Kristal: Kau berani cakap buruk fasal arwah ketua agensi lama lagi sekali, nyawa kau akan tamat dalam tangan aku, Sha.
Kristal sudah bersedia dengan gajetnya, begitu juga dengan Mosha yang tidak mahu menyerah kalah.
❃❃❃
Wushh~
Jika bukan sebab pintu terbuka, pasti peperangan sudah pun berlaku di briefing room tersebut.
???: Maaf mengganggu Ejen Mosha, Ejen Kristal. Tapi dah tiba masa untuk perjumpaan bersama super ejen muda.
Kristal dan Mosha sekadar mengangguk. Masing-masing sudah tiada mood. Masing-masing bertukar dingin.
Sebaik sahaja keempat-empat super ejen muda MWDA masuk ke dalam briefing room, tanpa sebarang pembuka bicara, Kristal terus membuka rakaman perlawanan Rara, Zaf, Mosha dan Mika sebentar tadi.
Kristal: Apa semua ni? Takkan korang berdua tak pernah bekerja dalam kumpulan? Ini yang dinamakan kerja berpasukan? Ke kerja lawan dengan ahli pasukan sendiri?!
Rara dan Zaf memang terkejutlah. Baru masuk je dah kena tengking. Dua-dua menekur lantai, tak mampu berkata apa-apa.
Mosha: Ini ke super ejen muda yang nak dijadikan contoh kepada ejen-ejen muda yang lain? Kalau diorang tengok rakaman ni, apa yang diorang akan kata? What a shame. Tak malu ke dah calarkan nama baik super ejen?
Kristal: Antara korang berempat, korang berdualah yang paling tua. Kenapa tak boleh bertindak lebih matang? Tak malu ke kalah di tangan Miaka yang lagi muda tu?
Mosha: Macam mana gajet korang boleh berlaga banyak kali? Tak ada strategi langsung!
Mosha dan Kristal saling bertukar giliran berkata-kata, membuatkan mereka menjegil satu sama lain sebelum memandang ke hadapan semula.
Ania kehairanan. Tak. Lebih kepada kesian. Dia tak faham kenapa Rara dan Zaf perlu ditengking sebegitu sekali.
Ania: *bisik kat Mika* Macam ada sesuatu je yang berlaku. Tak pernah lagi Kak Saffiah dengan Kak Sha marah sampai macam ni. Bukan diorang kena puji ke mula-mula?
Mika: *bisik balik* Prestasi diorang individually memuaskan, tapi as a team... *pandang Rara dan Zaf* Tapi betullah cakap Ania. Kak Sha dengan Kak Saffiah macam.. tengah berlawan siapa marah lagi bagus.
Mosha: Korang ni macam takde knowledge fasal satu sama lain langsung! Dah berkenalan ke belum?
Rara & Zaf: Belum. *masih pandang lantai*
Kristal: Woi, cakap dengan lantai ke?
Rara & Zaf: *spontan sama-sama angkat kepala* Belum, ketua agensi!
(let's say ketua agensi are the same level as ketua teras okay 😉)
Kemarahannya masih belum surut. Kristal mengambil keputusan untuk keluar daripada bilik tersebut, sebelum dia melakukan apa-apa tindakan yang akan membuat dia menyesal. Dalam mindanya, dia telah merancang apa yang akan dibuat untuk meredakan emosinya ketika itu.
Kristal mendekatkan diri kepada Mosha, mengatakan dia ingin keluar sebentar. Tanpa Mosha menjawab apa-apa, dia hanya terus berjalan keluar.
??? yang melihat kejadian tersebut di hadapan pintu, hanya mampu mengeluh. Bukan apa, kesian. Apabila Kristal mengambil laluan di sebelahnya, dia menunduk tanda hormat, sehingga dia perasan isyarat Kristal. Tanpa berlengah, dia terus membuntuti Kristal.
Ejen-ejen muda melihat Kristal keluar dengan hairan. Kak Saffiah nak pergi mana???
Mosha turut sama memandang Kristal dan ???. Sedikit kecil hati kerana selama ini ??? melebihkannya, kali ini ikut Kristal pula. Dia berdehem, hilangkan Kristal dan ??? dari mindanya buat sementara.
Mosha: Hey, tengok apa tu? Introduce. Now.
Bercicit masing-masing lari mengambil tempat. Zaf juga tidak ketinggalan.
Tangan diangkat, lalu muncul holoskrin. Mosha menekan beberapa butang, meja-meja yang ada terus hilang 'ditelan' lantai, membuatkan kawasan tersebut menjadi agak lapang.
Keempat-empat mereka berdiri dalam separuh bulatan, menghadap ke arah ketua agensi.
Rara: Biar aku start dulu.
Serentak dengan itu, dia melibas-libas plasmaswordnya, menghasilkan pertunjukan menarik yang memukau mata yang memandang. Sementara semua leka, Rara terus menghayunkan pedangnya tepat kepada Mika.
Dengan refleksnya yang cepat, Mika sempat menahan serangan itu menggunakan busurnya. Sempat lagi mereka bertukar senyuman, sebelum Mika melancarkan anak panah sebagai serangan balas. Dengan keadaan Rara yang amat dekat, tak mungkin dia akan tersasar.
Rara hanya menolak sedikit busur Mika, supaya sasarannya juga beralih, kepada Ania.
Ania melihat panah tersebut, terus melancarkan sebuah gasingnya. Gasing tersebut mengenai panah mematahkan pergerakannya, lalu melantun sekeliling briefing room.
Yang ajaibnya, gajet itu tidak sekali pun mencalarkan mana-mana alat atau skrin yang ada di briefing room itu walaupun impaknya nampak kuat, jauh sekali merosakkan.
Sekali tengok, macam gerun jugak. Tak ke kalau tersalah masuk laluan gasing tu, boleh berlubang badan? Zaf tidak mengalihkan pandangannya langsung daripada gasing tu, supaya dapat mengelak jikalau gasing itu terbabas terkena dirinya.
Rara, Mika dan Mosha hanya tenang melihat gajet tersebut kesana dan kemari.
Seterusnya, Ania mengeluarkan dua gasing juga dilibas. Sekarang, ada tiga gasing yang sedang berlegar-legar di dalam briefing room. Selain menghasilkan impak yang kuat, gajet-gajet itu juga mengeluarkan bunyi yang seiring dengan kekuatan hentakannya.
Serentak dengan itu, Zaf siap-siap memegang handle sabreswordnya, bersedia untuk menepis segala ancaman.
Apabila ketiga-tiga gasing sedang menuju ke arah yang sama, iaitu di tengah, Ania mengeluarkan lagi dua gasing, menjadikan jumlahnya lima. Satu gasing dilepaskan ke tengah, sehingga berlanggar dengan tiga yang lain dan
BOOM!
Letupan berlaku. Asap berkepul-kepul terhasil ditengah. Gasing terakhir pula dilemparkan, kali ini dihentak di lantai dengan kuat, membuatkan gasing melantun dengan tinggi mengeluarkan konfetti yang berwarna-warni.
Tidak lupa juga hologram yang tertulis 'WELCOME TO MWDA'.
Terharu Zaf melihatnya.
Rara: Aisyah Qaisara, a.k.a. Ejen Rara. Teras kombat dan inviso.
Mendekatkan diri kepada Mika, Rara meletakkan tangan di atas bahu ejen tersebut.
Miaka: Saya Miaka, the choice is yours to call me Mia, also known as Agent Mika. Teras tekno inviso.
Senyuman yang manis dilemparkan.
Ania: Aku pulak, Aina. Adik Kak Rara. Nama ejen, Ejen Ania. Teras tekno inviso macam Kak Mika.
Tanpa amaran, dia merangkul leher Mika dan Rara, menyebabkan mereka bertiga terdorong ke hadapan, hampir terjatuh.
Kira happy ending la ni kan 🥹
YOU ARE READING
MWDA : MONARCH WORLD DEFENSES AGENCY
AcciónMonarch World Defences Agency atau lebih dikenali sebagai MWDA merupakan sebuah agensi perisikan yang ditubuhkan secara rahsia untuk melindungi keselamatan bandar kecil yang diberi nama Arcane. MWDA banyak bekerjasama dengan agensi-agensi perisikan...