Bab 16

3 0 0
                                    

" Atas pesakit nama Hana Najwa " tanya Adam di kaunter pertanyaan sebaik sahaja dia sampai di hospital tersebut.

" Cik Hana ada di bilik 207 . Sila ikut saya , saya akan tunjukkan jalan" Adam menganggukkan kepalanya dan mengikut langkah jururawat itu.

Sampai di bilik tersebut , jururawat itu pun pergi meninggalkan Adam sendirian. Adam melihat ke arah cermin kecil yang ada pada pintu itu. Dia melihat Hana sedang terbaring lemah dan seorang doktor sedang melihat kondisi Hana. Dia melabuhkan punggungnya pada kerusi yang tersedia sambil menunggu . Dia cuba mengatur nafasnya.

Selang beberapa minit , pintu bilik itu terbuka. Adam pantas bangkit dari duduknya.

" Macam mana dengan dia doktor?" Tanya Adam .

" Encik ni siapa ye? Suami pesakit ke?" Tanya doktor itu inginkan kepastian.

" Tak , saya kawan dia " balasnya.

" Ouh begini Encik . Kondisi pesakit kini stabil. Cuma ada retakan kecil pada tangannya. Jadi mungkin dia akan ditahan untuk beberapa hari " kata doktor itu cuba menerangkan kondisi Hana.

Adam menarik nafas lega apabila mendengarkan Hana dalam kondisi yang baik - baik sahaja .

" Terima kasih doktor " ucap Adam dan berjabat tangan.

Doktor itu tersenyum manis sebelum pergi meninggalkan Adam sendirian.

" Alhamdulillah" dia mengucapkan rasa bersyukur.

🤍🤍🤍

" Firdaus " panggil Sofea sebaik sahaja dia melihat Firdaus yang sedang duduk pada kerusi hospital itu. Firdaus menoleh apabila mendengarkan namanya.

" Mana Amani?" Tanya Sofea .

" Amani mana Fir " desak Sofea.

" Sabar Fea. Duduk dan  tenangkan fikiran kau "

" Amani okay cuma kepala dia terhantuk kuat kat stereng . Luka semua dah dirawat oleh doktor .Sekarang ni dia cuma tak sedarkan diri lagi"

Sofea menggelengkan kepalanya dan menangis.

" Macam mana boleh jadi macamni sekali " tanya Sofea.

" Aku sendiri tak tahu. Tadi , aku telefon Amani , tapi orang lain yang jawab. Dia kata Amani dikejarkan di hospital. Sebab itu, aku telefon kau "

" Lepas itu , sampai je kat sini aku nampak ada seorang ini tengah duduk depan wad Amani. Bila aku tanya dia siapa, dia cakap dia yang hantarkan Amani kat sini. Lepastu , dia mula cerita apa yang terjadi. Ada sebuah lori hilang kawalan dan lepas itu hampir terlanggar kereta Amani"

" Tapi bukan Amani seorang je yang kena , ada lagi satu kereta . Tapi , aku tak tahu siapa "

" Kau dah telefon parents Amani?" Tanya Sofea.

Firdaus menggeleng.
" Parents dia ada kat overseas"

" Tak apalah kalau macam itu . Biar aku yang jaga dia malam ini"

" Iyalah , kalau itu yang kau nak " balas Firdaus. Kemudian, dia bangkit dari duduknya .

" Kau nak apa- apa ke? Kopi ? "

" Boleh. Americano satu "

Kemudian , Firdaus berlalu pergi meninggalkan Sofea. Dia berjalan memasuki bilik sahabatnya itu dengan perasaan yang sedih dan sayu. Dia lalu duduk bersebelahan Amani yang terlantar di atas katil. Dia mengambil tangan Amani dan mengusap lembut.

" Amani , dah lama kita tak jumpa kan? Kau kata lepas je kau balik dari overseas, kau nak datang jumpa aku. Kau kata kau rindu aku. Kenapa kau kat sini Amani? Kenapa " dia kembali menangis.

Bukan Pilihan Where stories live. Discover now