-Chapter 01-

36 4 1
                                        

"Selamat kembali ke sekolah semua, cikgu harap kamu semua dapat menyesuaikan diri pada sesi kalini" dengan lantang suara Cikgu Sarah bersuara . Seorang guru yang lembut tutur katanya dan penyanyang tetapi tegas apabila topik berkenaan kerja sekolah dan adab ketika di dalam kelas bersama guru serta rakan sekelas.

Para murid kelas 2 Arif tersenyum gembira kepada guru mereka dan saling berpandangan kepada rakan mereka . "Cikgu harap murid-murid dapat memberikan kerjasama dan saling tolong-menolong sesama rakan serta segera memaklumkan kepada saya sebarang masalahnya yang berlaku , faham anak-anak 2 Arif yang baik lagi cerdik ?" Selesai sahaja Cikgu Sarah bersuara, satu kelas 2 Arif dengan kuatnya membalas "FAHAM CIKGUU !!" .

Tahun pertama di mana Lyla bertemu dengan seseorang yang bakal menjadi seseorang yang paling penting dalam hidupnya.

"HAH sambung lah asal stop ." Lamunan Lyla terhenti apabila dikejutkan dengan suara kuat Diena. Irdiena Tristan atau lebih mesra dipanggil Diena. Diena merupakan sahabat Lyla sejak sekolah menengah lagi sehingga mereka menjejakkan kaki ke alam universiti. Diena yang sentiasa bersama Lyla. Sudah diibaratkan magnet kerana 24/7 sentiasa bersama Lyla. "Ye ye aku sambung, kau ni pun sabarlah." jawab Lyla lalu memulakan semula ceritanya yang terhenti itu. "Okay lepastu seminggu kemudian, pemilihan ketua dan penolong kelas ...."

"Hari ini cikgu akan menentukan siapa yang layak menjadi ketua dan penolong kelas".

 "Ada tak sesiapa yang sukarela nak jadi ketua?" satu kelas mendiamkan diri "Takde? hmm,hah  kamu Danial apa kata kamu jadi ketua dan kamu pula Lyla, kamu jadi penolong." Lyla yang sedang berangan terkejut apabila Cikgu Rosilah memanggil namanya. Dia hanya mampu menjawab sepatah, 'hah?' Lyla dengan blurnya memandang cikgu, rakan sekelasnya sudah memandangnya dan ada sedang menahan diri daripada tertawa.

Cikgu Sarah kemudiannya mula bersuara semula sambil menggelengkan kepalanya"Baiklah, mulai hari ini jika ada sebarangan masalah boleh bagitahu kepada Lyla ataupun Danial. Tugas kamu berdua adalah untuk memastikan mereka tidak membuat masalah dan jika terdapat sebarang masalah segera beritahu saya, ya?". Mereka berdua mengangguk menandakan mereka faham akan apa yang disampaikan oleh cikgu.

      Sejak dari hari  itu, mereka berdua banyak berbual bersama dan saling bergurau senda . Lama- kelamaan tanpa sedar mereka mulai menjadi kawan baik. Malangnya, Danial diturunkan pangkat menjadi penolong kerana tidak menjaga budak-budak lelaki di dalam kelas dan Lyla dijadikan ketua.

"Alah wei kau tak payahlah nak merajuk sangat. Setakat turun  pangkat apa jer sangat kan ?" Ketika itu Lyla dan Danial berada di dalam bilik guru untuk mengambil barang Cikgu Zahar.

"Kau dapat jadi ketua boleh lah cakap macamtu" Danial bersuara."Wei setakat jadi ketua dengan penolong ni kau jangan nak merajuk sangatlah, ni jawatan 'basic'. Tahun depan mana tau kita dapat jadi pengawas kan? Dah jangan nak merajuk sebab pangkat, pelajaran kita lagi penting tau." Lyla masih gigih memujuk Danial "Yelah yelah" Danial akhirnya mengalah dan Lyla tersenyum puas.


    "Aku ingat lagi Diena, dulu aku pernah tarik telinga dia tau sampai menangis dia dibuatnya aku adalah cuba nak pujuk dia tapi tak jalan, last-last aku join nangis sekali". Cebik Lyla. Dengan serta merta ketawa Diena terburai .

Diena dengan ketawa mengelainya,nasib baiklah hanya mereka berdua sahaja yang berada di taman ini. Lyla menampar belakang kawannya itu , dibuatnya tiba-tiba ada orang lalu buat malu saja ."Dah dah lah wei kalau orang dengar tak pasal-pasal diorang pecut lari." Kata Lyla yang masih geram dengan kawannya.

 "ISH sakitlah ! Okay okay, sorrylah Lyla tapi lawaklah, asal lah kau join dia nangis sekali." Diena mula bersuara setelah gelaknya reda dan terasa kesakitan yang ditampar oleh Lyla. "Dahlah jum,petang nanti kita ade kelas lagi. Nanti terlambat kene denda ngan Prof."  Lyla lalu bangun dari duduknya dan mengajak Diena pulang ke rumah sewa mereka kerana risau mereka akan terlewat ke kelas. Prof. mereka yang satu ini memang lain sikit, kadang angin takde ribut takde tiba-tiba boleh mengamuk.

 Lagipun barang dan beg mereka berada di dalam rumah sewa mereka. "Alah kau tak habis cerita lagi, lambat sikit takpe."  Diena cuba memujuk. Lyla mengeluh lalu bercekak pinggang. "Kau tak ingat ke apa jadi sebelum ni, kau lambat 5 minit pun Prof. dah bising, dahlah kampus dengan taman ni jauh kau tau tak. Barang semua ada kat rumah sewa lagi." Lyla membebel.

"Aduh yelah yelah kau ni, kalau bab membebel sama je macam mak aku."akhirnya Diena mengeluh tandanya dia mengalah dengan Lyla.

Tanpa Lyla dan Diena sedari, diri mereka sedang diperhatikan oleh seseorang dari jauh. Susuk tubuh seorang lelaki duduk di pondok yang tidak jauh dari mereka . 'Soon Lyla, we will meet again and you gonna be mine, forever.' kata lelaki tersebut di dalam hatinya. Dia segera beredar apabila mendapati Lyla dan Diena sudah berdiri dari kedudukan mereka. Lyla yang secara tidak sengaja memusingkan badannya dan ternampak susuk tubuh tersebut. "Kenapa orang tu pandang sini?" ngomel Lyla sendiri lalu berjalan beriringan dengan Diena ke arah keretanya.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka, Lyla masih terpikir akan susuk tubuh yang dilihatnya di taman seketika tadi . Walaupun tubuh itu sudah kelihatan lebih dewasa tapi senyuman yang dia sempat lihat semasa lelaki itu berpaling ke arah mereka masih sama dengan seseorang yang cukup dia kenali. 'Mungkinkah ?'

"Lyla !" jerit Danial . Lyla yang sedang menyapu kelas itu terkejut dan hampir melatah . "Ish ape kau ni, asal tak balik lagi ? Nanti Mama kau tunggu ." Jawab Lyla yang masih khusyuk menyapu kelas. "Aku datang nak tolong kau hehe, lagipun aku dah cakap kat Mama. Mama aku pergi amik adik aku dulu nanti dia datang semula amik aku." Danial dengan penuh bangganya menjawab, ikhlas ke ni ? 

"Rajin pula kau ni . Okay, kau pergi buang sampah dengan padam papan hitam ni." kata Lyla yang sudah hampir siap menyapu kelas yang pada awalnya teramatlah kotor kerana pada waktu terakhir tadi ialah mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, maka tidak hairanlah kalau kelas ini kotor. Lyla mengambil kesempatan untuk mengemas kerana ibunya ada mesyuarat panitia. "Baik boss !" 

Danial lalu segera melakukan tugas yang diberikan oleh Lyla segera. Lyla tersenyum melihat gelagat Danial yang terlebih aktif itu . 

Sejam kemudian, akhirnya kelas mereka kelihatan lebih bersih dan kemas."Fuh siap juga akhirnya." keluh Danial kepenatan. Ini disebabkan Danial terlebih rajin mengemas juga tidak mahu mengalah dengan Lyla. Selesai sahaja memadam papan hitam, Danial mengambil keputusan untuk mengelap tingkap sekali. Lyla menggeleng kepalanya lalu menghulurkan setin air minuman yang dibeli di mesin gedegang di block bawah.

"Nah upah kau, terima kasih tolong aku kemas kelas tadi." Air yang berada di tangan Lyla laju disambar oleh Danial. "Takde hal lah dan terima kasih belanja air ni. Aku turun dulu lah, rasanya Mama aku dah sampai." Kata Danial yang segera bangun dari kerusi lalu berjalan menuju ke arah pintu. "Bye Lyla, jumpa esok!" Jerit Danial sambil terenyum ke arah Lyla lalu Lyla segera membalas senyuman tersebut.

'Andai benar itu dia, bila dia pulang ke Malaysia? Atau itu hanya ilusi aku?  Biarlah kalau betul dia dah pulang, pandai-pandai lah dia cari aku.' kata Lyla di dalam hatinya lalu kembali fokus kepada pemanduannya dan hanya mengabaikan susuk tubuh yang dia lihat sebentar tadi.





-ANDAI ITU TAKDIR AKU-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang