tak reti nak tengok jam bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla"

Pian dan Mechabot mampu menadah telinga sambil memikirkan alasan yang boleh mind blowing otak Umi bagi memastikan rahsia di antara mereka bertiga sahabat tidak terbongkar.

Layar fikiran Mechabot bermain semula sebelum mereka berdua bergerak ke rumah.

>>
     "Ha?? Tipu Umi?kau dah gila ke?!" Mechabot menatap wajah tuannya dengan sebuah tatapan tidak percaya.

      Setahu dan sekenal Mechabot pada Amato, Amato ialah seorang anak yang baik. Tak pernah sekali pun dia dengar Amato menipu pada Umi atau Aba. Ini kali pertama!

      "Ya..aku tahu ni kerja gila tapi kita tak boleh buat apa sekarang ni, pilihan kita hanya ni aje-!"

      "Lepastu?bila Umi dah tahu, kau rasa Umi gembira ke?" Amato tergumam. Dia sekadar menundukkan sedikit kepalanya.

      "Kalau Umi tahu perkara sebenar, tak ke dia akan rasa kecewa dengan kau? Kau tahu tak, penipuan tentang hal kecik aje pun..boleh meruntuhkan kepercayaan seseorang tu pada kita..kau tak takut ke kalau benda tu jadi kat kau?"

       Mechabot membuat muka serius. Bukan dia tak setuju tapi bukankah menipu itu satu kesalahan? Lebih-lebih lagi menipu pada ibu bapa?

       Amato tertunduk diam membisu. Fikirannya bercelaru. Nalurinya mendesak Amato untuk bertindak segera sebelum terlambat. Dia tak tahu kenapa dan apa.

       Sebuah naluri yang asing terhadap dirinya. Ibarat Boboiboy tu adalah tanggungjawab dia dan dia perlu pikul. Amato tahu, naluri dan perasaannya tak pernah berbohong kepadanya.

       Dalam keadaan sebegini, fikirannya tak dapat berfikir dengan waras. Pertimbangan? risiko?masalah yang akan muncul nanti?tak terlintas dalam fikirannya.

       Apa yang difokuskan ialah seorang insan yang asing muncul secara tiba-tiba dan menambahkan kemanisan dalam hidupnya, misteri yang tak dapat dirungkai dengan logik akal dan pelbagai tanda tanya tentang identiti misteri Boboiboy dan Ochobot, juga banyak cabaran yang datang tanpa diundang.

        Walaupun orang asing, Amato rasa dia dah kenal mereka. Seperti dia kenal Boboiboy sejak lahir lagi.

         Amato memalingkan tubuhnya lalu mengatur langkah sebelelum dia melangkah masuk ke pintu utama usang bangunan lama tersebut.

▪Titik Pertemuan▪Where stories live. Discover now