Disebabkan kejadian tempoh hari, Lyla dan Diena mengambil keputusan untuk pindah masuk dengan rakan sekelas mereka yang lain. Apa yang terjadi ? Memang benar ada orang sedang menunggu di luar rumah mereka ketika itu. Apabila Irfan dan rakan-rakannya tiba, lelaki tersebut ingin melarikan diri. Pada awalnya, berjaya ditangkap oleh rakan Irfan dan ingin membuka topeng muka lelaki tersebut. Lelaki kemudiannya menendang perut Irfan dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta SUV putih. Lelaki itu juga sudah hampir pecah masuk ke dalam rumah sewa mereka.
Lyla mengeluh kecil. "Kalau bukan sebab aku, mesti kita masih boleh stay dalam rumah tu. Lagipun tinggal lagi 2 bulan je." Diena dan Lyla berjalan beriringan ke kelas pagi mereka ketika itu, Diena lalu menampar perlahan belakang Lyla. "Bukan salah kau lah. Lagipun takpelah mungkin bukan rezeki kita nak tinggal lama kat rumah tu." Lyla menjeling tajam ke arah Diena kerana menampar belakangnya dan Diena hanya tergelak kecil.
"Hmm.... Aku baru terfikir nak buat gathering kecil-kecilan dengan geng perempuan sekelas kita bulan depan." Lyla sudah merancang untuk memasakkan sedikit juadah untuk rakan sekelasnya mereka yang perempuan sebelum mereka menamatkan pelajaran yang berbaki 2 bulan lagi. Rakan-rakannya sering memujinya kerana dia pandai memasak dan rasa hasil masakkannya terasa seperti hasil air tangan seorang 'emak'.
"Kita masih boleh buatlah. Apa kata kita pergi bercuti ramai-ramai ? Dekat-dekat je lagipun lepastu kita dah nak final exam. Aku carikkan kita homestay, 2 hari 1 malam macam mana ?" Mereka yang ketika itu sudah memasuki ke dalam ruangan kelas, dengan segera Diena yang membentangkan ideanya kepada rakan sekelas mereka yang lain.
Majoriti mereka bersetuju dan mereka bersorakkan. "Amboi seronoknya, tak nak ajak kami sekali ke ?" Daiyan yang muncul entah dari mana, mencelah masuk ke dalam perbincangan mereka. Daiyan atau lebih santai di panggil Yan. Sahabat baik kepada Irfan yang cukup dikenali dengan sikap 'buaya daratnya' itu.
"Sibuk je lah kau ni Yan, ni girl's day out je tau. Kau tu lelaki, pergilah ajak member jantan-jantan sejati kau tu." Yana yang kita itu sudah bercekak pinggan sambil mengacah menghalau lelaki itu. Dayana antara rakan rapat Lyla di dalam kelas dan sering membantu Diena dan Lyla jika memerlukan bantuan. "Eih korang berdua ni kalau sehari tak bertekak memang tak sah eh ? Kahwinkan kang baru tau." Sampuk Diena. Yana mula membuatkan muka acah-acah jijik dengan perkataan itu.
"Eww..aku dengan dia ? Ibarat langit dengan bumi. Lebih baik kalau aku jadi anak dara tua daripada kahwin dengan mamat buaya darat ni." Daiyan menyilangkan tangannya, "Aku pun tak ingin lah dengan perempuan kerek macam kau ni. Dah lah kerek, sewel pula tu." Yana yang ketika itu sedang memegang buku yang cukup tebal lalu menampar kasar bahu Daiyan. "Sakitlah ! Apa kau ni." Daiyan mengaduh kesakitan. "Ohh tau kau sakit. Bagi kang." Yana menghala sikunya pula.
Pertengkaran mereka berakhir apabila, Madam Malin memasuki ke dalam dewan kelas. "Apa yang bising-bising ni. Sampai ke luar kelas saya boleh dengar." Madam Malin menggelengkan kepalanya. "Macam budak-budak. Dah amik tempat awak masing-masing, saya nak mulakan kelas kita." Yana masih menjeling ke arah Daiyan manakala Daiyan tidak mengendahkan jelingan tersebut.
2 JAM BERLALU
Kelas mereka akhirnya berakhir. Ketika hampir ke semua pelajar sudah beransur keluar dari kelas Daiyan berbisik pada Irfan,"Ir kau malu tak kawan dengan aku ?" Irfan memandang Daiyan sambil menyilangkan tangannya lalu menggelengkan kepalanya 'Mula dah budak ni'. Dia berpura-pura senyum, "Tak Yan...aku tak malu." Secara tiba-tiba... "YEAH KELAS DAH HABIS... KELAS DAH HABIS" Irfan sudah berlari meninggalkan Daiyan kerana ada beberapa mata-mata yang sedang memerhatikan mereka. "Eh Ir kau nak pergi mana !" Irfan yang berlari arah bertentangan dengan Daiyan, dengan laju meninggalkan Daiyan kerana berasa malu dengan perbuatan rakannya itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
-ANDAI ITU TAKDIR AKU-
Teen FictionMereka mula bersahabat ketika darjah 2 sehingga menamatkan pelajaran sekolah menengah dan terpisah demi masa depan. Takdir telah menemukan mereka semula setelah sekian lama . Danial secara tiba-tiba menghilangkan diri dan telah membuatkan Lyla resah...