Imagine
Kris berjalan di tengah-tengah orang ramai . Topinya ditarik sedikit ke bawah bagi melindungi wajahnya . Dia berusaha sedaya upaya agar orang di sekelilingnya tidak perasan akan kehadirannya . Tiba-tiba seseorang menarik tangannya . Dadanya berdebar .
"Annyeonghaseyo , awak Kris EXO kan ?" Sapa seorang yeoja pada Kris .
Kris mengetap bibir . Dia cuba menyembunyikan identitinya tapi gagal . Dia cepat-cepat menarik yeoja itu ke tempat yang lebih sunyi .
"Nae , saya Kris . Tapi saya mohon kepada awak supaya tidak buat bising . Saya tak mahu orang mengenali saya ."
Yeoja itu mengangguk . Walaupun gembira , dia tetap menghormati permintaan penyanyi dari kumpulan yang popular itu .
"Mianhaeyo . Saya sangat meminati EXO . Saya Yoona ." Kata Yoona .
Yoona memperkenalkan dirinya . Sejak dari tadi dia perasan kehadiran artis pujaan ramai itu jadi dia cuba mengekori dari belakang .
"Oh . Mianhaeyo Yoona , saya harus merahsiakan identiti saya . Jika tidak , saya akan dikerumuni peminat hingga sukar untuk saya berjalan ."
Kris menjelaskan perkara sebenar . Dia berada di luar ini untuk ke pasar membeli sedikit barang . Member yang lain sedang berehat di bilik hotel setelah penat mengadakan konsert berdekatan sini .
Dia punya sebab sendiri untuk berbuat demikian . Kerjayanya sebagai seorang artis membuatkan dia sukar untuk keluar sendirian kerana dia selalu akan dikerumuni peminat . Dan hari ini walaupun dia cuba menyorokkan identitinya , Yoona tetap mengenalinya . Betapa minatnya dia terhadap EXO sehinggakan mengenali salah seorang daripada ahli itu . Itulah kelebihan peminat .
Bukannya Kris tidak sukakan keadaan ini cuma kadang-kadang dia ingin jalani kehidupan seperti orang biasa .
To Be Continued .
YOU ARE READING
Our Beautiful Memories | Remake
Casualekesedihan melanda apabila seorang gadis yang disayangi oleh seorang penyanyi terkenal meninggalkan dunia terlalu awal. lagi menyedihkan mereka hanya dapat bertemu sekali sahaja dan itu pun pertemuan yang tidak disengajakan. - kita tak mampu mengubah...