Chapter 14: Demam

469 27 6
                                    

tercyduk aq, nah, bonus chapter sempena aku nk tinggalkan story aq ni...huhuhuhu. Entah aq igt ke dok storyline die klu aq nk update nnt 🗿🫂💔

.

.

.

.

.

.

.

'apa maksud dia..?'

"Boboiboy?" Amato memanggil namanya dengan nada sedikit tinggi. 

Diam, tiada sebarang jawapan dari muut Boboiboy. Boboiboy hanya merenung ke lantai. Kelihatan peluh membasahi dahi Boboiboy. Mulut Boboiboy menggigil, hujung jarinya sejuk, anak matanya menggigil seperti dalam ketakutan terhadap sesuatu. 

Amato mendekatkan jarak antara dirinya dengan Boboiboy semakin dekat, dengan lembut dia menepuk bahu Boboiboy agar dia tersedar daripada lamunannya. 

"H-HUH-?!" tersentak Boboiboy dibuatnya. Muka Boboiboy menjadi pucat, habis mandi peluh dia. Ochobot dan Mechabot turut datang mendekati dirinya dan Boboiboy.

"Boboiboy???kau okay tak???" tanya Ochobot manakala Mechabot pula sedang meneliti badan Boboiboy, takut-takut ada luka di mana-mana bahagian badan Boboiboy.

"aku...aku okay..." perlahan-lahan Boboiboy berdiri, dibantu oleh Amato dan Ochobot.

"Boboiboy, aku rasa kita balik rumah dulu ya? kau rehatlah dulu," pujuk Ochobot kepada tuannya. Bobiboy berfikir seketika sebelum dia menghela nafas lalu menganggukkan kepalanya.

-

Boboiboy dibaringkan di atas katil Amato dengan kepalanya yang asyik berdenyut kerana otaknya asyik ligat berfikir tentang apa yang terjadi di dewan dalam beberapa jam yang lalu.

Mata Boboiboy melirik ke jam tangannya. Nombor angka jam tangan Boboiboy menunjukkan pukul 11:25 pagi. Walaupun masih terlalu awal untuk tidur, Boboiboy betul-betul rasa penat dan pada masa yang sama terpaksa menanggung rasa sakit kepalanya disebabkan oleh otaknya yang dari tadi berdenyut tidak henti-henti.

"Astagfirullah...." Boboiboy meraup mukanya sambil mulutnya berkumat-kamit beristighfar dalam hati. Berharap hatinya tenang dengan cara menyebut kalimat mulia itu.

Setelah dapat menengkan hatinya, Boboiboy mula meratapi hatinya dan kotak fikirannya. Banyak tanda tanya yang dipersoalkan oleh dirinya dan bagaimana untuk mengusir persoalan-persoalan tersebut dari otaknya.

'robot tu datang dari mana..? macam mana dia tahu nama aku sedangkan aku tak pernah berjumpa dengan dia pun? seingat aku, tak pernah pulak aku jumpa dengan robot ni masa mak dan ayah ada... apa maksud dia...?' otaknya ligat berfikir.

'apa maksud dia yang dia tahu aku..? sebab dia musuh ayah ke atau dia memang target aku untuk jadi mangsa keadaan atau sesuatu???' Boboiboy cuba mengingati apa yang terjadi pada dirinya sepanjang dia tinggal satu bumbung bersama Amato sekeluarga.

Tiba-tiba, memorinya terhenti kepada sebuah wajah yang tak asing bagi dirinya, badannya dengan spontan mengeras seketika.

'Ekzo....' syaitan yang bertopengkan raksasa alien itu muncul di layar fikiran Boboiboy. Akhirnya, Boboiboy dapat menyambung titik-titik yang penuh dengan persoalan dan tanda tanya, sesuatu misteri yang perlu dibongkarkan buat sekian lamanya.

'Kemungkinan besar.........Ekzo yang hantar dia!' lantas Boboiboy bangun dari katil dan mencapai sehelai kertas di atas meja Amato. Mencatat sesuatu di kertas, semua teori yang berkepuk dalam fikirannya ditulis di atas kertas.

Hampir penuh kertas tersebut. Tangan Boboiboy laju menulis, tidak mahu terlepas apa yang dikatakan oleh suara fikirannya. Teori, analisa tentang latar belakang setiap teorinya dengan lebih terperinci turut ditulisnya.

▪Titik Pertemuan▪Where stories live. Discover now