POV : Sofya
Akhirnya sudah hujung minggu , Ayah telah mengajakku untuk pulang ke rumahnya tetapi aku menolak.
"Ayah balik dulu ya nak , kalau ada apa apa , kamu telefon Ayah ya" kata Ayah
Aku menyalam Ayah dan jalan pulang ke dorm untuk mengemas bilikku. Maklumlah , aku kelam-kabut hendak menghantar ayah sampai tidak sempat mengemas.
"Sofya , Ariz ni" pintuku diketuk
Aku membuka pintu dan ternampak Ariz memegang bungkusan makanan di tangannya.
"eh morning ! kau bawa apa tu .. untuk aku ke ?"
gurauku kepada Ariz"Memang aku belikan untuk kau pun.. aku nak ajak kau breakfast dengan aku" kata Ariz
"Boleh la tapi nak makan kat mana pasal aku belum mandi lagi ni .. tadi hantar Ayah tu yang aku tk sempat mandi lepas subuh tadi." kataku
"Kita makan dalam bilik kau je la" kata Ariz
Aku setuju dengan cadangannya dan mengajak dia masuk ke bilik.
"Eh tapi pintu biar terbuka .. nanti orang ingat apa" kataku lagi.
Dia membuka pintu seluasnya dan kita duduk di lantai. Aku hanya mempunyai meja belajar yang kecil dan tidak muat untuk kita berdua. Ariz memberiku sebungkus nasi lemak yang dibelinya. Kami pun mula makan.
"Ariz , kau masih belum explain kenapa kau samakan aku dengan bunga? aku nak tahu bunga apa kau compare dengan aku.. mana la tahu kau samakan dengan bunga tahi ayam" kataku sambil tergelak
"Banyak la kau bunga tahi ayam.. semua bunga ada keunikannya yang tersendiri.. and kau Sofya , bunga yang paling cantik sebab kau unik di mata aku." dia merenung mataku
Aku tersenyum , pipiku mula kemerahan. Kata kata Ariz membuatku rasa berbunga-bunga di hati.
"Amboi kau Ariz , haritu kata aku ni bukan taste kau.. sekarang bukan main baik lagi dengan aku kenapa?" tanyaku
"Aku baik dengan kau pun tak boleh ke ? .. taste tu memang la tapi kalau dah jodoh tak kemana Sofya... lagipun aku rasa tak nyaman kalau berjauhan dengan kau" katanya
Sekali lagi aku terpikat dengan kata katanya dan aku dapat rasakan pipi ku semakin merah. Blushing gila dengan si Ariz ni. Kami sambung makan dan aku melihat wajah Ariz.
"Ariz kau ni buat aku gila tau , kau tu dah handsome.. sweet lagi , dan terpaling annoying lah tapi aku happy dapat spend time dengan kau macam ni" aku mengelamun
POV: Ariz
Sofya termenung melihatku . Comel betul bila dia termenung dengan pipinya yang merah itu. Aku akui bahawa aku sudah terjatuh cinta dengannya tanpaku sedari.
"Sofya , sudah la tu termenung .. kat pipi tu ada sambal tu" aku pun membersihkan sambal itu dengan sehelai tisu.
Senyumannya yang indah terukir di bibir. Jika dia tahu bahawa senyuman itu adalah pengubat rinduku padanya. Aku suka melihat Sofya tersenyum begini dan bukan marah atau bersedih.
Aku mengemas bekas makanan dan membuangnya.
"Ariz , nanti aku nak pergi kedai buku.. kau teman aku boleh? Amirr semua dah keluar tadi" tanya Sofya
"Boleh , tapi upah teman kau apa ?" gurauku
"Nanti aku pula belanja kau makan okay?"
aku bersetuju dan pulang ke dorm untuk bersiap.
YOU ARE READING
Bungaku. Ariz Reza
Romance"Apa yang sama aku dengan bunga..." This is my first ever time writing a story but I try okays #phc #highcouncil