Bab 6

9 0 0
                                    

SEBULAN KEMUDIAN

Dalam waktu yang singkat ini , banyak hal yang telah terjadi tanpa Sofea sedari.

Di dalam tempoh ini , hubungan Adam dan Sofea semakin rapat dari hari ke hari. Tak dinafikan , Adam seorang lelaki yang baik dan terbuka .

Tentang perjodohan itu , Sofea masih lagi berfikir. Baginya , untuk sebulan ini biarlah mereka berkenalan sahaja dahulu. Hingga akhirnya , dia akan memutuskan adakah dia akan menerima Adam sebagai pasangan hidupnya.

Kini , Sofea dan Adam sedang menghabiskan mereka bersama di sebuah tasik yang sangat menarik perhatian mereka berdua.

Sofea tersenyum manis melihat pemandangan sekitarnya. Indah sungguh ciptaan Allah , tak henti - henti mulutnya memuji .

Sedang dia sibuk melayan perasaannya , Adam datang dan duduk di sebelah Sofea sambil membawa secawan kopi buat Sofea.  Lalu , dia hulurkan pada Sofea.

" Terima kasih" ucap Sofea. Dia memegang kopi itu dengan kedua belah tangannya.

" Kenapa awak bawa saya datang sini?" Tanya Sofea sambil memandang ke arah Adam

" Saja. Awak tahu tak , dulu bila saya  rasa penat dengan kerja di pejabat , saya dan "dia" akan bawa saya datang sini " cerita Adam sambil memandang ke arah tasik.

"Dia?" Tanya Sofea

Adam mengangguk.

" Dia juga lah yang kenalkan saya tentang tempat ini "

Sofea mengangguk tanda faham. Kopi panas yang berada pada tangannya dihirup sedikit demi sedikit.

" Awak tak nak tanya saya siapa "dia"? Tanya Adam

" Kalau awak rasa nak cerita , saya sedia untuk mendengar . Tapi ,kalau awak tak nak cerita pun saya tak kisah"

Adam mengangguk.

" Dia itu adalah Hana Najwa. My ex - girlfriend " dia menunduk.

" Kalau awak tak nak teruskan tak apa Adam . Saya tak paksa awak pun " kata Sofea apabila dia melihat reaksi Adam begitu.

Adam menggelengkan kepalanya lalu memandang semula ke arah tasik itu.

" Hana Najwa itu cinta pertama saya Sofea. Saya bercinta dengan dia sejak kami sekolah menengah lagi" Adam tersenyum sendiri .

" Dia baik , cantik , bijak . Saya betul - betul jatuh hati pada dia Sofea. Kami bercinta . Hari demi hari , rasa sayang saya pada dia tak pernah berubah , malah saya makin sayang pada dia "

" Tapi ... kami ditakdirkan untuk berpisah"

" Kenapa?" Tanya Sofea

" Sebab dia nak sambung belajar di luar negara . Pada mulanya , saya merayu pada dia untuk jangan tinggalkan saya sebab saya betul-betul perlukan dia di sisi saya . Dan saya dah rancang untuk halalkan dia dan jadikan dia satu - satunya buat saya "

" Tapi sayangnya  , Hana tetap nekad untuk tinggalkan saya . Seminggu lepas itu , saya betul-betul tak ada semangat . Mama dan papa banyak beri semangat pada saya , pujuk saya untuk lupakan dia"

" Saya cuba namun saya tak mampu Sofea. Sampailah suatu hari , saya berfikir sampai bila saya nak meratapi pemergian dia . Jadi saya buat keputusan untuk berubah. Dan alhamdulillah saya berjaya . Tiba - tiba , waktu makan malam itu , entah kenapa hati saya betul - betul berminat dengan awak. Jadi saya buat keputusan untuk berkawan dengan awak . And here we are" ketawa Adam

Sofea tergamam.  Mengapa hatinya berasa cemburu dengan wanita yang bernama Hana Najwa. Bertemu sahaja belum pernah.

" Jadi, mana dia sekarang?" Tanya Sofea

Adam mengangkat kedua belah bahunya.

" Saya sendiri tak tahu. Mungkin dia dah bahagia dengan pilihan dia?"

"Awak betul - betul dah lupakan dia?" Tanyanya lagi

Adam mengangguk tanpa berfikir panjang .

Lega hati Sofea bila melihat jawapan Adam.

Mereka berdua terdiam . Tidak tahu ingin berbual apa lagi.

" Awak dah ada jawapan ke untuk soalan  sebulan lalu?" Tanya Adam tiba - tiba

Sofea memandang ke arah Adam. Dengan ragu - ragu , Sofea mengangguk.

" Apa jawapan awak?" Semangat Adam

" Saya terima cadangan kedua orang tua kita untuk bertunang" kata Sofea

Adam bersorak gembira.

" Alhamdulillah " ucap Adam

" Terima kasih Sofea sebab terima saya dalam hidup awak " ucapnya lagi

Sofea tersenyum bahagia lalu mengangguk laju. Tak dinafikan , selama sebulan perkenalan mereka ini , hatinya secara langsung sudah terpaut dengan lelaki yang bernama Adam Zaquan ini.

" Semoga ini jawapan dalam setiap doaku" monolog Sofea dalam hati.

WAKTU MALAM DI RUMAH SOFEA

" Assalamualaikum " Sofea memberi salam setelah memasuki rumah. Dia mengintai ke arah ruang tamu .

Dia melihat hampir kesemua ahli keluarganya ada di situ kecuali abangnya , Hakim. Mungkin masih ada kerja di pejabat itu. Dengan rasa berdebar , Sofea menghampiri mereka.

" Umi , abah " panggil Sofea lalu duduk pada sofa itu.

Encik Akid , Puan Afra memandang ke arah Sofea. Begitu juga dengan Hani.

" Bila majlis pertunangan itu nak berlansung?" Tanya Sofea

Mereka mengerutkan dahinya .

" Kenapa kamu tanya?" Tanya uminya

" Fea, setuju untuk teruskan pertunangan itu" katanya.

Puan Afra bangkit dan duduk di sebelah Sofea.

" Betul ke Fea setuju nak bertunang?" Tanya umi dengan semangat

Sofea menganggukkan kepalanya.

Puas dengan reaksi anaknya itu , Puan Afra pantas memeluk erat anaknya. Sofea pula membalas pelukan itu.

Lalu , pelukan itu pun dilepaskan.

" Baguslah kalau macam itu. Lebih cepat lebih bagus" kata Encik Akid dengan wajah yang datar.

Encik Akid pantas bangkit dan berjalan hendak meninggalkan ruang tamu.

" Abah tak happy ke dengan keputusan Fea?" Tanya Sofea .

" Baguslah" hanya itu yang Encik Akid katakan lalu dia meninggalkan ruangan itu.

Sofea terduduk. Bukan jawapan itu yang dia inginkan . Susah sangatkah abahnya ingin menghargai dirinya?

Jangan lupa vote , xoxo 🤍

Bukan Pilihan Where stories live. Discover now