Chapter 11: Permulaan

434 26 0
                                    

*cough* *cough* memandangkan otak aq tgh stuck untuk next storyline, korg enjoy dlu, anyway, aq perlukan suggestion for next storyline drpd korg, klu x keberakatan, korg share lah imaginasi korg utk next storyline ;)

.

.

.

.

.

.

.

      Sebuah susuk besi masuk ke sebuah bangunan usang yang terletak dalam hutan simpan Kota Hilir. Bunyi langkah besinya terhenti di depan meja dan kerusi kayu yang tersedia di hadapan mata besinya.

        Entah datang dari mana, sebuah robot yang bersaiz kecil terbang datang mendekati tubuh besinya. Susuk besi tersebut duduk lalu membuka komputer riba miliknya.

         "Report," arah susuk robot tersebut.

          "Baik tuan Cyrax, berdasarkan status dan maklumat yang saya dapat godam tadi, rekod tentang kedua-dua sasaran memang tiada dalam sistem."

           "Huh? kau dah check sistem lain selain sistem tempat ni ke belum?" 

            "Dah tuan Cyrax, Memang kedua-dua sasaran tiada dalam data dunia." terang pembantunya.

             "Hmh. Kau blh pergi, AIA" dia hanya sekadar memberi anggukan kecil. 

              (note: Maksud AIA, Automatic Intelligence Assistant)

              Tiba-tiba, sesuatu berbunyi seperti ringtone memecahkan kesunyian antara tuan dan pembantu robot tersebut. Tangan robotnya dengan malas mencapat alat komunikasinya lalu menekan butang berwarna hijau.

               Muncul wajah orang atasannya atau lebh dikenali bosnya melalui hologram dengan muka bengis dan muka orang macam kalah judinya dekat Cameron Highlands. Dia menyimpan gelak kecilnya agar bosnya tidak mencekiknya kelak apabila dia pulang ke marksnya.

     "Kau dah settle kan dorg ke belum?" 

     "Belum, baru aje start. " balas Cyrax malas dengan selamba badak dia menggulingkan matanya di hadapan bosnya.

     "oi oi oi! jangan ingat aku tak dengar!-"

     "hmh, alang-alang kau kat depan mata aku ni. Aku ada benda nak tanya," Cyrax menyilangkan tangannya.

     "Pasal sasaran yang kau suruh aku tangkap tu...siapa nama budak elemental tu? boi-bo? ouh ya, Boboiboy. ya ya ya." 

     "Kau nak cakap apa sebenarnya?" bos Cyrax terlebih dahulu memotong Cyrax kerana robot di hadapannya bercakap macam acuh tak acuh sahaja. 'straight to the point' katanya lah.

      "Aduh bos besar ni, rilek dlu boleh tak? pasal budak Boboiboy dengan robot dia tu..Aku dah cari data dalam sistem bandar ni tapi aku tak dapat-"

       "Halah halah halah budak niiiiii! dia tu kan dari masa depan?! dimensi yang kau dengan dia ada sekarang ni ialah masa dulu! zaman sebelum dia lahir lagi! kau dah lupa ke?! dah sah-sah lah data pasal dia tak ada dalam sistem sebab budak tu tak wujud lagi dalam dunia tu! kau pun satu! lurus sangat sampai benda senang pun aku kena tunjuk satu-satu!" 

        Cyrax sudah menengkup kedua-dua belah telinga robotnya dengan tangannya agar tidak mendengar bebelan daripada bosnya yang dapat membuatkan telinganya nanah berdarah bila-bila masa sahaja.

         Buat sakit telinga orang aje dengar bebelan dia. Dia menghela nafas malas lalu memutuskan talian. Malas dia hendak menadah telinga mendegar bebelan bosnya yang tidak kalah seperti mak-mak belah asia. Dia lebih rela menyerh diri daripada menghadap muka bosnya setiap hari.

▪Titik Pertemuan▪Where stories live. Discover now