Istimewa

220 17 3
                                    

POV: Sofya

Setelah selesai solat subuh , aku pun bersiap untuk sekolah. Aku mengambil beg dan keluar dari dorm sambil mengunci pintu.

Kedengaran bunyi tapak kaki menghampiriku.

"Siapa yang datang pagi-pagi ni.." aku terfikir

Aku menoleh ke arah bunyi tapak kaki itu dan ternampak Amirr dan seorang lagi pengawas bersamanya.

"Morning Sofya .. aku nak minta maaf pasal semalam, aku tak sengaja and tak tahu pun pasal mama kau.. ni aku ada belikan something untuk kau.." Amirr menghulurkan hadiah kepadaku

Aku membuka hadiah itu dan gembira kerana Amirr membelikanku coklat kegemaranku. Dia juga memberi aku surat yang dilekatkan pada bungkusan coklat. Aku membuka dan membaca.

"Happy birthday Sofya.. Semoga kau panjang umur dan murah rezeki.. maafkan aku ya?" tertulis dalam surat itu

Aku memandang Amirr dan tersenyum

"Aku maafkan kau .. jangan buat lagi ya .. ni siapa pula Amirr?" kataku sambil melihat pengawas yang berdiri di sebelahnya

"Oh hi saya Nor Naim Bin Firdaus Ismet" aku tertawa

"Fuh sekali dia bagi nama penuh ... aku Sofya Amira Binti Yusof.. panggil Sofya je" kataku sambil tergelak kecil

Aku berjalan Bersama Amirr dan Naim ke kelas.

"Okay everyone , I would like to introduce you to our new student Sofya.. I am sure you have seen her around.. please be nice and make her feel welcomed to KUDRAT" kata Puan Faniza

Aku tersenyum dan pergi ke tempat duduk yang kosong di sebelah Amirr dan Naim. Kelas pun bermula.

"Okay class , please remember to finish up the tasks I have assigned and submit them by the end of the week" Puan Faniza lalu mengangkat barangny dan beredar dari kelas.

Aku membuka coklat yang diberi oleh Amirr dan memakannya.

"Wehh Amirr , macam mana do kau tahu hari ni birthday aku" sambil menikmati coklat itu

"Eh mestilah aku tahu..hari tu kan kau bagitahu.. takkan kau lupa" kata Amirr

Kami bertiga pun berjalan ke DM .

"Sofya , Mia panggil kau" kata Naim

Aku bangun dari tempat makanku dan berjalan ke belakang DM untuk berjumpa Mia.

"Ada apa ni Mia?'' tanya ku kepada Mia

"Amirr kata hari ni birthday kau .. betul ke ?" aku mengangguk kepada pertanyaan Mia

"Ni aku ada belikan hadiah untuk kau.. walaupun kita baru kenal, aku harap lepas ni kita jadi kawan ya.. lagipun kau sorang je perempuan kat sekolah ni kan.. boleh la kau lepak dengan aku" kat Mia sambil menghulurkan sebuah kotak.

"Wah cantiknya gelang ni.. mana kau beli ni Mia.. cantik sangat aku suka.." aku memakai gelang itu

"Aku buatkan untuk kau, sama macam aku punya .. cantik kan , tengok lah siapa yang buat " aku gelak mendengar kata-katanya

"Thanks Mia.. nanti kita borak lagi okay .. aku dah nak kena balik kelas ni " Aku mengucapkan terima kasih kepada Mia dan jalan balik ke DM

POV : Kahar

Dari tadi aku perhatikan si Amirr dan Sofya. Rapat betul . Marah aku dibuatnya. Makan pun duduk sama-sama. Setelah Sofya bangun untuk berjumpa Mia, aku bangun dan pergi ke meja Amirr.

"Kau bangun Amirr..Aku cakap bangun , KAU BANGUNLAH'' arah ku kepada Amirr

"Eh Kahar.. apa ni , janganlah kita orang ada lesen kot" kata Naim

"Kau diam Naim aku tengah cakap dengan Amirr.. Best? Lepak dengan awek aku? HAH!?" tanya aku kepada Amirr

"Sejak bila Sofya awek kau.." aku menumbuk Amirr dan dia meraung kesakitan

POV : Sofya

Aku ternampak Kahar menumbuk Amirr.

"KAHAR APA KAU BUAT NI SIAL" aku berlari ke arah Amirr dan menariknya pergi dari genggaman Kahar.

"Sofya.. mana ada aku buat apa-apa .. Amirr terjatuh tadi" aku melihat wajah Kahar dengan marah. Berani lagi nak menipu.

"Kau ingat aku tak nampak apa kau buat kat Amirr?! Sekali lagi kau kacau Amirr, aku tak nak tengok lagi muka kau!" aku membawa amirr pergi dari DM dan ke bangku di taman sekolah

"Thanks Sofya tolong aku tadi.. tapi aku okay je'' kata Amirr sambil mengusap perutnya yang ditumbuk oleh Kahar tadi.

"Kenapa dia buat macam tu.. kau buat apa Amirr?" tanyaku

"Dia tak suka aku rapat dengan kau..dia kata kau awek dia" aku tergelak. Sejak bila aku awek dia ni'

Aku menemani Amirr buat seketika.Naim berlari ke arah kami.

"Sofya , datang bilik pengetua sekarang..Tuan Yusof nak jumpa kau'' kata Naim

Naim menemani Amirr lalu aku pergi ke pejabat Ayah.

"Ye Ayah? Ada apa cari Sofya" tanyaku kepada Ayah

"Happy birthday to youuu.. happy birthday dear Sofyaa .. happy birthday to you" aku tersenyum apabila ayah menyanyikan ku lagu itu.

Walaupun aku masih sedikit marah kepada Ayah , aku gembira kerana dia tidak lupa hari jadiku dan tetap mencuba yang terbaik untuk membahagiakan aku. Aku memeluk ayah.

Ayah mengeluarkan sebuah rantai dari lacinya.

"Ini untuk kamu Sofya..Rantai ini kamu jaga elok-elok.. Ayah belikan khas untuk princess ayah sorang ni"

Aku membuka locket yang terdapat di rantai itu. Ada gambar aku bersama arwah Mama.

"Thank you Ayah..rantai ni Sofya akan pakai sampai bila-bila.. Ini hadiah paling istimewa untuk Sofya"

Aku berjalan pulang ke dorm apabila aku terhenti melihat Ariz berdiri di depan dorm aku.

"Kau nak apa Ariz.. tak cukup kau sakitkan hati aku semalam ke?" kataku sambil menjeling. 

Seterusnya: " Berambus.. aku kata BERAMBUS"

Bungaku.  Ariz Reza Where stories live. Discover now