Chapter 5: Rumah

596 37 0
                                    

mama kami sudah pulang mana janjinya?~ cucur adabi yg enaqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq

.

.

.

.

.

.

          "Boboiboy..." suara lembut memanggil nama Boboiboy. Sebuah susuk badan, berpakaian serba putih, tetapi Boboiboy tak dapat melihat muka susuk tubuh tersebut yang samar-samar dan kabur.

          "Baiknya Boboiboy-" tiba-tiba susuk tubuh badan tersebut hilang daripada pandangan Boboiboy. Boboiboy yang keseorangan di sebuah tempat yang putih, tercari-cari susuk tubuh tersebut.

            "boy-b-Boboiboy!" 

            Boboiboy akhirnya terbangun dari alam mimpi selepas Ochobot bersusah-payah menggoncangkan badannya dari tadi untuk mengejutkan dia dari tidur. 

            "Haih kau ni, bangun lah!pergi bersiap! kita kan nak gerak dah!kesian Amato tunggu kau kat luar tau!" bebel Ochobot kepada tuannya yang masih dalam keadaan separuh sedar. Entah solat subuh ke tak budak ni.

             "Ya ya, ish, tak payahlah tolak aku Ochobot-"

              "Ah kau, diam. Kalau tak dipaksa bangun, memang kau takkan bangun," sambung Ochobot sambil menolak tuannya masuk ke bilik air dengan nada seperti mak-mak memarahi anak-anak mereka.

-

               Selepas bersiap, Boboiboy mengatur langkah keluar dari bilik sakit. Perlahan-lahan tangannya mencapai tombol pintu dan dia terasa jantungnya mahu tercabut apabila dia disapa oleh mata bulat bersinar-sinar Amato.

                "Opocot cucur kau meletup-letup!" latah Boboiboy yang terasa jantungnya mahu terjatuh ke lantai sebentar tadi. Dia mengurut dadanya sambil Amato hanya tergelak besar apabila mendengar telatah daripada Boboiboy.

                "Apa bendalah kau ni Boboiboy- muda2 dah terkena penyakit melatah!" kata Amato menahan kesakitan di perutnya akibat lagho sangat bergelak tawa.

                 "Macam mana aku tak melatah?! dengan salam pun tak ada, kau main terjah aje! Sakit jantung aku tadi, tahu tak?!" rintih Boboiboy kepada Amato yang cuba mengambil nafasnya kembali selepas puas tergelak besar.

                  "Ya ya lah,jangan lah marah~" kata Amato. Boboiboy hanya menunjukkan muka mendatar kepada Amato.

                   "hehe. maaflah terkejutkan kau, aku teruja sangat sampai tak boleh kawal! Siapa aje tak teruja bila dapat dormmate baru dalam rumah sendiri!" sambung Amato lagi dengan mata bersinar-sinar kerana angan-angannya selama ni menjadi kenyataan.

                    "kalau ya pun, tak payahlah betul-betul duk depan muka aku, aku ingat toyol ke apa tadi, banyak aje ruang seluas alam semesta ni, nak jugak lah duk depan muka aku. Nasib baik aku tak kena heart attack tau. Kalau aku mati on the spot, siapa yang susah nanti?" 

                     Balas Boboiboy sambil menyilangkan tangannya dengan gaya mak-mak. Mata coklat hazelnya betul-betul menjeling ke arah Amato dengan aura mak-mak membuatkan Amato merinding.

                      "ya lah, salah aku. Aku salah." Amato mengangkat tangan menandakan dia mengalah dengan Booiboy sambil memberikan senyuman mengalah.

                      Mata Amato tertumpu kepada beg yang dibawa oleh Boboiboy. Hanya beg galas sahaja yang dipakai oleh Boboiboy.

                       "Aik? ni aje ke barang kau? serius ah?" tanya Amato sambil berpaling ke arah Boboiboy. Boboiboy hanya membalas dengan menjongketkan kebelah-belah bahunya. 

▪Titik Pertemuan▪Where stories live. Discover now