SEMINGGU KEMUDIAN
Hujung minggu, hari dimana Lyla dapat berehat daripada kepenatan kelasnya yang sentiasa penuh. Lyla yang sedang berbaring di atas katil memikirkan perihal kekasihnya yang jarang menghubunginya sekarang. Disebabkan rasa itu, Lyla mencapai telefonnya yang berada di sisi katil lalu mendail nombor Haziq. Apa yang Lyla dapat hanyalah peti simpanan suara, perasaan kecewa menyelubungi dirinya. Lyla cuba mendail sekali lagi, namun gagal juga. Sudah sebanyak 10 kali tetapi masih tiada respond. "Pelik dah pukul 1 tengah hari, takkan Haziq tak bangun lagi? Whatsapp aku yang semalam pun dia belum jawap. Dia okay kan?" Lyla hanya mampu mengeluh lalu bangun dari perbaringan dan turun ke ruang tamu. Diena yang sedang menonton televisyen berasa sedikit hairan melihat muka sahabatnya yang suram itu.
Sebaik sahaja Lyla melabuhkan punggungnya, Diena segera bertanyakan kepada Lyla"Ly kau kenapa? Sedih sangat muka kau tu aku tengok. Cuba cerita kat aku masalah kau." Lyla lalu mengambil tempat di sebelah Diena dan membalas pertanyaan tersebut."Haziq. Dia dah jarang 'contact' aku, kali terakhir dia pun minggu lepas masa hari jadi Tiara. Aku dah banyak kali call dengan Whatsapp dia tapi langsung takde respond daripada dia." Sebaik sahaja mendegarkan nama tersebut, Diena berasa ingin marah. "Ly sebernanya ada benda kau kena tahu-" Belum sempat Diena menghabiskan percakapannya, Lyla sudah melompat menjawab panggilan telefon. Pasti Haziq yang menelefon, Diena segera beredar dari tempatnya dan masuk ke dalam bilik.
Sementara itu Lyla sedang mengangkat panggilan daripada kekasihnya yang disebut-sebutnya itu. "As'salamualaikum ziq, awak lapang tak petang ni? saya dah lama tak berborak dengan awak, lagipun awak dah janjikan nak luangkan masa dengan saya." Lyla menunggu jawapan daripada Haziq yang masih mendiamkan diri, "Haziq ?"
Haziq yang tersentak dari lamunannya lalu menjawab pertanyaan Lyla. "..Wa'alaikumusalam awak, saya sibuk lah harini. Saya memang nak ajak awak keluar tetapi saya ada urusan keluarga dekat kampung. Semalam saya baru sampai kampung." Lyla mengeluh. "Ziq, awak ada sorok apa-apa ke daripada saya ?" Haziq membalas "Takdelah awak, awak jangan fikir bukan-bukan boleh tak ? Dah lah saya kena pergi, Umi panggil saya." Belum sempat Lyla meneruskan perbualan tersebut, Haziq dengan segera telah mematikan panggilan tersebut.
"Ly jom keluar, aku belanja kau makan. Lepastu kita shopping, nak ?" Diena yang sudah menukar pakaian itu mengambil kunci kereta. Lyla hanya mengangguk, untung dia dapat kawan seperti Diena. "Aku tunggu kau dalam kereta tau, jangan lambat sangat." Lyla berlalu masuk ke dalam bilik dan menukar pakaiannya dengan rasa kecewa selepas mendapat respond sebegitu daripada Haziq. 'Awak berubah Ziq..' kata Lyla di dalam hatinya.
Beberapa minit kemudian, Lyla sudah bersiap dan mengambil kunci rumah lalu mengunci pintu rumahnya sebelum melangkah membuka pintu pagar untuk Diena mengeluarkan keretanya. Ketika Lyla ingin membuka pintu pagar, dia terlihat sebuah kereta yang sama dia pernah lihat pada minggu lepas kerana berasa tidak sedap hati Lyla segera membuka dan menutup pintu pagar tersebut dengan pantas setelah Diena sudah mengeluarkan kereta. Pemilik kereta itu mungkin berasa dirinya diperhatikan, kereta itu beredar terlebih dahulu sebelum mereka.
Ketika Lyla dan Diena sedang berjalan menuju ke satu kedai makan kegemaran mereka, Lyla mengajukan pertanyaan kepada Diena "Diena, macam mana kau dengan Irfan boleh kekal hubungan kau? Walaupun korang bergaduh, macam mana korang berbaik?" Diena yang ketika itu sedang membalas WhatsApp Irfan terhenti seketika.
"Bagi aku komunikasi dan kepercayaan. Aku dengan Irfan akan saling bercakap dan cuba perbaiki punca pergaduhan kami. Kepercayaan pula, aku dengan Irfan selalu update bila nak pergi mana-mana dan aku tak halang pun kalau dia keluar dengan kawan dia. Dia pun ada kehidupan sendiri." Diena tersenyum kepada Lyla. "Bagusnya, kalau macam ni InsyaAllah sampai ke jinjang pelamin." Lyla tersengih sambil mengusik Diena. "InsyaAllah, Aamin. Kau tanya ni mesti sebab Haziq kan ?"
Lyla menggeleng. "Cepatlah sikit jalan aku dah lapar ni." Lyla menarik lengan Diena dan Diena hanya mampu tersenyum melihat sahabatnya itu. Diena tahu walaupun Lyla masih mampu kekal tersenyum tetapi jauh di sudut hati Lyla pasti tidak berasa sedih dengan perubahan Haziq. 'Aku doakan yang terbaik untuk kau Ly, harap kau boleh terima kenyataan yang belum kau tahu.'
Ketika sudah hampir menghampiri kedai makan tersebut, Diena secara tiba-tiba berhenti. "Ly kita makan kedai lain nak ? aku dengar ada kedai baru bukak dekat aras 2, jum kita pergi sana."Tanpa Lyla sempat berkata apa-apa, Diena sudah menarik lengannya dan masuk ke dalam lif. "Eh kau ni kenapa Diena, bukan kita memang nak pergi kedai tu ke? asal kau tukar pula ni." Diena menarik nafas."Aku baru teringat nak bawa kau pergi baru tu, itu yang tiba-tiba tukar kedai." Diena tersenyum sambil menekan butang ke aras 2. Lyla hanya membalas senyum tersebut sambil menggelengkan kepalanya.
Beberapa jam kemudian, sesudah mereka selesai makan Diena meminta izin kepada Lyla untuk ke tandas. Manakala Lyla pula menunggu Diena di kedai buku Popular. Ketika Lyla sedang ralit membaca sinopsi sebuah buku novel, dia terasa dirinya dilanggar oleh seseorang. Dia ingin menoleh dan memandang ke arah orang yang melanggarnya itu tetapi orang tersebut telah pun berlalu pergi, apa yang dia tahu orang yang langgarnya itu lelaki. Lyla mengeluh lalu mengambil buku novel yang diteliti itu ke kaunter bayaran"Apalah nasib aku, setiap kali datang sini mesti kena langgar lelaki." Selesai membuat pembayaran, Lyla menunggu Diena sebuah bangku berhampiran dengan kedai buku Popular. Lyla mengambil kesempatan itu untuk membaca novel yang baharu di belinya itu.
2 JAM TELAH BERLALU
Lyla melihat jam di tangannya dan kelibat Diena masih tidak muncul. Fikiran Lyla sudah bertukar negatif kerana rakannya itu tidak pulang sejak ke tandas 2 jam yang lalu. "Ya Allah, mana si Diena ni. Sembelit ke dalam tandas itu ke dia dah kena.. Allahuakhbar tak tak Diena tak kena culik." Lyla mengeluarkan telefonnya dari beg tangannya dan mendail nombor telefon Diena. Malangnya, hanya peti simpanan suara. Lyla cuba untuk kali yang kedua dan masih sama. Akhirnya, Lyla membuat keputusan untuk mencari rakannya di tandas dan jika tidak jumpa, maka dia terpaksa membuat laporan kehilangan rakannya itu.
Baru sahaja Lyla ingin bangun dari tempatnya, dia ternampak Diena sedang berlari ke arahnya seperti orang dikejar oleh sesuatu. "Irdiena Tristan, mana kau pergi Dienaaa. Risau aku dibuatnya, aku sikit lagi nak buat laporan polis tau tak? Ya Allah, apa yang lama sangat kau dekat tandas tu. Kalau sakit perut sangat pun, WhatsApp lah aku. Ini tidak call aku pun kau tak angkat." Lyla mengoncang-goncangkan tubuh rakannya itu sambil melepaskan amarahnya itu.
"Ly pening Ly." Diena cuba mencari nafasnya yang hilang ketika berlari dari aras 3 turun ke aras 2 semula. "Aku minta maaf sangat-sangat Ly. Aku bukan sengaja tak nak angkat call dan WhatsApp kau tetapi telefonnya aku habis bateri tadi. Lepas aku keluar dari tandas tu, aku terserempak dengan kawan lama aku. Dia ajak aku minum dan aku tak perasan lama sangat aku borak dengan dia. Jam tangan aku pun tertinggal dekat rumah. Sorry tau Ly."
Lyla memeluk rakannya itu. "Aku maafkan yang penting kau selamat. Selepas ni, sebelum keluar rumah cas telefon, jam tangan letak dalam beg tangan." Lyla meleraikan pelukan tersebut dan memegang erat lengan rakannya itu. "Mesti kau penatkan berlari dari atas turun ke bawah, jom aku belanja kau minum sambil makan pencuci mulut." Diena dan Lyla saling tersenyum lebar lalu beredar dari situ. Ketika sedang menuruni eskalator, Lyla dapat membau minyak wangi yang sangat dikenalinya. Dia berpaling ke sebelah eskalator yang sedang naik. Namun, dia tidak sempat memandang wajah jejaka tersebut. 'Danial...?'
YOU ARE READING
-ANDAI ITU TAKDIR AKU-
Fiksi RemajaMereka mula bersahabat ketika darjah 2 sehingga menamatkan pelajaran sekolah menengah dan terpisah demi masa depan. Takdir telah menemukan mereka semula setelah sekian lama . Danial secara tiba-tiba menghilangkan diri dan telah membuatkan Lyla resah...