DI KAMPUS
Sepanjang hujung minggu tersebut Lyla banyak berdoa dan solat istikharah, memikirkan jika hendak menerima lamaran tersebut ataupun tidak. Bagaimana dengan Haziq? 'Bukankah ibu dengan ayah suka nak menantukan Haziq. Kenapa mereka tidak menolak sahaja lamaran orang yang datang merisik tempoh hari?' Bisik Lyla di dalam hatinya.
Lyla yang ketika itu sedang menjamu sepinggan nasi lemak bersama air teh ais untuk sarapan sambil menunggu sahabatnya si Diena. Diena memaklumkan pada Lyla yang dia akan lambat datang sedikit kerana ada urusan di bank. Ketika Lyla sedang leka menyuap makanannya, mata tertumpu pada satu susuk tubuh wanita yang sedang berjalan melintasi di hadapanya sambil menjelingnya. 'Cucuk mata tu kang. Buta nanti baru tau.' Kata Lyla di dalam hatinya. Siapa wanita itu? Sehingga membuatkan Lyla membencinya?
Hana Qistina. Hana merupakan sahabat baik Lyla ketika awal semester. Mereka memang dahulunya sentiasa bertiga. Sehinggalah suatu hari, dengan secara tiba-tiba Hana menyimbah air kepada Lyla ketika di Cafe di hadapan khalyak ramai kerana mengetahui tentang Haziq menyukainya dan telah menjadi kekasih Lyla.
Disebabkan rasa cemburunya yang melampau, Hana yang membuat keputusan untuk memutuskan persahabatan mereka. Lyla ketika itu tidak mengetahui Hana juga menyukai Haziq, jika dia tahu pasti dia segera menolak Haziq demi sahabatnya itu.
"Ly kau tenung apa tu?"Diena yang muncul secara tiba-tiba membuatkan Lyla hampir tersedak. "Eh Ya Allah, sorry sorry. Cepat minum air ni Ly." Diena menghulurkan air lalu di meneguk air tersebut dengan rakus. Selesai minum Lyla menampar belakang sahabatnya itu,"Kau kalau tak terkejutkan aku tak sah kan?" Diena tergelak kecil.
"Kau ni apasal, nampak sesiapa ke?" Lyla memuncungkan bibirnya untuk memberi isyarat kepada Diena untuk melihat ke depan duduk yang selang 4 meja ke kiri dari mereka. "Ohh patutlah. Kau cepat habiskan makanan kau tu, nanti kita lambat pergi kelas Sir Syaf pula."
Selesai makan mereka berdua berjalan beriringan ke kelas mereka yang tidak jauh jaraknya dari Cafe. "Wei Ly kau dah tau nak Intern kat mana?" Lyla yang sedang memeriksa telefonya tidak menjawab pertanyaan Diena. Lyla masih risau tentang Haziq yang masih tiada khabar berita dan risau tentang lamaran tempoh hari. Puan Rania telah bertanya kepada Lyla pada pagi tadi tentang jawapannya dan Lyla masih tidak mampu memberikan jawapan. "LYLA UMAIRAH!"
Jeritan Diena hanya disedari oleh Lyla apabila dia telah terlanggar pokok kerana terlalu ralit melihat telefonnya. Diena berlari mendapatkan sahabatnya itu, "Hah tulah kau padahnya ralit sangat telefon itu, sampaikan pokok sebesar alam ni pun kau tak nampak." Lyla mengusap-usap mukanya yang sakit akibat melanggar pokok tersebut. "Kau okay tak?" Diena mulai rasa risau melihat sahabatnya. Lyla hanya mengangguk.
SELEPAS KELAS
"Ly kepala okay tak ? Ada rasa pening-pening lagi?" Lyla yang sedang mengemas barangnya hanya menjawab sepatah "Okay." Diena melihat Lyla dengan penuh kehairanan, 'Dah kenapa budak ni, moody semacam tiba-tiba.' Bisiknya di dalam hati. Selesai sahaja mereka berdua mengemas barang, Diena mengajak Lyla untuk menemannya makan di cafeteria. Lyla hanya mengangguk setuju.
"Ly kau ni kenapa, terkuis-kuis makanan tu. Makanlah, tak elok main dengan rezeki depan mata tu." Lyla mengeluh dan ketika ingin menjamu makanannya dia terlihat Hana sedang berjalan dengan seseorang sambil berpegang tangan dan bermesra.
Pada mulanya, dia tidak mahu melihat kerana hanya merosakkan matanya tetapi apabila Lyla melihat kali kedua dia seperti kenali lelaki yang sedang berjalan beriringan dengan Hana.
"Diena cuba kau pandang belakang." Tanpa bertanya lebih, Diena memusingkan badannya dan melihat apa yang dilihat oleh Lyla. "Jijik." Itu sahaja yang boleh dikeluarkan daripada mulut Diena. "Jom lah Ly, hilang selera aku."
YOU ARE READING
-ANDAI ITU TAKDIR AKU-
Roman pour AdolescentsMereka mula bersahabat ketika darjah 2 sehingga menamatkan pelajaran sekolah menengah dan terpisah demi masa depan. Takdir telah menemukan mereka semula setelah sekian lama . Danial secara tiba-tiba menghilangkan diri dan telah membuatkan Lyla resah...