Bab 10

7 0 0
                                    

" Hana , U buat apa di sini?" Tanya Adam

Hana senyum memandang Adam yang tampak keliru. Dia kemudian kembali duduk pada kerusi .

" I datang nak jumpa U lah . I nak surprised kan U . U terkejut tak?" Tanya Hana

Adam masih menatap ke arah Hana.

" Bila U sampai sini?" Tanya Adam

" Semalam. Hari ini I terus datang sini jumpa U. I rindu U sangat - sangat" kata Hana .

Adam diam tak membalas.

" U tak rindu I ke Adam? Setahun I pergi tinggalkan U . Takkan U tak rindukan I?" Hana tidak berpuas hati dengan reaksi Adam itu.

Adam duduk di hadapan dirinya.

" I tak rindukan U. Untuk apa I habiskan masa I untuk orang macam U. Orang yang pergi tinggalkan I macam itu sahaja dengan alasan U nak sambung belajar. It's nonsense Hana"

" Dah lah Hana , I nak buat kerja I . U boleh pergi balik. I sibuk " kata Adam .

" No , I tak akan balik selagi U tak cakap yang U rindukan I. Jangan nak tipu I Adam. I kenal U bukan sehari dua. I dah kenal U lama"

Adam memandang sinis.

" Yakinnya U kata yang I rindukan U. I tak pernah sedikit pun rindukan U. I dah lupakan semuanya tentang U ,Hana. I tak nak ingat apa - apa pun lagi tentang kita. Because , ada hati yang perlu I jaga sekarang ini. So , please respect I Hana"

Hati Hana membara apabila mendengar itu.

" Tak , tak semudah itu untuk U cari pengganti I Adam. Kita dah lama bersama. Kenapa semudah itu U lupakan I dan mulakan kehidupan baru U dengan wanita lain. I tak izinkan Adam "

" I tak perlukan keizinan U Hana . I layak untuk tentukan dengan siapa I ingin bersama. Lagipun , anggap sahajalah kita ini tidak berjodoh"

Hana menggeleng.

" Tak semudah itu I nak lepaskan U Adam. I yakin jauh dalam lubuk hati U , masih ada nama I. Jangan nak tipu perasaan U semata - mata untuk buat I bencikan U . I yakin U masih lagi cintakan I walaupun hanya sekecil zarah"

" Please Hana , jangan buat I macam ini. I dah nak kahwin dengan pilihan keluarga I . Dan I sendiri dah mula cintakan dia. U tak ada hak untuk halang I. Kita hanyalah masa lalu Hana. Sekarang ini, kita hanya perlu memandang masa depan sahaja. U perlu cari kebahagiaan U sendiri. Lagipun , U yang minta I untuk lupakan U kan? Mulakan hidup baru I tanpa U. Bukankah itu semua yang U minta I buat? I dah buat semua itu , so what's wrong with you Hana " buntu Adam dibuatnya

" I tahu I salah dulu. But, semua orang layak untuk diberikan peluang kedua kan? So apa salahnya untuk kita mulakan semuanya?" Tanya Hana tak ingin mengalah.

" Salah , sebab I dah jadi tunang orang Hana . Please show some respect to me and my fiance. You are just my past. Please move on "

Hana menggeleng tanda membantah.

" Tak mungkin . Tak mungkin semudah itu U nak terima orang lain dalam hidup U. Jangan nak tipu I Adam . I tahu U masih cintakan I. Kita masih lagi boleh betulkan semuanya Adam. I really love you. I tahu I salah sebab tinggalkan U . But , I ada alasan I tersendiri Adam " merayu Hana

Adam bangkit dari duduknya dan merenung tajam ke arah Hana.

" Stop Hana. Apa pun alasan U , itu semua tak penting. Yang penting sekarang ini , U dan I dah tak ada apa- apa lagi. Pergilah cari kebahagiaan U di luar sana. Masih banyak lagi lelaki yang jauh lebih baik daripada I"

" But , Adam -"

" Please Hana . Pergi balik. I ada kerja nak buat. I tak ada masa untuk layan orang macam U ini " kata Adam .

Bukan Pilihan Where stories live. Discover now