Perhatian

251 14 3
                                    

POV: Sofya

"Kau cari buku apa Sofya?.. macam banyak je" tanya Ariz

"Tak lah , aku cuma nak beli buku matematik dengan buku sains .. okay dah .. jom bayar" kataku kepada Ariz

Aku membayar untuk buku-buku itu. Ariz menungguku di luar kedai. Aku menuju ke arah Ariz dan kami pun berjalan di dalam mall.

"Ariz .. jom tengok wayang? ..ada movie seram baru keluar , aku belanja kau la .. jomm" aku menarik tangan Ariz

Aku menarik tangan Ariz. Apabila aku sedar perbuatanku aku terus melepaskan tangannya. Muka ku bertukar menjadi merah.

"Sorry Ariz .. aku tak sengaja.. aku cuma-'' Ariz gelak melihatku begitu panik

"Takpe la Sofya .. yang kau gelabah ni kenapa.." tanya Ariz

Aku hanya mengendahkan soalannya itu dan berjalan ke panggung wayang.

"Aduu Sofya ... asal kau pegang tangan dia.. tak malu betul la kau ni , nanti dia fikir aku ni gatal" bisik hatiku

Sampai sahaja di panggung wayang , aku membeli dua tiket. Sedang aku menunggu air yang ku beli , suara yang amat ku kenali menyapaku.

"Eh Sofya ! Buat apa kat sini .. kau datang dengan siapa?" Aku menoleh dan sangkaan ku ternyata betul.

"Oh Kahar , aku datang dengan Ariz ni..tak nampak ke sebesar-besar alam ni sebelah aku" jawabku sambil bergurau kasar.

Mereka hanya memandang antara satu sama lain. Aku dapat rasakan ada yang tidak kena dengan mereka tapi aku tidak mahu membuat sebarang tuduhan atau andaian tanpa bukti. Aku cuba meredakan keaadan yang agak tegang itu.

"Erm Kahar kau datang dengan siapa .. kau tengok movie apa kat sini" tanyaku

"Dia datang dengan Keemkeem laa.. siapa lagi nak lepak dengan si Kahar ni" Hakeem muncul dibelakang Kahar

"Kitaorang tengok movie seram yang baru tu .. kau pun kan , tadi aku nampak tiket kau.. and kebetulan seat kita sebelah-sebelah" kata Kahar. Mukanya kelihatan gembira.

Ariz hanya terdiam dari tadi. Aku tahu dia tidak suka Kahar ada di situ. Sejak dia ditumbuk oleh Kahar hari itu , aku perasan mereka sudah tidak rapat seperti dahulu . Ariz seolah-olah dipulaukan oleh Kahar.

POV: Ariz

"Kenapa Kahar kena ada kat sini. Aku nak spend time dengan Sofya mesti ada je mamat ni." aku terfikir

Aku mengikut Sofya ke dalam panggung wayang. Aku duduk disebelahnya. Dia duduk di antara aku dan Kahar. Aku hanya mendiamkan diri kerana aku tidak puas hati dengan kehadiran Kahar.

"Ariz.. kau okay tak ? Senyap je tu .. nah makan popcorn" Sofya senyum dan menawar ku popcorn yang dimakannya.

Aku tersenyum melihatnya. Hanya Sofya sahaja yang boleh membuat ku gembira pada saat itu. Aku mengambil popcorn itu .

"Sofya , sini aku suap kau satu" Sofya hanya gelak  lalu aku menyuapnya.

Kahar melihat aku dengan Sofya yang sedang bermesra. Mukanya kelihatan bengis. Aku tahu dia pasti cemburu melihatku dan Sofya.

"Sofya , jangan ketawa banyak sangat.. kau tu comel nanti orang lain jatuh hati" kata Kahar kepada Sofya

Sofya tertawa lagi. Aku sejujurnya meluat mendengar kata-kata Kahar itu. Aku tahu dia sengaja hendak menarik perhatian Sofya untuk memikat hatinya. Dia dengki apabila aku rapat dengan Sofya.

Filem seram pun muka berputar.

"Ah mak terkejut" Sofya terkejut melihat muka hantu di skrin wayang dan dia memeluk lenganku ketakutan.

Aku hanya tertawa kecil melihatnya.

"Kau juga yang nak tengok filem ni..dah tu sendiri takut" bisik ku kepada Sofya

Sofya menjeling. Marah pun comel.

POV: Kahar

Aku nampak Sofya memeluk lengan Ariz. Aku mula rasa cemburu dan iri hati.

"Tak boleh jadi ni...aku kena ambil perhatian Sofya" bisik hati kecil ku

"Kahar, kau tak jealous ke tengok Sofya peluk lengan Ariz tu..sweet aku tengok" bisik Hakeem.

Aku diam. Semakin membuak rasa cemburu di hatiku. Aku sambung menonton filem tapi fikiranku tidak tenteram melihat mereka

POV: Sofya

Setelah filem habis ditayangkan , aku pergi ke tealive untuk membeli air sementara menunggu Ariz yang ke tandas. Aku pergi bersama Kahar dan Hakeem. Aku memesan air dan mengeluarkan beg duitku.

"Takpe biar I bayar , i belanja you air" kata Kahar.

"Eh susah-susah je.. eh jap..I..? you? Sejak bila kau diva sangat ni guna i you" ketawaku

Aku agak terkejut dengan perubahan penggunaan bahasanya. Dia secara tiba-tiba menjadi lembut dan 'soft spoken' .

"Saja je tak boleh ke nak panggil i you?..nah ni air you" kata Kahar sambil memberiku air itu.

"Thank you Kahar.. cute gila nak belanja aku air.. next time aku belanja kau pula okay?" balasku dengan senyuman terukir di wajahku

"Eh i memang cute .. future boyfriend you kot" dia melihat ku lalu tersengih.

"Ah sudah geli aku tengok korang ni .. nak muntah dibuatnya" sampuk Hakeem

Aku hanya tertawa. Ariz pun pulang dari tandas.

POV : Ariz

Dari jauh aku nampak Kahar dan Sofya bergelak senda. Aku menjadi cemburu.

"Sofya jom , aku ada barang nak beli lagi ni" ajakku

Sejujurnya tiada apa yang hendak aku beli, aku cuma ingin Sofya jauh dari Kahar. Aku hendak perhatian sepenuhnya untuk aku.

"Oh okay, kita gerak dulu tau , thanks again belanja i air" kata Sofya sambil melambai ke arah Kahar dan Hakeem

Kami pun berjalan dia dalam mall itu.

"Kahar ke belikan kau air tu ..." tanyaku dengan rasa cemburu

"Yes.. dia yang nak belanja tadi..kenapa takkan kau jealous" guraunya

"Eleh setakat air tealive tu , aku boleh beli banyak lagi la untuk kau Sofya" kataku lagi

"Amboi.. cemburu sangat ni sampai nak berlagak.. kau nak cari apa lagi ni" tanya Sofya

"Ada lah" kataku

Setelah aku mendapat tahu Kahar membelikannya air , aku tekad untuk mencari sesuatu yang lebih berharga untuk Sofya

Seterusnya : "Aku suka .. tapi kenapa"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bungaku.  Ariz Reza Where stories live. Discover now