Zaf tergamam. Saiz HQ MWDA pun dua kali ganda lebih besar dari HQ MATA, macam mana dia tak terkejut? Teknologi mereka juga tidak dinafikan telah selangkah ke depan dari MATA.
Lepas tak bergerak sebab kagum selama beberapa minit, terdengar pengumuman melalui mikrofon.
"Perhatian kepada Ejen Zaf, sila ke briefing room segera. Droid E3, sila pimpin Ejen Zaf."
Sebuah droid mendekati Zaf. Makin kagumlah dia! Droid bukan sahaja ditugaskan menjaga keselamatan malah juga ditugaskan melakukan tugasan bagi meringankan beban ejen-ejen di sini.
Sebaik sahaja tiba di hadapan briefing room, Droid E3 beredar. Zaf menarik nafas dalam sebelum masuk ke dalam briefing room tersebut. Takut juga kalau semua ketua teras di sini seperti Ejen Ganz dan Ejen Djin. Kecut perut!
Namun jelas sekali sangkaannya meleset.
???: Oh, ejen muda baru kita dah sampai! Selamat datang, Ejen Zaf. Aku Ejen Kristal, ketua agensi MWDA. Ada sorang lagi ketua agensi, Ejen Mosha, tapi dia tengah latih ahli kumpulan dia. Oh ye. Tak payah formal sangat dengan aku. Umur kita tak beza sangat pun. Tapi tak bermakna kau boleh pijak kepala aku ye. Jadi, kau ada apa-apa soalan sebelum aku bawak kau pergi tour?
Zaf: (Ketua MWDA sendiri yang akan bawak aku pergi tour?!) Err.. say- aku.. group dengan siapa nanti?
Kristal: Oh ye, lupa pulak hehe. Kau akan masuk kumpulan Ejen Mosha. Takde soalan dah kan? Jom pergi tour. Ejen-ejen lain dah tak sabar nak jumpa ejen MATA ni.
❃❃❃
Kristal: Ahli kumpulan-
TIT TIT! TIT TIT!
Kristal: Aku ada kerjalah pulak. Takpe, macam ni. Kau boleh baca dulu maklumat pasal kumpulan kau kalau kau malu nak berkenalan terus. Maaf ye, aku kena pergi sekarang.
Zaf: Takpe. Terima kasih untuk tour hari ni Ejen Kristal.
Kristal: *senyum* Sama-sama.
Dalam bilik info, Zaf bercakap dengan diri sendiri.
Zaf: Mentor Ejen Mosha, menguasai semua teras. Cenderung kepada teras inviso dan tekno. Nampak macam pemalu. Tak pun pendiam. Ejen Mika, menguasai teras tekno dan neuro. Murah memberi senyuman. Trauma terhadap tempat sempit. Ish, tak mungkin sorang ejen boleh kuasai dua teras. Impossible. Tengok group lagi satu pulaklah.
Makin ternganga Zaf dibuatnya.
Zaf: Mentor Ejen Kristal, menguasai semua teras. Cenderung kepada teras kombat dan neuro. Peramah. Dilatih tok guru martial arts. Tak bergantung pada gajet semata-mata. Secara ringkas, tiada kelemahan. Ejen Rara, menguasai teras kombat dan inviso. Seorang yang dingin, tapi profesional dalam menjalankan tugasnya. Benci lelaki. Ejen Ania, menguasai teras tekno dan neuro. Mahir dalam bidangnya, namun lemah dalam berlawan. Juga adik Ejen Rara.
Zaf mengeluh sambil mengurut pelipisnya.
Zaf: Mustahil, mustahil. Kalau diorang ni saja dah 'perfect' macam ni, buat apa rekrut aku yang satu teras aje ni? Kenapa tak rekrut ejen MWDA lain yang berlambak kat HQ ni, yang semestinya kuasai dua teras macam diorang jugak? Melainkan.. data ni semua tipu. Sekadar nak tunjuk konon MWDA lebih hebat dari MATA. Alah, common-lah tu kalau jealous dengan agensi yang terkenal di serata dunia.
'Mentol' dalam kepala Zaf menyala.
Zaf: Ada satu cara je nak tentukan. Hehehe.
❃❃❃
Rara: Tolong pulangkan balik sarung sword aku, sebelum sword ni terpacak dekat kepala siapa-siapa.
Mika terus memulangkan sarung pedang Rara kepada tuannya. Ania mencebik.
Ania: Alaa, kakak ni tak best la. Sikit-sikit ugut, sikit-sik- auch!
Mika dan Rara mula peka dengan kawasan sekeliling, cuba mencari gerangan yang menyerang hendap Ania sebentar tadi.
Ania: Ow!
Sekali lagi Ania terkena tembakan. Dia dah tak mampu nak lindung diri sendiri sebab layan rasa sakit dan hanya biarkan Mika dan Rara lindung dia.
(Jangan risau. Sakit dia tu rasa macam kena lastik dengan batu je... kot hehe. Peluru tak tembus pun sebab dia pakai sut ejen)
Rara dah dapat kesan siapa yang buat. Terus dia gunakan skill inviso dia dan halakan plasmasword nya tepat di hadapan leher si pelaku, Zaf.
Zaf tersengih. Cepat-cepat dia tukarkan gajetnya kepada mode sabresword.
KTANG!
Gajet mereka saling berlaga. Pertarungan mereka masih tiada tanda-tanda nak tamat walaupun dah 2 minit berlalu. Sampailah...
BUM!
Scythe milik Ejen Mosha terpacak di lantai, memisahkan Zaf dan Rara.
Mosha: Kalau nak sangat berlatih, berlatih di arena. Bukan di sini sampai rosak kawasan sekeliling.
Serentak, Zaf dan Rara menoleh melihat sekeliling. Betul kata Ejen Mosha. Hancur teruk kawasan sekeliling mereka. Mereka berdua cepat-cepat meminta maaf.
Mosha: *mengeluh* Kau baru sampai sini, Zaf. Aku tak tahu apa punca korang berdua 'berlatih' tengah-tengah jalan macam ni, tapi aku harap ini tak berpunca dari kebencian kau terhadap lelaki ye, Rara. Aku tahu korang berdua profesional. Esok pagi datang awal. Dua-dua sekali.
Belum sempat mereka membalas, Mosha dah beredar. Rara perasan riak kekecewaan di wajahnya. Rara menghadap Zaf. Jari telunjuknya dituding pada lelaki itu.
Rara: Aku tak tahu sama ada kau ada masalah mental atau apa. Kalau bukan sebab aku tahu kau ejen, dah lama kau terbunuh. Kau berani sentuh adik aku lagi, aku takkan bagi chance lagi dah macam tadi.
Rara cepat-cepat beredar. Nampak sangat dia marah. Miaka dan Ania segera membuntutinya.
Zaf terdiam. Memang betul kata Rara. Dia tahu Rara tidak menggunakan sepenuh kekuatannya semasa bertarung tadi. Tapi separuh kekuatan itu pun dah cukup untuk menandinginya, apatah lagi kalau sepenuh kekuatan digunakan.
Zaf: (Jadi betullah khabar angin tu. Ejen-ejen sini semua hebat-hebat belaka. So.. kenapa aku terpilih?)
YOU ARE READING
MWDA : MONARCH WORLD DEFENSES AGENCY
AzioneMonarch World Defences Agency atau lebih dikenali sebagai MWDA merupakan sebuah agensi perisikan yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar kecil yang diberi nama Arcane. MWDA banyak bekerjasama dengan agensi-agensi perisikan...