-Chapter 02-

26 4 0
                                        


"Haih nasib baiklah kita sempat sampai kelas Prof.,kau lah ni aku dah cakap cepat sikit kalau tak pasal-pasal kena ceramah dengan Prof." Lyla yang sedikit geram dengan Diena kerana ketika dalam perjalanan ke kampus, dia mengatakan dia tertinggal beg laptop di rumah sewa. Apa lagi, Lyla terpaksa mematah semula ke rumah sewa mereka dan mengambil beg laptopnya . Mujurlah Lyla ni bawa kereta laju tetapi secara berhemah, kalau tidak habis sejam kena ceramah ngan Prof.Ain.

"Sorry sesangat Lyla, kau tau kan kawan ni jenis cepat pelupa."Diena membuat tangan tunjuk ampun dengan senyum kerang busuknya itu. "Nasiblah kau ada kawan yang memandu kereta, kalau kita naik bas ? Pandai-pandai lah kau jawab dengan Prof. Itu pun tadi nasib baik Prof. Ain masuk lambat tau, kalau tidak kau rasa ? Buat malu saja." geram Lyla dengan sikap pelupa kawannya itu, memang tidak dapat dielakkan sifat pelupa kawannya itu. 

Pernah sekali dia terlupa di mana dia meletakkan telefonnya, rupa-rupanya ada sedang dicas di atas meja. Rasa mahu ketuk saja kepala kawannya yang sorang itu. "Malas lah aku nak sambung cerita kalau macamni, hilang mood." Lyla lalu mula berjalan meninggalkan Diena dengan gaya ala merajuk dengan kawannya.

"Eh eh Lyla. Alah jangan camni, kau sendiri tau kan berapa lama aku cuba nak pujuk kau untuk kau cerita kat aku pasal mamat tu, okay okay jom aku belanja kau makan"Diena cuba memujuk Lyla. Lyla lalu berhenti dari berjalan dan memusingkan badannya. "Betul ni kau nak belanja aku?" tanya Lyla dengan penuh musykil. Diena dengan segera mengangguk. "Iye betul, tak tipu." Diena dengan segera merangkul tangan Lyla dan berjalan menuju ke arah kereta.

Diena membuat keputusan untuk membelanja Lyla di Cafe kegemaran mereka. Cafe dimana mereka sering lepak bersama sejak awal SEM. Ketika dalam perjalanan ke cafe tersebut, Diena membuka mulut dan bertanya,"Ly, apa kata kau sambung cerita kau. Bosan pula aku dengar radio ni." Lyla yang sedang khusyuk memandu memulakan ceritanya.

"Aku time skip sebab tak banyak benda sangat berlaku dan aku tak berapa nak ingat sangat. Jadi masa ni kami dah darjah 3 tapi malangnya aku dengan Danial terpisah kelas disebabkan gred peperiksaan akhir tahun kami. Aku masih kekal di kelas Arif kira paling depan lah dan Danial pindah ke kelas Cemerlang. Walaupun aku dengan dia dah berbeza kelas, kami tak pernah sekali pun berhenti berbual bersama. Macam aku cakap akhirnya, kami dapat jadi pengawas dan bertugas bersama....."

DARJAH 3

    "Macam mana hari ni ? Kau ada buat kawan baru tak, yelah takkan kau nak berkepit dengan aku je. Dah dekat 6 bulan lebih, mesti kau dah kawan rapat kan ?" Ketika itu mereka sedang bertugas pada waktu rehat menjaga pelajar makan di kawasan kantin dan kawasan belakang kantin.

"Boleh tahanlah, ada lah aku buat kawan dengan dua orang budak lelaki ni. Tak silap aku nama diorang Muhaimin lagi sorang Zayn. Itupun diorang yang berborak dengan aku dulu, kalau tidak mungkin aku masih tiada kawan agaknya dalam kelas itu. Terasa asing sangatlah Lyla duduk dalam kelas tu." Jawab Danial. 

"Okay lah mula-mula dua orang lama-lama nanti kau selesa lah dengan semua orang dalam kelas kau. Biasalah kelas baru, akhir tahun mungkin baru kau dapat selesa dengan diorang kalau macam ini gayanya."kata Lyla memberikan sokongan dan sedikit sindiran kepada kawannya . Pada awal tahun ketika mereka tahu yang mereka tidak sama kelas, Danial orang pertama yang sedih. Lyla memang sedih tetapi ramai lagi rakannya yang masih sekelas dengannya cuma dia rasa kehilangan seorang rakannya yang terlebih aktif itu. Tukar kelas sahaja, bukan pindah sekolah.

 Danial punya sedih seperti Lyla akan berpindah sekolah, pindah negeri sekali. Bunyi loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat, mereka segera mengarahkan pelajar lain untuk segera menghabiskan makanan dan segera masuk ke dalam kelas.

-ANDAI ITU TAKDIR AKU-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang