POV: Sofya
"Mamat ni biar betul.. aku tengah nangis dia kata aku healing.." terlintas di fikiranku dan aku pun tergelak mendengar kata-katanya.
"Macam-macam ah kau..aku sedih terfikir pasal arwah mama.. baru seminggu lepas dia meninggal sebab kanser'' kataku kepada Kahar.
Kahar hanya terdiam kerana tidak menyangka apa yang sedang ku fikirkan.
" Tak apa lah , aku pun tak tahu kenapa aku boleh share dengan kau.. kita baru kenal" kataku sambil tergelak kecil
Kahar membuang puntung rokoknya dan mematikan apinya. Dia bangun dan hendak menghantarku balik ke dorm kerana sudah hampir malam. Aku bangun lalu berjalan ke dorm. Aku mengucapkan terima kasih lalu masuk ke bilik.
"Caring betul si Kahar ni .. tapi adakah patut dia offer aku rokok.. kalau bapak aku tahu , mau tak nahasnya aku ni" aku berkata sendiri
POV : Kahar
" Weh dia gelak tadi .. fuhh bergetar tulang rusuk.. ni kalau Hakeem nampak aku lembut macam ni..habis dia bahankan aku" aku terfikir
Aku sampai ke bilik dorm. Aku terdengar Hakeem dan yang lain sedang berborak. Aku masuk ke bilik dan duduk di katilku.
"Ah Kahar .. kau ada nampak perempuan tak? Anak Tuan Yusof katanya " Zahrin bertanya
"Ada..comel betul dia tu.. She's beautiful.. macam bidadari syurga" kataku
"Ini kau kata cantik ? Lambaaat lagiii" kata Ariz
Yang lain hanya terdiam mendengar kata-kata Ariz. Aku memandang ke arah Ariz.
" Kau jealous ke apa ? Tak puas hati ? Kalau tak puas hati , kita manifesto .. jangan disebabkan kau anak kelanai , kau boleh cakap ikut sedap mulut kau pasal Sofya ..faham?.. aku still Kapla kat sini." marahku kepada Ariz
POV : Ariz
Aku masih tidak faham apa yang cantik sangat pasal si budak Sofya ni dan kenapa Kahar sanggup manifesto untuk pertahankan dia.
" Aku minta maaf.. aku tak ada niat nak sakitkan hati kau'' aku berkata
Kahar hanya mengendahkan kata-kataku. Aku bangun dan keluar untuk mengambil angin. Sambil aku berjalan aku ternampak Sofya sedang keluar dari bilik. Aku pergi ke arahnya.
"Sofya.. kau nak pergi mana" kata ku
POV: Sofya
Aku menoleh dan ternampak dia. Ariz Reza . Tercegat di sebelahku.
"A-ariz...a-aku nak pergi.." kataku sambil terketar-ketar kerana malu
"Pergi mana ?" dia berjalan ke arahku hingga aku tersandar di tembok lalu dia meletakkan kedua tangannya di sebelah kiri dan kananku.
"A-aku lapar..Nak pergi family mart luar sekolah" kataku
"Aku ikut.. Boleh?" kata Ariz sambil tersenyum sinis
Aku hanya mengangguk dan berjalan ke gate sekolah.
"Aduhh kenapa dia ni.. aku dah la pakai baju kelawar macam ni .. selekehnya ya allah" mukaku mula merah
POV : Ariz
"Lain macam je dia ni.. asal tadi dia macam takut bila aku cakap dengan dia eh?.. takkan dia suka aku kot?.." aku terfikir
Aku mengikut dia ke family mart. Senang betul nak 'fly' dengan dia. Maklumlah ada kabel. Aku langsung tak tahu kenapa aku ikut dia. Secara tiba-tiba aku boleh terikut dia ni. Aku berjalan dengannya. Dia langsung tidak berbual.
"Eh Sofya , asal kau diam je..bosan aku ikut" kata ku
"Amboi.. kau yang nak ikut kau kata bosan? Bosan balik ler aku boleh pegi sendiri.." kata Sofya
POV : Sofya
Aku terkejut apabila Ariz memanggilku bosan. Rasa marah pun ada.
"Nasib baik lah kau ni comel Ariz'' aku terfikir
"Eh thanks.. aku tahu" ucap Ariz sambil tersengih
Aku tercakap kuat. Malu betul aku dibuatnya. Sampai di family mart aku mengambil beberapa makanan.
"Sofya, aku serius tak faham kenapa orang kata kau cantik... biasa je aku tengok, bukan type aku.. aku suka yang hot macam model'' kata Ariz sambil aku membayar makananku
Aku terdiam mendengar kata-katanya dan hanya ketawa kecil
"Sampai hati dia ni.. sakit betuii hati..panas ni.. takpa Ariz..satu hari nanti mesti kau menyesal cakap macam ni..poyo betul, ingat dia handsome sangat la tu.. eh tapi memang handsome pun ishhh" aku terfikir.
Seterusnya : "Kau pergi mana Ariz"
YOU ARE READING
Bungaku. Ariz Reza
Romance"Apa yang sama aku dengan bunga..." This is my first ever time writing a story but I try okays #phc #highcouncil