POV : Ariz
"Amirr ! Tolong bagi surat ni kat Sofya.. cakap dengan dia penting" kataku kepada Amirr
Dia mengambil surat itu dan pergi ke kelas. Ini saja salah satu cara untuk aku berbual dengan Sofya tanpa pengetahuan Kahar. Aku sangat berharap agar dia membaca surat itu.
POV : Sofya
"Morning Amirr ! Morning Naim !" kataku dengan riang.
Mereka menyahut ucapanku dan Amirr mengeluarkan sampul surat dari begnya
"Sofya , ini untuk kau .. dari Ariz , dia kata penting" kata Amirr
Aku mengambil surat itu dan berjalan ke mejaku.
"Apa lagi si Ariz ni nak dengan aku.. tak tahu ke orang tengah marah dengan dia" aku membuka surat itu dan mula membaca.
To : Sofya
Hi Sofya , aku tahu kau tak nak cakap dengan aku langsung. Aku faham sebab hari tu aku panggil kau gemok and tak cantik . Aku tulis surat ni untuk minta maaf dengan kau . Aku tak tahu kenapa tapi aku tak tenteram tengok cara kau layan aku and buat aku macam tak wujud . Aku tak tahu kenapa aku rasa macam ni. Tapi aku nak kau percaya satu benda. Kau tak gemok , tapi kau comel . Kau cantik Sofya . Secantik bunga . Maafkan aku sebab menyakitkan hati kau . Ada benda aku nak bagitahu kau .. jumpa aku sebelum waktu rehat dekat parking lot.
- Ariz Reza
Aku menutup surat itu dan menyimpannya di dalam beg.
"Okay class we have another new student joining us today . This is Fakhri and Sofya can you help him catch up with the assignment i have assigned yesterday?" tanya Puan Faniza. Aku mengangguk kepalaku .
Fakhri berjalan ke meja disebelahku.
"Hi I'm Sofya , Fakhri kan ?" dia hanya tersenyum.
Aku membantunya dengan tugasan Puan Faniza.
Kita berborak dan rupa-rupanya dia adik Naim yang terpisah ketika ibu bapa nya bercerai.
Aku berasa simpati kepadanya. Naim menoleh dan melihat ke arah Fakhri."Fakhri , nanti kau makan dekat DM dengan aku and Amirr" kata Naim.
Fakhri setuju dan aku sambung mengajarnya.
"Okay class , thank you please remeber yiur assignments ya .. and fakhri , if you are not sure , ask sofya or anyone around." kata Puan Faniza
"Sofya , jom makan" ajak Amirr
"Korang gerak dulu.. aku nak ambil barang dekat dorm.. aku jumpa korang kat sana" mereka mengangguk dan aku pergi ke parking lot. Ternampak Ariz berdiri menunggu ku di situ.
"Ada apa kau nak jumpa aku.. penting sangat ke"tanyaku
"Sofya , aku minta maaf. Maafkan aku please?"pujuk Ariz
"Aku maafkan kau .. tapi apa yang sama aku dengan bunga?" Ariz tergelak dengan soalanku
"Itu aku akan explain bila ada masa , apa yang aku nak cakap ni , maybe lepas ni kita dah tak boleh jumpa . Semalam aku kena tumbuk dengan Kahar sebab Hakeem nampak aku dengan kau kat luar dorm. Kahar dah warning aku and kalau dia nampak aku jumpa kau , lagi teruk dia akan buat kat aku.. aku harap kau faham kalau aku mengelak dari kau" kata Ariz , mukanya kelihatan hampa sekali.
"Si Kahar ni dah over tau . First Amirr kena , sekarang kau .. aku kena warning juga dengan Kahar ni" aku terus pergi berjalan ke DM.
Aku dengar Ariz cuba untuk menghentikanku tali aku tetap dengan keputusanku . Sampai sahaja di DM aku pergi ke meja Kahar dan duduk di sebelahnya. Amirr , Naim dan Fakhri terkejut melihat kelakuanku.
"Sofya , kau buat apa duduk sini , bukan semalam kau marah aku ?" tanya Kahar
" Abdul Kahar bin Abu Yamin. Aku marah kat kau semalam sebab apa yang kau buat jat Amirr. And kalau kau tak nak aku marah kat kau , atau benci kau , you better stop it. Aku maafkan kau atas apa yang jadi semalam tapi ada satu syarat" kata aku kepada Kahar
"Apa syarat dia" aku tersenyum sinis
"Aku maafkan kau tapi kau kena stop control aku. Aku ada hak nak kawan dan lepak dengan siapa sahaja aku nak. Kalau kau tak boleh ikut syarat aku, aku tak nak tengok muka kau sampai mati. Faham kan sayang ?" Kahar terdiam terdengar kata-kata ku
Aku berjalan pergi ke meja Amirr dan duduk di sebelahnya.
"Fine Sofya , kalau itu saja yang boleh buat kau maafkan aku , aku ikut"kata Kahar lalu dia bangun dan pergi.
POV : Kahar
"Garang betul si Sofya tu , tapi betul juga apa dia cakap tu Kahar .. kalau kau asyik belasah orang yang rapat dengan dia , confirm dia akan lebih benci dengan kau .. bukan suka " kata Hakeem
Betuk kata Hakeem . Aku nak Sofya suka padaku bukan benci.
POV: Sofya
Setelah habis makan , aku pergi ke dorm untuk menyiapkan kerja sekolah. Sampai sahaja di bilik aku mula membuat kerja sekolah. Sedang aku khusyuk membuat kerja , pintu bilikku diketuk.
Aku bangun dan membuka pintuku. Kahar tercegat di depan dorm aku.
"Ada apa ni ?" tanyaku
"Sofya , lepak dengan aku jom malam ni ?" tanya Kahar
"Boleh lah .. lepas Isyak kau jumpa aku kat gate sekolah .. aku pun nak pergi family mart" Kahar tersenyum lalu beredar
Aku rasa hairan kerana dengan tiba-tiba dia ajak aku lepak. Mungkin dia rasa bersalah dan nak tebus kesilapannya. Aku sambung membuat kerjaku.
Setelah selesai solat isyak , aku bersiap dan menuju ke gate sekolah. Kahar sedang menungguku dan kita pun berjalan ke family mart . Kami saling bergurau dan entah mengapa aku rasa gembira berada dengan Kahar ."Kahar , kau tahu tak , kau kat sekolah macam gangster besar .. tapi bila dengan aku , di dalam hati ada taman haha" kataku kepada Kahar
"Kat sekolah kan semua lelaki , tak kan aku nak bersemut dengan lelaki , kau ni agak-agak lah" kata kahar sambil menjeling
Aku mengambil snek untuk top up di bilikku. Kahar juga memilih beberapa snek. Kamu pergi ke kaunter untuk bayar.
"Sofya , apa kata kita pergi taman dekat dengan sekolah and makan kat sana ?" tanya Kahar
"Boleh juga , aku pun tak pernah pergi sana" aku mengambil makananku dan berjalan ke taman bersamanya
Kahar memilih bangku yang menghadap tasik yang cantik sekali.
"Wah cantiknya .. ni akan jadi tempat lepak aku kalau aku nak healing" Kahar tertawa
Kita makan dan menikmati keindahan tasik itu. Kahar hanya melihat wajahku sambil tersengih-sengih.
"Sofya , aku.. sebenarnya suka kau" Aku melihat wajah Kahar dengan wajah yang terkejut
"Aku tahu lah.. hari tu Amirr cakap kau panggil aku awek kau.. berangan je kau.." Kahar tersengih lagi.
"Kahar, aku bukan reject kau tapi , aku tak ada rasa suka kat kau macam kau suka kat aku... dont take it the wrong way tapi mungkin sebab aku baru kenal kau.. no hard feelings okay?? Kita kawan dulu.." dia tersenyum tapi aku tahu dia terasa dengan apa yang aku katakan
Kami sambung makan sebelum aku mengajaknya pulang kerana sudah semakin lewat malam.
"Thanks Sofya , lepak dengan aku.. kalau kau nak lepak kau bagitau aku okay?" aku mengangguk dan tersenyum lalu masuk ke dorm.
Seterusnya : "HAH SIAPA ? KAU SUKA DIA ? seriously..."
YOU ARE READING
Bungaku. Ariz Reza
Romance"Apa yang sama aku dengan bunga..." This is my first ever time writing a story but I try okays #phc #highcouncil