2 BULAN KEMUDIAN
Walaupun sudah 2 bulan berlalu, Lyla masih tidak dapat melupakan tentang jejaka yang dia jumpai. Dia dapat merasakan jejaka yang Aisar berbual dan jejaka yang di pusat beli-belah adalah orang yang sama. Lyla yang sedang khusyuk menyiapkan assingment yang perlu dihantar sebelum malamnya lalu pintu biliknya diketuk. "Ly jom teman aku pergi pasar raya, nak beli barang dapur sikit." Lyla masih sedang merenung skrin laptopnya tetapi tidak menaip apa-apa. Diena memanggilnya sekali lagi, "Lyla, kau dengar tak?"
Lyla memandang ke arah Diena, "Diena aku nak minta tolong kau dengan Irfan boleh?" Diena menghampiri Lyla dan menarik kerusi untuk duduk disebelah Lyla,"Untuk kau semua boleh, apa yang aku dengan Irfan boleh bantu kau." Lyla memegang erat tangan Diena,"Tak banyak Diena, aku nak minta Irfan jejak Haziq dekat mana. Dah 2 bulan dia 'contact' aku, pergi kelas pun aku dah tak pernah nampak kelibat dia. Boleh kan Diena ?" Diena tersenyum dan menepuk bahu sahabatnya itu,"Boleh sangat Ly, sekarang juga aku bagitahu Irfan. Kau siap-siap dulu, aku tunggu dalam kereta." Diena mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor tunangnya itu dan berlalu keluar dari bilik Lyla bagi memberi ruang kepada Lyla untuk bersiap.
DI PASAR RAYA
Lyla melihat troli mereka yang sudah hampir penuh itu. "Eh Diena kau kata nak beli barang dapur, ini bukan barang dapur dah ni. Ini kau nak buat kenduri kahwin kau terus ke macam mana." Diena yang sedang ralit memeriksa senarai barang di telefonnya lalu memandang ke arah Lyla sambil mencekak pinggang.
"Wahai cik Lyla Umairah, adakah cik sudah lupa? hujung minggu ni ?" Lyla menggaru kepalanya yang tidak gatal itu, "Lupa apa eh? Hujung minggu ni? Hmm.." Lyla membuat gaya ala-ala sedang berfikir, walhal dia memang terlupa dia ada apa pada hujung minggu ni. Diena yang melihat sahabatnya itu menepuk dahinya sendiri,"Potluck terakhir kita sebelum 'graduation' dan majlis hari jadi Madam Malin." Lyla membuat gaya mulut 'Ohh' dan baru lah dia teringat. "Sendiri bagi idea, sendiri lupa. Syifa minta tolong aku dengan kau belikan barang-barang untuk memasak makanan potluck nanti. Kau tak check WhatsApp group kita ke Ly?"
Lyla ketawa kecil, "Haha aku tak sempat nak buka fhone aku sebab nak siap assingment." Diena menggeleng kepalanya dan menolak troli ke kaunter pembayaran. " Dah lah jom balik. Nanti aku nak singgah kat rumah sewa Syifa, dia suruh kita hantar barang-barang ni kat rumah sana." Lyla mengangkat tangannya dan membuat gaya 'okay !' lalu menolong Diena meletakkan barang-barang ke atas kaunter pembayaran.
Setelah selesai membuat pembayaran Lyla membelanja Diena minum kerana telah mengingatkannya tentang potluck pada hujung minggu ini. Selepas mereka selesai minum, Lyla mengajak Diena untuk membeli hadiah buat Madam Malin. Ketika mereka sedang ralit membelek dan mencari hadiah untuk dibeli, telefon Lyla berdering. "Sekejap Diena, ibu call." Lyla bergerak berjauhan sedikit dari tempat mereka lalu mengangkat panggilan tersebut.
"As'salamualaikum ibu. Ibu sihat?"-Lyla
"Wa'alaikumsalam, alhamdulilah ibu sihat. Adik ada dekat mana?"-Puan Rania
"Ada dekat luar ni bu dengan Diena, tengah cari hadiah untuk Madam Malin. Hujung minggu kami ada majlis makan-makan. Kenapa tu bu? Bunyi macam ibu tengah mood happy je tu."-Lyla
"Tak apa-apa lah. Petang ni kamu ada kelas tak? Balik rumah sekejap boleh, ibu dengan ayah ada sesuatu nak dibincangkan dengan adik."-Puan Rania
"Haah petang ni adik free, kalau macam tu dalam 2 jam lagi adik sampai sebab ada nak hantar barang kat rumah kawan sekejap."-Lyla
"Okaylah macamtu, baik-baik memandu. Bye, as'salamualaikum"- Puan Rania
"InsyaAllah baik ibu, bye wa'alaikumusalam."-Lyla
Setelah panggilan tersebut tamat, Lyla kembali mengahmpiri Diena semula. "Diena, ibu suruh aku balik rumah katanya ada sesuatu nak di bicangkan. Esok lah kita cari hadiah Madam Malin." Diena mengangguk lalu berjalan beriringan dengan Lyla. "Barang-barang ni kita hantar rumah Syifa dulu, kau ikut aku. Aku tak berani nak tinggalkan kau sorang-sorang kat rumah sewa kita tu." Ujar Lyla sambil menolak troli. Diena memeluk sahabatnya, "Eleh risaukan pasal kita lah." Mereka bergelak tawa sepanjang berjalan.
RUMAH PUAN RANIA DAN ENCIK ARYAN
"As'salamualaikum ibu ayah?" Lyla dan Diena menjejakkan kaki ke dalam rumah dan mencari kelibat ibu dan ayahnya. Mereka tiada di ruang tamu, "Ly aku tunggu dalam bilik kau lah, kau pergilah bincang dengan ibu ayah." Lyla mengangguk dan melihat Diena berlalu pergi ke biliknya. "Adik, ibu dengan ayah dekat dapur ni!" mendengar suara ibunya, Lyla melangkah memasuki ruangan dapur. Lyla lalu bersalaman dengan orang tuanya lalu mengambil tempat disebelah ibunya. "Ibu dengan ayah dah makan?" ketika itu, di atas meja terdapat sedulang air teko dan cawan. Selalunya, Puan Rania akan menggunakannya apabila ada tetamu."Alhamdulilah dah tetapi kami tak makan berdua tadi." Mata Lyla lalu beralir ke arah dulang tersebut. "Ada tetamu ke tadi ibu?" Puan Rania mengangguk. Lyla bertanya lagi, "Siapa?" Puan Rania dan Encik Aryan saling bertukar pandangan.
"Lyla, sebenarnya tetamu yang datang ziarah kami tu nak merisik kamu."Lyla yang ketika itu sedang menghirup air, hampir tersembur air apabila mendegarkan ayat yang keluar daripada mulut ibunya itu. "A-apa ibu ? M-merisik? Jadi ibu terima lah?" Lyla meletakkan cawannya ke atas meja lalu memandang ke arah ibunya. Puan Rania menggeleng, "Kami tak terima lagi lamaran mereka sebab kami kata biarlah kamu sendiri yang membuat keputusan. Ini melibatkan masa depan kamu, apa-apa keputusan adik ibu dengan ayah terima. Mereka kata, biarlah kamu berfikir-fikir dulu ambil lah sebanyak masa yang kamu mahu." Lyla memandang ke arah Encik Aryan dan bertanyakan satu soalan kepastian, "Haziq ke ayah ?"
Senyuman di bibir Encik Aryan pudar apabila mendegar nama tersebut lalu menggelengkan kepalanya. "Ayah dah lama tak dengar pasal kamu dengan Haziq. Hubungan kamu berdua okay ?" Ibu pula menyambung, "Betul apa ayah kamu tu cakap. Dah lama kamu tak bawa Haziq datang rumah." Lyla mengeluh, "Haziq tu.. adik tak tau nak cakap macam mana." Puan Rania memeluk anaknya,"Takpelah adik, biasalah setiap hubungan dan turun naiknya."
Lyla lalu bertanya kepada Puan Rania. "Keluarga yang datang merisik adik ni, ibu dengan ayah takde gambar mereka ke? Nama keluarga ke? Apa-apa sahajalah, baru lah adik boleh fikir nak terima atau tidak." Puan Rania tersenyum, "Maaf adik tetapi mereka minta untuk rahsiakan siapa mereka sehingga adik terima lamaran mereka." Lyla lalu meleraikan pelukan tersebut dan bangkit dari tempatnya, "Adik minta izin masuk bilik dulu ye ibu ayah, adik penat pula memandu. Pasal lamaran tu...nanti adik bagitau ibu."
Lyla membuka pintu biliknya dan menghampiri Diena, "Kau ni kenapa? Ibu dengan ayah cakap apa?" Lyla memandang ke arah Diena dan mengenggam erat tangan sahabatnya itu, "Ada orang masuk merisik aku... tetapi bukan Haziq." Terbeliak mata Diena mendengar perkara tersebut, "HAH ADA ORANG MASUK MERISIK KAU !" suaranya sudah separa menjerit, "Shh kau ni pun perlahan lah sikit." Lyla menekup mulut kawannya itu. Diena menyambung, "Bukan Haziq ? Siapa pula nak masuk merisik kau, tak silap aku satu falkulti tau yang kau ada hubungan dengan Haziq. Entah-entah.." Lyla bangkit dari tempatnya dan masuk ke bilik air bagi mengambil air wudhu. Diena yang tidak sempat menghabiskan ayatnya, dengan segera mencapai telefonnya setelah terdengar telefonnya berdering untuk beberapa kali.
'See you soon gorgeous'
YOU ARE READING
-ANDAI ITU TAKDIR AKU-
Dla nastolatkówMereka mula bersahabat ketika darjah 2 sehingga menamatkan pelajaran sekolah menengah dan terpisah demi masa depan. Takdir telah menemukan mereka semula setelah sekian lama . Danial secara tiba-tiba menghilangkan diri dan telah membuatkan Lyla resah...