Bab 11

4 0 0
                                    

"I akan buktikan yang U sebenarnya masih cintakan I lagi. Hanya saja , U buat semua ini untuk buat I cemburu kan? U tunggu , I akan buat apa sahaja untuk pastikan kita kembali bersama Adam"

Kata - kata Hana tempoh hari kembali bermain di fikiran Adam. Entah apa wanita itu rancangkan .

Adam cukup kenal dengan Hana. Dia akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan kembali hak miliknya. Adam gelisah. Dia hanya mampu berdoa semoga perasaannya tak akan pernah berubah terhadap Sofea walaupun Hana telah kembali .

Sofea yang melihat Adam yang sedang mengelamun itu cuba untuk melambaikan tangannya di hadapan Adam.

" Adam , Adam " lambai Sofea .

Adam tersentak. Namun , dia tersenyum.

" Eh , bila awak sampai?" Tanya Adam

" Baru je. Saya tengok awak resah je ini. Awak okay ke tak?" Tanya Sofea sambil melabuhkan punggungnya.

" Okay , saya okay je"

" Ada apa awak nak jumpa saya Adam?" Tanya Sofea

" Tak , saya cuma rindukan awak je. Yelah , kita ini masing- masing sibuk dengan kerja kan . Sampai tak ada masa"

" Saya minta maaf Adam. Saya sekarang betul - betul sibuk . Banyak hal yang nak kena settlekan sebelum fashion show "

" Tak apalah Fea. Saya faham. Kalau awak nak saya tolong apa- apa awak tinggal beritahu saya je. Kalau saya boleh tolong , saya akan tolong " kata Adam .

Sofea tersenyum .

" Lagi satu Fea "

Sofea mengangkat keningnya.

" Boleh tak kalau kita percepatkan majlis kahwin kita?" Tanya Adam

Sofea mengerutkan dahinya.

" Kenapa tiba - tiba? " Tanya Sofea

" Tak adalah , saya cuma tak sabar nak jadi suami awak " kata Adam cuba menyembunyikan alasan yang sebenar.

Alasan yang sebenarnya adalah, dia tidak mahu Hana kembali menganggu hubungan mereka berdua yang masih baharu ini.

" Cepat macam mana yang awak nak?" Tanya Sofea lagi

" 2 bulan lagi? Atau 1 bulan lagi?" Tanya Adam

" Awak tak rasa awal sangat ke Adam? Awak dah cukup bersedia ke untuk galas tanggungjawab awak sebagai seorang suami?"

Adam terdiam.

" Saya kata macam ini bukan sebab saya tak setuju Adam , saya kalau boleh memang nak cepatkan juga , tapi saya masih lagi dalam fasa untuk sediakan diri saya sebelum menjadi isteri awak yang sah "

" Terlalu banyak ujian dalam perkahwinan Adam. Saya tak nak awak buat keputusan terburu-buru untuk nikah dengan saya. Lagipun, tarikh yang kita pilih untuk nikah itu pun dah cukup sesuai kan ? Untuk kita mempersiapkan diri kita sebelum menjadi sepasang suami isteri?" Kata Sofea lagi.

Dalam diam , Adam setuju juga dengan apa yang Sofea katakan. Cukup bersediakah dia untuk menjadi suami Sofea? Membimbing Sofea dan menjalankan tanggungjawab dengan baik. Sedangkan hatinya kini masih lagi terbelah bahagi.

" Adam , saya minta maaf ye kalau awak terasa dengan saya" Sofea pantas meminta maaf.

Adam pantas menggeleng.

" Betul juga apa yang awak cakap. Saya minta maaf ye sebab tak fikir panjang. Awak lupakan jelah apa yang saya katakan tadi ye "

Sofea tersenyum lalu mengangguk.

Bukan Pilihan Where stories live. Discover now