POV: Ariz"Banyaknya kau beli.. stock setahun ke apa.. perangai budak gemok tu simpan sikit eh" perli ku kepada Sofya
Dia hanya menjeling dan mengabaikan kata-kataku. Dia pun memanaskan makanan yang dibeli di dalam microwave. Aku hanya duduk sambil menunggu makanan siap dipanaskan. Sofya cuba mengangkat makanannya tapi..
"Aduh panas..aduhh sofyaa" kata Sofya sambil meniup tangannya
Aku bangun dan pergi ke arahnya.
"Eleh sikit je panas .. action lebih je kau ni..dah sini aku angkatkan" kata ku
POV: Sofya
"Tiber nak tolong aku.. dah kata aku tak cantik , perli aku kata budak gemok.. menyesal bawa dia ni" aku terfikir
Aku duduk di meja yang disediakan di Family Mart dan mula makan. Sedap betul makan panas-panas. Aku mengeluarkan telefon dan membuka aplikasi tiktok. Aku langsung mengabaikan kehadiran Ariz di sebelahku. Siapa suruh dia cakap macam tu dekat aku. Aku dengar Ariz memanggil aku untuk ajak berborak tapi aku tetap dengan 'silent treatment' aku.
"Oi , aku panggil kau kan ni" Ariz merampas telefon ku
"Eh kau ni kenapa nak main rampas-rampas pula.. bagi balik laa" aku cuba menyapai telefon ku dari tangan Ariz
Dia membuka camera di telefonku dan mengambil selfie. Suka hati betul dia ni.
"Eh bagi balik la Ariz..aku nak makan pun tak senang" kata ku
" Boleh tapi lepas makan baru aku bagi.. kau borak dengan aku lu'' kata Ariz
Aku hanya mengeluh dan setuju. Kita pun berborak dan aku ceritakan sebab kenapa aku masuk ke KUDRAT. Rasa simpati dapat ku rasakan dari raut wajahnya apabila mendengar luahan hatiku. Kita bergurau senda dan gelakkan mengisi kesunyian di dalam mart itu.
Setelah habis makan, aku dan Ariz pun jalan balik ke sekolah. Aku menggigil kesejukan lalu Ariz membuka jacketnya dan meletakkannya di bahuku. Aku mengucap terima kasih dan tersenyum. Blushing teruk nih.
"Sweet gak kau ni Ariz.. tapi sayang, kau tu poyo and jual mahal" kataku
" Kau kata aku apa? Kau agak-agak sikit eh...aku bukan jual mahal tapi kau memang tak sesuai dengan taste aku" kata Ariz
Sekali lagi kata-katanya itu menyengat hatiku. Dia ni memang cakap tak ada filterkan. Main lepas je. Aku membuka jacketnya dan memulangkannya. Aku mempercepatkan langkahku dan jalan balik ke dorm , meninggalkan Ariz di belakang. Sudah cukup dia menyakitkan hatiku malam ini.
Sampai sahaja di bilik , aku mengunci pintu dan rebah di katil. Aku mengeluarkan telefonku dan mendengar lagu. Healing bak kata Kahar awal tadi . Aku tersenyum mengingat tentang gelagat Kahar tadi.
POV: Ariz
Sofya meninggalkanku sendiri selepas apa yang ku katakan. Merajuk ke?.
Aku pun masuk ke dorm dan baring di katil.
"Kau pergi mana Ariz?" tanya Hakeem
"Oh aku jumpa kawan jap tadi" kata ku
"Kawan mana kau pula kau jumpa..ke kau jumpa Sofya?'' Kahar mencelah , mukanya menjadi tertanya-tanya
Macam mana dia tahu ni. Kalau dia tahu, mampus aku. Aku menggeleng kepala.
" Aku jumpa kawan je lah , nak jumpa Sofya buat apa..Tak ingin aku.." kataku sambil melihat telefon
Kahar hanya diam dan aku tahu dia tidak mempercayai aku. Mukanya kelihatan curiga dengan kata-kataku. Tapi buat apa aku nak takut, aku memang tidak ada hati pun pada si Sofya. Aku pun membuat keputusan untuk tidur.
POV: Kahar
"Wei Keem, mulai hari ni aku nak kau perhatikan si budak Ariz ni... ada benda tak kena dengan dia ni, lepastu kau report kat aku.. Faham? And pastikan dia tak rapat dengan Sofya" bisik ku kepada Hakeem.
Aku rasa seperti ada sesuatu antara Ariz dan Sofya tapi aku tak boleh biarkan. Sofya Amira aku punya dan tak akan ada sorang pun yang boleh dapat dia kecuali aku. Itu aku akan pastikan.
Seterusnya: " Sofya, datang bilik pengetua sekarang"
YOU ARE READING
Bungaku. Ariz Reza
Romance"Apa yang sama aku dengan bunga..." This is my first ever time writing a story but I try okays #phc #highcouncil