Bab 1 - Prolog

14K 42 3
                                    

Tok! Tok! Tok!

Sekejap! Siapa tu?

Tiada jawapan yang diberikan.

Violet mengeluh panjang sambil mengelap tangannya yang basah pada baju sebelum memulas tombol pintu.

Di dalam hatinya merungut, 'kenapalah payah sangat? Tanya siapa pun tak nak jawap'.

Sebaik sahaja Violet membuka pintu hadapan rumahnya, dia terus berteriak, “Eryna!”

Laju sahaja kedua-dua tangan Violet memeluk adiknya yang telah lama tidak ditemuinya. Air mata berterusan mengalir tanpa dapat dia menahannya. Kucupan demi kucupan juga hinggap di pipi adiknya.

“Kenapa lama tak contact?” tanya Violet di dalam nada yang tersedu-sedan.

Kedua-dua tangannya juga masih sibuk mengelap air mata yang masih lagi tidak berhenti-henti mengalir.

Sebagaimana Violet, begitu juga dengan Eryna. Agak lama kedua beradik ini terpisah tanpa khabar berita. Namun, Eryna agak bernasib baik kerana Violet masih lagi tinggal di rumah sewa yang disediakan khas bagi pelajar-pelajar di kolejnya.

Sekiranya Violet telah tamat belajar atau sambung belajar di tempat lain, tentulah lebih sukar bagi Eryna untuk menjejaki kakaknya.

Sebaik sahaja Violet mengajak Eryna duduk di kerusi sofa ruang tamu, dia bertanya, “so…how’s your married life?”

Eryna menundukkan kepalanya, tidak tahu bagaimana dia hendak memulakan kisahnya. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta, hilang sekelip mata sahaja. Hidupnya kini tidak lagi seindah dahulu.

**********

Setahun sebelumnya…

“Okey, buka mata sekarang,” kata Matthew.

“Wahh…” Eryna teruja sebaik sahaja dia membuka matanya. Biarpun majlis perkahwinan mereka baru sahaja selesai, hari ini dia sudah pun berdiri di dalam rumah mereka sendiri.

Rumah apartment tiga bilik lengkap dengan perabot serta perkakasan elektrik. Bapa Matthew memiliki perniagaan pembalakan di Sarawak dan Matthew pula merupakan satu-satunya anak lelaki. Dia jugalah yang akan mewarisi perniagaan ayahnya pada suatu hari nanti.

Jadi tidak hairanlah biarpun dia masih lagi belajar di kolej, tetapi mampu memiliki kenderaan serta apartmentnya sendiri. Segala keinginannya akan dipenuhi termasuklah sewaktu dia berkeras mahu berkahwin dengan pilihannya, Eryna.

“Suka tak?” tanya Matthew sambil memeluk Eryna dari belakang.

Yes…sangat suka,” jawap Eryna sambil tersenyum.

So…? Kita tunggu apa lagi?” tanya Matthew.

“Err…maksud you?” Eryna tertunduk malu. Berpura-pura tidak mengerti apa yang dihajati suaminya.

Tanpa menunggu lagi, Matthew terus sahaja membuka serta melucutkan satu persatu pakaian Eryna di tengah-tengah ruang tamu. Mendedahkan tubuh isterinya yang bukan sahaja putih mulus, malah masih dara lagi.

Bibir Matthew mengucup lembut pada leher serta belakang tubuh isterinya, membuatkan Eryna hanyut melayan ransangan dari bibir suaminya. Sekali-sekala keluar erangan manja dari bibir Eryna.

“Tak nak masuk bilik dulu?” tanya Eryna sambil menyandarkan belakang badannya pada Matthew serta memejamkan mata.

Sambil meramas kedua-dua payudara Eryna, dia berbisik pada telinga isterinya, “bukannya ada orang lain dalam rumah ni…as a newlywed, kita patut buat kat semua tempat dalam rumah ni”.

Eryna [Complete]Where stories live. Discover now