Monarch World Defences Agency atau lebih dikenali sebagai MWDA merupakan sebuah agensi perisikan yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar kecil yang diberi nama Arcane.
MWDA banyak bekerjasama dengan agensi-agensi perisikan...
Banyak droid dah hancur berkecai. Tak ada satu pun yang selamat. Kristal memang tak bagi peluang kali ni. Habis-habisan dia kerjakan semuanya gara-gara marahnya masih belum reda. Tiada ruang langsung untuk ??? turut serta dalam pertempuran itu.
???: Kristal, saya rasa dah cukup ni.
Kristal tidak mengendahkannya, malah bertindak lebih agresif. ??? bengang.
???: Ejen Kristal!
??? masih lagi dipalau.
???: Saffiah, stop!!
Kristal tersentak. Spontan, gajetnya terlepas dari tangan.
???: Silap hari bulan, aku yang mati dikerjakan Ejen Kristal.
Kristal mendengus setelah diperli.
Kristal: Kau tak berada dalam situasi aku, Ejen Baihaqi.
Sengaja ditekan nama lelaki itu. Niatnya nak perli balik. Yalah, sesuka hati je sebut nama sebenar orang time misi.
Bai: Memang aku tak ada dalam situasi kau, tapi aku saksi semuanya. Kau kena ingat status kau, Kristal. Kalau musuh nampak kau mengamuk macam ni, mesti diorang akan ambik kesempatan.
Kristal memalingkan wajahnya. Masih ego.
Bai: Kau yang paling kenal Sha macam mana. Jangan sebab satu misi, kau kehilangan satu-satunya sahabat yang boleh terima kau di saat semua pandang jengkel pada kau. Ingat. Lebih tiga hari, kau tak boleh bau syurga tau.
Kristal ketap bibir.
Bai: Kau jugak jangan lupa. Korang denda budak-budak tu sebab bergaduh. Tapi kau dan Sha? Bukan ke korang patut jadi contoh kepada diorang?
Kristal terdiam. Lama. Kemudian, dia mengoyak senyuman.
Kristal: Terima kasih, Bai. Aku tak tahu apa akan jadi kalau takde kau.
Bai: Ceh. Tak payah puji lebih-lebih. Ba- you-know-who kau tu nak campak mana?
Riak Kristal terus berubah. Senyumannya hilang.
Kristal: Jangan seru nama dia please. Pantang diseru je muncul. Lebih baik diam.
Bai: *gelak* Nampaknya Ejen Kristal kita dah ready. Jom confront penyangak-penyangak ni.
❃❃❃
Sampai sahaja di pejabatnya yang gah, selayaknya bagi ketua agensi, Kristal melemparkan dirinya di atas sofa bagi melepaskan lelah. Penat melepaskan kemarahan. Tak lama kemudian, sekeping kertas yang berada di atas coffee table di sebelah sofa itu menyapa pandangannya. Dia pasti itu bukan miliknya.
Kristal: Ah, lantaklah. Siapa suruh letak atas meja aku.
Kertas tersebut terus dibuka.
Kita dah kenal lama. Sebelum kita handle misi ni lagi. Jadi takkanlah kita nak biarkan satu misi rosakkan persahabatan kita yang berharga kan? Aku minta maaf.
Kristal tersengih. Jika nak dibandingkan, Mosha lah yang lebih 'pandai' ungkap kata maaf berbanding Kristal. Walaupun bukan secara lisan, ianya dah memadai buat Kristal. Iyalah, mereka berpangkat tinggi pada usia muda. Pasti ego juga tinggi. Kira okeylah minta maaf guna kertas berbanding tak ucap langsung kan?
Cepat-cepat Kristal mengorak langkah ke pejabat Mosha. Alah, bukan jauh pun. Sebelah-sebelah saja!
Masuk-masuk sahaja, Kristal terus memeluk Mosha yang pada ketika itu membelakangi pintu.
Kristal: Kau ni sweet lah.
Pipi Mosha membahang. Ah, sudah. Dia memang lemah dengan pujian. Sengaja saja Kristal ni!
Mosha: Aku ada banyak kerja ni. Boleh ketepi?
Kristal leraikan pelukan sebelum pandang Mosha. Dia tergelak.
Kristal: Comellah kau blushing. Ni kalau Ri-
Mosha: Diam! Dahh, ketepi ketepi. Banyak lagi kerja aku kena settle-kan daripada nak melayan kau. *cepat-cepat keluar*
Lagi sakan Kristal ketawa. Hah, baik pun dua ekor ni!
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.