-Chapter 04-

17 5 0
                                    


Lamunan Lyla terhenti apabila telefonnya tidak berhenti berdering. Lyla membawa telefonnya ke ruang tamu untuk menjawab panggilan tersebut. Tersenyum lebar Lyla melihat nama si pemanggil tersebut.

 "As'salamualaikum, wak. Awak dah sampai rumah ibu ?"  Tanya si pemanggil. "Wa'alaikumusalam, ziq. Alhamdulillah baru je sampai, awak ada kat mana tu ?"  Ikhwan Haziq, siapa dia? Dia ialah teman lelaki Lyla. Lyla mengenalinya ketika awal kemasukannya di Universiti. Mereka dulunya sekelas, dari situlah Haziq banyak membantu Lyla dan Lyla jatuh hati padanya. Begitu juga Haziq, mereka dah bercinta kira-kira 4 tahun lebih. Kini mereka sudah berada di semester yang terakhir. Jurusan apa mereka ambil ?  Bakal doktor gigi. Mereka bertemu di UKM ( Universiti Kebangsaan Malaya).

"Ada dekat Pulau Pinang ni awak, ada 'family day' dengan keluarga belah Umi." Jawab Haziq. Lyla sedikit terkejut "Eh bukan awak kata nak datang majlis hari jadi Tiara ke ? Awak dah janji dengan saya haritu." Lyla berasa hendak marah kerana sudah lama dia menunggu untuk meluangkan masa dengan Haziq. Biasalah bila dah hujung semester banyak assingment yang perlu dilakukan untuk mendapatkan markah kalau tidak mereka tidak boleh graduate. "Lahh harini ke? saya ingatkan minggu depan, maaf ye awak. Saya janji lepasni kita spend time masa sama-sama ye ?" kata Haziq seperti basa-basi. 

Lyla mengeluh "Janji, janji, janji tapi awak tak pernah tunaikan pun. Takpelah kalini je saya lepaskan sebab family kan ? siapalah saya nak halang awak spend time dengan family kan?"  Lyla cuba menahan amarahnya. Memang benar dia cumalah kekasih Haziq, belum lagi sebahagian daripada keluarga Haziq lagi. "Maaf ye Lyla, saya pergi dulu ye. Umi saya panggil." Kata Haziq yang mencuba untuk mematikan panggilan. "Okay , kirim salam kat Umi. As'salamualaikum-" Belum sempat Lyla menghabiskan ayatnya, Haziq telah meletakkan panggilan tersebut terlebih dahulu. 'Aku rasa tak sedap hati lah..." Ujar Lyla di dalam hati.

Setelah panggilan itu berhakhir, Lyla mencampakkan telefonnya ke tepi dan berlalu ke ruangan dapur untuk menyambung membantu Puan Rania memasak. Puan Rania yang perasan perubahan air muka anaknya yang sedang membasuh peralatan-peralatan memasak itu menyapa anaknya. "Dah kenapa muncung semacam je tu, gaduh dengan pakwe ke?" Soal Puan Rania. Lyla yang sedang ralit membasuh pinggan mangkuk itu menjawab "Mana ada ibu." Puan Rania menggeleng. "Kalau tak gaduh takdenya muncung macam tu." 

Lyla mengeluh "Haziq tu bu, banyak kali dah dia mengelak daripada adik. Tiap kali ajak jumpa, ajak bincang, ajak jumpa Umi dia mesti dia ada seribu satu alasan. Haritu dia dah janji nak datang majlis hari jadi Tiara tapi tadi dia call kata ada kat Pulau Pinang sebab ada family day belah Umi dia." Panjang lebar Lyla menjawab. "Ohh patutlah, alah biarlah dia tu dik. InsyaAllah nanti dia bawa lah kamu jumpa Umi dia tu. Jangan sesedih nanti si Ira tu nampak aunty dia sedih nanti sedih sekali." Lyla kembali tersenyum mendengar kata-kata Puan Rania. Dia gembira dapat bercakap dengan ibunya tetap perkara seperti ini.

Majlis hari jadi Tiara diadakan selepas Asar. Ramai sedara-mara, kawan-kawan Tiara dan rakan sepejabat Alongnya hadir ke majlis hari jadi itu. Alongnya, Aiman Hakim atau ramai yang memanggilnya Hakim atau Kim. Berapa ramai adik-beradik Lyla ? 5 orang, Lyla merupakan anak bongsu daripada 5 beradik itu. Dia mempunyai 4 orang abang yang amat menyanyanginya dan sedikit bagai mana mahu kata ? 'protective' biasalah adik perempuan seorang saja dan bongsu pula tu. Namun, abang-abang Lyla sentiasa menyokong minat Lyla. Tiara merupakan anak kepada Alongnya yang baru sahaja meningkat usia 6 tahun itu. 

Lyla dan Diena duduk bersebelahan dekat dengan pintu utama untuk menyambut tetamu. Ketika sedang menyambut salam sedara-maranya, mata Lyla tertumpu pada satu kereta berwarna putih. Ye, kereta yang sama. Kalini Lyla dapat melihat ada satu susuk tubuh lelaki yang keluar dari arah pemandu. Lyla cuba untuk melihat wajah lelaki tersebut, namun gagal kerana pemandangannya dihalang oleh orang ramai baru sahaja masuk dan lelaki tersebut telah pun bergaul dalam sekumpulan orang itu. 

-ANDAI ITU TAKDIR AKU-Where stories live. Discover now