Rara sekadar cuba nak duga Zaf.
Rara: Nak singgah kedai game tak lepas ni? Depan tu je.
Zaf pandang sekilas je kedai tu.
Zaf: Meh. Tak minat. *terus jalan*
Rara: Penipu.
Zaf: Lah. Takkan aku nak tipu fasal benda yang aku minat kalau dah ada peluang nak pokaikan duit orang.
Rara: Weird.
Rara masih tak percaya Zaf. Padanya, lelaki semua sama.
Zaf: Aku prefer rare. Lagipun, benda tu buang masa. Parents aku tak kasi involve dalam benda macam tu.
Rara: Dah tu. Benda apa yang kau minat?
Zaf: Ekstrem. Melibatkan pergerakan. Macam skating, skydiving, equestrian, and favourite aku, pergi misi. Oh. Ada lagi satu yang terbaru. Keluar dengan kau.
Zaf tersengih sambil mengerling ke arah Rara. Senyumannya mati saat menerima riak beku Rara.
Zaf: Ceh. Kau ni takde perasaan ke? Kalau perempuan lain, mahu merah muka macam cili api.
Rara: Perasaan tu ada, cuma bukan untuk kau.
Selamba sahaja Rara mengucapkan kata-kata itu.
Zaf: Jangan jilat ludah sendiri pulak lepas ni sudahlah. Oh ye. Aku baru perasan. Kau tak jeling pun mana-mana kedai baju, atau kedai accessories, or kedai emas. Kau spesis rare jugak eh?
Rara: Buat apa nak jeling kedai-kedai tu? Membazir. Baju aku dah cukup.
Zaf tiba-tiba berhenti menyebabkan Rara turut sama berhenti.
Zaf: Jap jap. Ulang balik ayat last kau tadi.
Rara mengangkat keningnya. Zaf dipandang atas bawah.
Rara: Dah kenapa kau ni? Apa masalahnya dengan baju aku dah cukup?
Zaf: Wow! Melawan hukum perempuan. Kau lagi weird. Tak pernah lagi ada perempuan kata baju dia dah cukup walaupun almari dia dah tak muat nak masuk baju baru.
Rara menjeling Zaf. Baru mahu membalas, suatu bunyi masuk ke cuping telinga mereka.
BANG!
AARHHH!❃❃❃
Setelah Bakar pergi, Mosha terus menukar tempatnya, dihadapan Saffiah. Tangan disilangkan, muka digarangkan.
Mosha: Kenapa kau buat dia macam tu?
Pandangannya diangkat, setentang dengan Mosha.
Saffiah: Aku buat apa?
Mosha: Haih, kesian dekat Bakar tu. Jangan la buat dia macam tunggul kayu, macam kau tak nak dia kat situ.
Saffiah: Salah aku ke? Bukannya aku tengking dia ke apa. Dia yang tiba-tiba datang.
Saffiah menyandarkan badan ke kerusi, menghirup Iced Americano bagi menahan amarah. Kira baiklah tu aku diam tak bersuara, daripada aku cakap perkara yang menyakitkan hati dia.
Mosha: Kau tahu tak terguris hati dia, even kau tak bole nak balas perasaan dia, jangan layan dia macam tu. Dia baik.
Saffiah: Kau sendiri pun tahu kan aku tak suka cara dia asyik ikut aku je. Lagipun, kau jangan nak buat aku nampak jahat kat sini. Kau kan yang text location kita kat dia?
Terdiam Mosha. Rasa bersalah tiba-tiba datang.
Mosha: I'm sorry, aku tak patut buat macam tu. Tapi, kau seriously tak nak bagi chance kat dia?
YOU ARE READING
MWDA : MONARCH WORLD DEFENSES AGENCY
AcciónMonarch World Defences Agency atau lebih dikenali sebagai MWDA merupakan sebuah agensi perisikan yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar kecil yang diberi nama Arcane. MWDA banyak bekerjasama dengan agensi-agensi perisikan...