POV : Ariz
Sudah 30 minit aku menunggu Sofya di luar dormnya."Mana pula si Sofya ni .. kalau Kahar nampak aku kat sini .. mampus la aku" aku terfikir
Sejak semalam , dia langsung tidak memandangku atau menegurku . Dia mengabaikan kehadiranku seolah-olah aku tidak wujud. Aku tidak tahu mengapa aku rasa begitu terkesan dengan sikapnya begitu. Aku tidak ada perasaan untuk dia tetapi mengapa aku rasa begini. Sehari suntuk aku terfikir akan Sofya. Adakah aku sudah muka jatuh cinta kepadanya tanpa aku sedari?
"Ariz kau jangan macam-macam.. Kahar suka Sofya.. kalau aku suka Sofya juga , memang cari nahas dan tak pasal-pasal aku bermusuh dengan Kahar.. dia tu dahlah kapla kat sini" aku terfikir lagi
Aku terdengar suara Sofya di belakangku dan aku menoleh.
"Sofya ! .. mana kau pergi ? Dah 30 minit aku tunggu kat sini" kataku kepada Sofya
"Aku tanya kau .. apa kau buat kat sini" tanya Sofya sekali lagi dengan nada yang geram
"Sofya .. aku tahu kau merajuk kat aku pasal semalam.. tapi jangan buat aku macam ni .. kau buat aku macam tak wujud.. lambai pun tak .. muka aku pun kau tak nak tengok" kataku kepada Sofya
Dia hanya diam dan terus masuk ke dormnya . Dia menghempas pintu di belakangnya dan meninggalkanku seorang diri di luar dormnya.
Marah betul si Sofya dekat aku. Aku pun kembali ke dorm ku.POV : Sofya
Aku duduk di atas katil. Aku tidak tahu apa yang patut aku katakan kepada Ariz.
"Kenapa dia kisah sangat kalau aku tak layan dia .. dia bukan suka aku pun...aku pun tak nak letak harapan pada dia .. dah sakitkan hati aku semalam" kataku
Aku pun bangun dan bersihkan diri sebelum waktu maghrib kerana Ayah telah berjanji untuk bawaku makan malam di luar. Birthday dinner katanya.Aku memilih untuk memakai sweater putih dan skirt berwarna coklat gelap.
"Letak blush sikit and mascara..and we are doneee" kata ku sendiri sambil tersenyum
Sudah lama aku tidak bersiap seperti ini. Telefonku berdering.
"Sofya , Ayah tunggu kamu di depan sekolah ya" kata Ayah
Aku pun mengangkat beg ku dan mengunci pintu dorm. Teruja rasanya kerana aku menyambut hari jadiku bersama Ayah setelah sekian lama. Aku berjalan ke depan sekolah tapi aku berhenti apabila aku terlanggar seseorang. Kahar .
"Lawa lawa ni nak pergi mana Sofya" aku hanya diam dan cuba untuk pergi dari situ.
Dia memegang pergelangan tanganku dengan kuat sekali . Sakit tanganku di dalam genggaman tangannya.
"Aku rasa aku tak payah ulang kat kau..bila aku tanya soalan , aku rasa kau tahu apa aku nak." kata Kahar
Aku menarik tanganku dari genggamannya. Rasa marah masih aku rasakan atas apa yang dia lakukan kepada Amirr. Aku cuba untuk jalan lagi tapi dia menghalangku. Aku menjadi semakin marah.
"Berambus .. aku kata BERAMBUS" lalu aku pergi dari situ dan menuju ke kereta Ayah
"Sorry Ayah , Sofya lambat sikit .. tertinggal barang kat dorm tadi.." kata ku kepada Ayah.
Ayah hanya mengangguk dan memandu ke restoran makanan Thai. Semasa Ayah sedang melihat menu , aku melihat pergelangan tanganku yang masih terasa sakit disebabkan Kahar.
"Sofya , kamu okay nak? Kenapa diam semacam je Ayah tengok" tanya Ayah
Aku terpaksa berbohong kerana aku tidak mahu membesarkan hal ini.
"Tak ada la Ayah , Sofya cuma teringat bila dulu Sofya selalu celebrate birthday dengan arwah Mama" kataku dengan senyuman yang kecil
Ayah hanya diam mendengar kata-kataku . Dia faham bahawa aku merindui mama . Makanan kami pun sampai . Kita berborak dan tertawa bersama. Bahagia rasanya pada saat itu kerana aku dapat meluangkan masa bersama Ayah.
POV: Kahar
Aku berasa marah. Kenapa Sofya layan aku macam tu. Hanya disebabkan aku menumbuk Amirr , dia berkelakuan seperti ini. Aku kena cuba mengambil hatinya kembali sebelum dia membenciku.
"Kahar , aku ada benda nak cakap dengan kau . Tadi masa aku nak balik dari DM , aku nampak Ariz dengan Sofya kat luar dorm." Kata Hakeem
Rasa marahku semakin membara. Sangkaan aku betul . Ada sesuatu antara Ariz dan Sofya. Aku mempercepatkan langkahku ke dorm.
"ARIZ ! KAU NAK CABAR KESABARAN AKU KAN SIAL!" aku menarik bajunya dan menumbuk mukanya beberapa kali
Hakeem, Zahrin dan Fahmi cuba menghentikan aku.
"Kahar kau dah gila ke apa masuk dorm nak mengamuk tak tentu arah" kata Ariz sambil memegang bibirnya yang berdarah.
"SEKALI LAGI AKU DAPAT TAHU KAU RAPAT DENGAN SOFYA , LAGI TERUK AKU BUAT!" jeritku kepada Ariz
Aku keluar pergi ke belakang sekolah untuk menenangkan fikiranku.
"Kahar , rilek la .. nanti kalau besok cikgu nampak muka Ariz lebam macam mana" tanya Hakeem
"Aku tak kisah Keem . Yang penting , Sofya aku punya dan aku kena buat sesuatu." kata ku kepada Hakeem
POV : Ariz
Aku mengelap darah di bibirku. Aku masih bersedih atas layanan Sofya terhadapku. Aku baring di katil sambil memikirkan cara untuk memujuk Sofya. Aku telah menyakiti hatinya secara tidak sengaja. Yang ku sangakakan hanya suatu gurauan telah membuat Sofya tersinggung dengan kata-kata aku. Sedang aku termenung , Kahar kembali ke dorm bersama Hakeem.
"Kahar , aku minta maaf , aku takkan dekat dengan Sofya lepas ni .. aku tak nak bermusuh dengan kau disebabkan dia." kata ku kepada Kahar.
Aku tidak pasti kenapa tapi rasa sedih menyelubungi diriku setelah berkata begitu. Kahar masih mendiamkan diri dan tidak mengendahkan ku .
Seterusnya : "Aku maafkan kau .. tapi ada satu syarat"
YOU ARE READING
Bungaku. Ariz Reza
Romance"Apa yang sama aku dengan bunga..." This is my first ever time writing a story but I try okays #phc #highcouncil