Mata mereka berdua terkelip-kelip tak berhenti dengan mulut ternganga seluas-luasnya. Ni gajah pun boleh masuk ni!
Zaf: Ma- masquerade event?
Mosha dan Kristal mengangguk serentak. Masing-masing senyum.
Ah, sudah. Macam mana nak cakap eh? Zaf memang tak nak pergi event-event yang macam tu. Membesar sebagai anak orang kaya, Zaf dah lali dengan event yang macam tu. Dengan perempuan yang menggeletis nak menari dengan dia, euw! Zaf tak suka!
Rara: Event ni kan untuk orang atasan. Kenapa Kak Sha tak ajak Abang Baihaqi? Zaf dengan Rara mana layak lagi nak pergi event ni.
Rara cuba menolak dengan baik. Hakikatnya dia memang tak nak pergi pun event macam ni. Dah pernah pergi masa kecik. Serik! Bosan. Tak best. Titik. Full stop.
Mosha: Dah ajak dah. Tapi dia kata dia nak elak pergi event yang boleh tambah dosa macam ni. *roll eyes* Dia tu kan memang mengada.
Kristal: Please Rara, Zaf. Korang je harapan kitorang ni. Lepasni kita pergi shopping spree, beli baju. After that, korang nak melencong ke mana-mana pun boleh. Ice skating, and so on. Everything's on us. Anggap je tanda minta maaf kitorang sebab melampau sangat marah korang haritu.
Dengar je ice skating, terus Zaf melompat-lompat keriangan.
Zaf: Setuju setuju!
Rara pandang Zaf tak percaya. Tadi bukan ke diorang sama-sama membantah? Nak tak nak, Rara pun kenalah surrender jugak.
❃❃❃
Mosha: Takpe ke kita biar dua ekor tu? Kot-kot lah terjadi perang dunia ketiga.
Kristal: Alah, jangan risaulah. Diorang pun dah besar. Lagipun kita sekarang dekat luar. So kalau apa-apa jadi, bukan salah kita. *angkat bahu*
Mosha pandang Kristal dengan poker face. Ambil remeh betul!
Kristal: Dahlah. Tolak diorang ke tepi buat sementara waktu. Sekarang masa untuk kita have fun! Sejak jadi ketua agensi ni, bila last kita have fun pun aku dah lupa.
Mosha: Iyelah Saffiah oi. Tak payah nak drama sangat. Jom kita have fun ye.
Setelah dapat approval, Kristal pun apa lagi? Terus tarik tangan Mosha. Tuan punya tangan hanya pasrah dibawa ke mana-mana. Boleh diagak ke mana dia akan di heret selepas ini. Asalkan tak pergi bar atau tempat seumpamanya sudah. Berdosa, bak kata Baihaqi.
Kristal: To the movies!
❃❃❃
Meanwhile
Zaf: Yahoo! Habis dah beli baju. Jom melencong!
Dua kad kredit diangkat ke udara, dikibas-kibas, sahaja ingin ditayang. Sengihan terukir cantik di bibirnya.
Rara berjalan sedikit jauh daripada Zaf. Malu betul bila ramai orang pandang diorang! Buat gaya macam baru lepas keluar penjara. Sumbat dalam lokap betul-betul baru tahu. Mosha dengan Kristal dah lama cau entah pergi mana. Double date lah kot. Hehe gurau gurau.
Rara: Aku tak kenal dia ni. Tolong, aku nak balik je.
Eh, lah. Entah macam mana tiba-tiba ice skating rink dah ada depan mata.
Zaf: Yeay! Lama dah tak main benda ni.
Zaf masuk lepas bayar. Masa tengah pakai kasut ice skates, baru dia perasan Rara tak ada. Cari punya cari, rupanya ada je tercongok kat luar sambil berpeluk tubuh.
Zaf menghampiri Rara. Cuma pagar kecik je yang memisahkan diorang sekarang ni.
Zaf: Kenapa kau tak masuk sekali?
YOU ARE READING
MWDA : MONARCH WORLD DEFENSES AGENCY
AksiMonarch World Defences Agency atau lebih dikenali sebagai MWDA merupakan sebuah agensi perisikan yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar kecil yang diberi nama Arcane. MWDA banyak bekerjasama dengan agensi-agensi perisikan...