Tanpa mereka sedari, akhirnya mereka berjaya menamatkan alam persekolahan mereka. Mereka berdua sudah memperoleh keputusan SPM dan sedang menunggu tawaran belajar yang mereka telah mohon setelah selamat mendapat keputusan SPM. Danial yang telah berhasrat untuk meyambungkan pelajaran ke luar negara manakala Lyla yang hanya ingin menyambung pelajaran di dalam negara sahaja.
Setelah beberapa bulan menunggu, akhirnya mereka medapat surat tawaran. Mereka telah berjanji untuk berjumpa di rumah Lyla apabila mereka berdua sudah menerima tawaran sambung belajar mereka. Lyla lah orang yang paling teruja kerana dia berjaya memasuki Universiti idamannya sejak dahulu lagi. Dia juga tidak sabar ingin mendengar tawaran yang rakannya itu dapat.
Lyla yang menunggu Danial di luar rumah akhirnya mendengar bunyi deruman motor Danial memasuki ke pekarangan rumah Lyla. Danial lalu mengambil tempat di hadapan Lyla lalu mengeluarkan surat tawaran mereka dan saling bertukar surat. "Aku kira sampai tiga kita tengok surat ni." Kata Danial dengan penuh teruja. Sama seperti Lyla yang hanya mengangguk sebagai balasan.
"Okay, satu .. dua ...TIGA ! WAH TAHNIAH LYLA, kau dapat masuk Universiti idaman kau kan?" Danial menjerit dengan penuh kegembiraan, lebih gembira dari Lyla. "EH kau apa kurangnya, Harvard wei bukan calang-calang kau ni."jawab Lyla dengan penuh teruja juga. Danial tersenyum lebar mendegar pujian dari kawannya itu. "Alhamdulilah Allah makbulkan doa kita." Tiba-tiba senyuman lebar Danial menghilang. Lyla yang sedang menghirup air itu sedikit pelik melihat raut wajah rakannya yang tiba-tiba berubah.
"Kau kenapa ? Tak happy ke dapat tawaran tu ?" Persoal Lyla . Seingatnya itulah universiti yang diidamkan oleh rakannya itu tetapi pelik sungguh lihat raut wajah yang sunggul itu. Danial yang sejak dari tadi termenung memandang ke arah Lyla. "Erk happy lah tapi.." Danial menggaru leher yang tidak gatal itu.
"Tapi apa ? cuba habiskan cakap tu." Lyla mencelah, dia pantang orang yang tidak menghabiskan ayat ni. "Tapi lepasni kita kena berpisah lah kan ? " sambung Danial sambil memandang tepat ke arah mata Lyla. Lyla yang sedang menghirup air itu hampir tersedak melihat pandangan Danial.
"Berpisah sekejap jer, nanti cuti semester atau cuti perayaan kita lepak lah sesama lagi. Lagipun kita masih boleh Whatsapp kalau tak dapat cuti sekalipun." Lyla meletakkan air ke atas meja dan cuba memujuk rakannya. Danial lalu kembali tersenyum semula. "Ye betul juga kata kau, janji dengan aku kita takkan lost contact tau !" Kata Danial dengan bersungguh-sungguh. Lyla lalu mengangguk dan separuh tergelak "Ye aku janji !"
"WEY Lyla.. Lylaaa.. LYLA- LYLA UMAIRAH-".
"Hah ye ye kenapa," Lyla lalu terkejut dengan jeritan kecil daripada Diena dan akhirnya kembali semula ke alam nyata. "Kalau boleh tanya kenapa? kau dok main makanan dari tadi sampai makanan tu dah sejuk kau tau tak." bebel Diena kepada Lyla. "Kau mengelamun apa dari tadi, jauh betul kau termenung, dekat sejam kau tau tak." sambungnya lagi. "Takde apa lah, tengah fikir pasal assingment hah itu sahaja." Jawab Lyla lalu menyuap makanan yang dari tadi hanya dipandang kosong olehnya.
Selesai menghabiskan makanan, Lyla meminta diri untuk ke tandas manakala Diena pergi ke arah kaunter untuk membayar makanan mereka. Ketika mereka ingin berjalan ke arah kereta, Lyla ternampak satu susuk tubuh yang sedang memerhatikan mereka dari jauh atau lebih tepat memerhati Lyla. Diena yang sudah berada di tepi pintu berasa hairan melihat Lyla yang hanya berdiri tercegat di depan pintu kedai. "Ly, kau tengok apa lagi tu. Jom lah kata nak pergi tengok wayang, tiket aku dah beli ni nanti terlepas waktu tayangan pula." Sahut Diena dan serta merta Lyla beredar dari kedudukannya ke arah kereta. Susuk tubuh itu pula masih berdiri di tempat yang sama, di bawah satu pokok yang redup. Mukannya masih tertutup dengan topi dan 'facemask'.
YOU ARE READING
-ANDAI ITU TAKDIR AKU-
Teen FictionMereka mula bersahabat ketika darjah 2 sehingga menamatkan pelajaran sekolah menengah dan terpisah demi masa depan. Takdir telah menemukan mereka semula setelah sekian lama . Danial secara tiba-tiba menghilangkan diri dan telah membuatkan Lyla resah...