PROLOG

69 5 0
                                    

???: Hah?! Pi- pindah?!

??1: Ya lah dey! Takkan sudah tak faham bahasa melayu?

??1 mengurut dahinya. Kali ini sudah masuk tiga kali dia menerangkan perkara yang sama kepada anak muda itu.

???: Tapi general, kenapa saya? Kenapa bukan orang lain?

General ?: Buat makluman awal, MWDA ada dua kumpulan ejen muda terhebat. Sekarang salah satu kumpulan tersebut kekurangan seorang ejen. Ketua teras bersetuju dengan permintaan mereka untuk menyerap salah seorang ejen kita ke sana. Dan MWDA berminat untuk memilih kamu, Ejen Zaf.

Zaf: Kenapa saya, general? Kenapa bukan Ali ke, Rudy ke, Iman ke? Tak pun anak general-

General ?: Cukup! Saya tak mahu dengar apa-apa bantahan. Ketua teras sudah buat keputusan. Lusa, kamu akan sertai MWDA. Tentang keluarga kamu, kamu tak perlu risau. MATA sudah uruskan. Bertindak segera!

Tahu dah kan general tu nama apa?

Keluar sahaja dari briefing room, Zaf mengeluh berat. Sampai di kafeteria, dia termenung seorang diri sampailah ditegur rakannya.

Jet: Emo semacam ni dah kenapa bro?

Zaf: *mengeluh* Aku kena pindah ke MWDA.

Semua ejen muda terkejut. Serius senyap selama beberapa minit. Semua terkejut dengan keputusan tiba-tiba tu.

Ali: Kenapa?

Zaf: Sebab kumpulan ejen muda terhebat diorang tak cukup ahli.

Khai: Maknanya diorang iktiraf kau sebagai ejen muda terhebatlah ni? Wah, naisuu!

Zaf: Apa yang naisu nya? Mesti agensi diorang tak hebat sebab ejen pun sampai tak cukup.

Alicia: Waktu aku kecil dulu, aku pernah dengar dari general yang MWDA ni lagi hebat dari MATA. Ejen-ejen diorang semua profesional.

Zaf: Tch. Semua orang tahulah yang MATA takde tandingan. Lagipun kalau ejen-ejen diorang dah cukup profesional, kenapa nak kena ambil aku jugak? Maknanya tak semualah ejen diorang profesional kan? Lagi satu. MWDA tu dekat Arcane, weh! Arcane. Tak layak langsung jadi saingan Cyberaya.

Bulat: Alah, anggap je semua ni sebagai pengalaman. Kalau dalam sebulan dua kau still tak suka duduk sana, mohon jelah untuk dipindahkan semula.

Rudy: Aku tak risau pasal tu. Aku risau dia sendiri yang tak nak balik sini.

Chris: Ambo dengar cerito, sana rama ore ttino. Mano tahu, sekali si Zaf ni mari sini semulo bawok gewe terus!

Semua: HAHAHAHA.

Zaf: *poker face* Ha ha. Mimpi jelah. Aduh, mesti aku selalu kena kacau nanti. Dengan kekacakan aku ni, mesti diorang takleh tahan punya. Aku suka ada fans, tapi aku tak naklah orang tergila-gilakan aku.

Sekali lagi semua mentertawakan Zaf. Lucu. Ejen muda perempuan semua dah buat muka geli. Rasa macam mahu muntah. Perasan betul!

Zaf: Huhu, kenapa diorang kena pilih aku? Memanglah aku ni handsome, talented, fast learner, tapi kenapa tak pilih kemetot ni? Tak pun landak ni? Aku ni tahap korang pun belum sampai.

Ali dengan Rudy dah bersedia nak belasah mamat acah ni, kalau bukan sebab Alicia dengan Iman halang. Sedap-sedap je panggil orang macam tu!

Roza: Maknanya diorang percayakan kau. Tak pun, diorang nampak kelebihan pada kau yang kitorang takde.

Semua: *angguk tanda setuju dengan kata-kata Roza*

Moon: Haa, apa kata kita buat majlis perpisahan untuk Zaf?

Bulat: Bagus idea tu. Wajib ada kek ni!

Zaf masih sedih sebab kena tinggalkan kawan-kawan dia dan MATA, tapi dia paksa senyum sebab tak nak hancurkan mood orang lain yang cuba nak buat dia gembira.

❃❃❃

???: Tuan muda? Tuan Zafriel!

Zaf: *baru sedar* Hah? Ye, kenapa, Franz?

Franz: Kita dah sampai.

Zaf: O- oh. Okey. Jomlah turun. *bangun*

Franz: Tuan tak apa-apa ke?

Zaf: *mengeluh* Mama papa tak boleh spend masa sekejap ke sampai selesai urusan pindah ni?

Franz: Tan sri dan puan sri dah upah orang untuk unpack dan kemas barang. Jadi...

Zaf: Sampai bila-bila pun diorang takkan ada masa untuk saya.

Franz sendiri tidak tahu mahu balas apa. Dari jejaka itu lahir lagi majikannya kurang memberi anak muda itu perhatian. Franz mengeluh perlahan. Mereka berdua turun daripada jet peribadi tersebut.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MWDA : MONARCH WORLD DEFENSES AGENCYWhere stories live. Discover now