Setelah aku mandi dan mengenakan pakaian yang baharu, aku menunggu kehadiran Amirr
"Mana Amirr ni .. dah pukul 5 ni, dia lupa ke" aku tertanya sambil duduk di katilku.
Beberapa saat kemudian, pintu bilikku diketuk. Aku bangun dan membuka pintu.
" Sampai pun.. ingatkan kau lupa" kataku kepada Amirr tetapi dia tidak mendengar apa yang aku katakan kerana aku perasan yang dia sedang melihat pakaianku.
"Wei Amirr , kau kenapa ? Tak pernah nampak orang pakai seluar jean dengan sweater ke?" aku menegur lalu dia tersentak dari lamunannya.
"Tak ada lah.. eh dah lah jom aku bawa kau pusing-pusing sekolah'' ajak Amirr
Aku pun mengunci pintu dorm dan mengikut Amirr. Dia menunjukkanku kesemua kawasan sekolah. Aku mengajaknya untuk makan di dewan makan kerana perutku sudah kelaparan. Apabila kami sampai ke DM, aku ternampak seorang pelajar yang agak tinggi , rambutnya lurus dan matanya yang sepet sedang duduk di salah satu meja.
"S-siapa tu Amirr?" aku ber sambil menunjuk ke arah pelajar tersebut
" Oh itu Ariz Reza.. kenapa ? Kau kenal ke" tanya dia kembali
Aku hanya menggelengkan kepalaku dan berkata bahawa aku tersilap pandang. Aku mengambil makananku dan kakak DM itu pun bertanya tentang aku. Namanya Mia katanya dan dia hanya 2 tahun lebih tua dariku. Aku duduk di meja bersama Amirr.
Aku melihat sekeliling tetapi tidak nampak kelibat Ariz Reza.
"Dah balik dorm agaknya.. baru nak tengok muka dia lagi .. handsome betul .. kalau dia senyum tu.. mau tak cair aku?'' aku terfikir sambil tersengih
POV : Ariz Reza
"Asal perempuan tu tengok-tengok aku tadi..gila ke apa sial" aku terfikir sambil meletak bekas makanan.
Aku jalan balik ke dorm sambil tertanya-tanya siapa perempuan itu.
"Wei Ariz , kau asal ni .. macam stress je, dahi kau berkerut semacam " tegur Zahrin , pelajar Form 5
"Tak ada ah , aku nampak perempuan tadi kat DM tapi dia asyik tenung-tenung aku .. aku pun tengah fikir apa dia nak and siapa dia ni " aku berkata
Pelajar lain di dalam dorm itu terdiam kseperti tidak percaya ada pelajar perempuan di KUDRAT.
"Kau biar betul Ariz ... kau jangan tipu kita ah" kata Hakeem , seorang lagi pelajar Form 5
"Sumpah aku nampak Amirr jalan dengan awek tadi.. eh dah la aku nak mandi" aku berkata
POV : Sofya
"Weii Sofya .. Sofyaaa ? .. eh Amira! " panggil Amirr
Aku tersentak kerana mendengar Amirr memanggilku 'Amira'. Aku tidak suka orang memanggil aku Amira kerana hanya arwah Mama yang memanggil aku Amira dan nama itu membawa kembali kenanganku bersama mama.
"Jangan panggil aku Amira.. aku warning kat kau .. aku tak suka.." aku berkata
"eh asal kau nak marah tiba-tiba.. panggil Amira je kot" kata Amirr sekali lagi menyebut namaku Amira
Aku menjadi marah dan hendak saja aku melemparkan air ke mukanya.
"AKU TAK SUKA! ARWAH MAMA JE YANG BOLEH PANGGIL AKU AMIRA" aku teriak sambil mataku mula mengalir air mata.
Aku menghentak meja dan jalan pergi dari DM . Aku dengar Amirr memanggil aku tetapi aku tidak mengendahkan panggilannya. Aku berlari ke belakang sekolah dan duduk sambil menangis. Aku mengeluarkan wallet dan melihat gambar arwah mama yang ku simpan.
"Mama , Amira rindu mama...K-kenapa mama tinggalkan Amira" kataku sambil teresak-esak
POV : Kahar
Aku berjalan ke belakang sekolah untuk merokok tapi aku terhenti apabila ternampak seorang gadis terduduk di situ dan menangis.
"Kau buat apa kat sini hah?" aku bertanya.
Dia terperanjat lalu menoleh dan memandangku. Matanya sembam dan dia mengesat air matanya. Dia bangun lalu hendak beredar dari situ. Aku menghalangnya dengan tubuhku dan menarik tangannya pergi kebelakang sekolah.
"Kalau aku tanya kau soalan ... kau jawab .. Faham?!" tanyaku kepadanya
Dia hanya mengangguk dan aku melepaskan tangannya. Aku tanya nama dia .
"A-aku Sofya, anak Tuan Y-yusof" katanya , masih teresak-esak
"Oh aku Kahar .. aku nak isap rokok .. and sebab kau kat sini , kau teman aku .. nak sebatang ?" aku berkata
Dia menggelengkan kepalanya dan menolak. Budak baik rupanya. Aku memandang wajahnya dengan rambutnya yang sedikit coklat , matanya yang cantik dan pipinya yang bulat. Cantik .
"Asal kau nangis ni?.. Healing ke apa.." aku bertanya sambil bergurau. Mana tahu dia tergelak dan bagi aku lihat senyumannya yang manis itu.
Seterusnya: " Ini kau kata cantik?...lambaaat lagi"
YOU ARE READING
Bungaku. Ariz Reza
Romance"Apa yang sama aku dengan bunga..." This is my first ever time writing a story but I try okays #phc #highcouncil