Bab 13

10 0 0
                                    

Knock knock

" Boleh ayah masuk?" Tanya orang tuanya.

" Masuklah. Pintu tak kunci " kata Firdaus.

Encik Fateh pantas masuk ke bilik anak bujangnya dan duduk di sebelah anaknya .

" Buat apa?"

" Tak ada lah ayah. Saja Fir tengok bulan malam ini. Cantik sungguh ciptaan Allah SWT " puji Firdaus sembari melihat ke arah langit.

" Kenapa tadi tak tegur Sofea?"

Firdaus menghela nafasnya.

" Saja ayah. Fir tak mahu ganggu Sofea dan tunangnya tadi" balasnya.

Encik Fateh menggeleng dan menepuk bahu anaknya.

" Kamu sukakan Sofea ye?"

" M-mana ada yah. Firdaus tak suka dia pun " katanya menidakkan .

" Ayah kenal kamu bukan sehari dua Fir. Mata kamu tadi cukup buat ayah  faham apa yang kamu rasa bila lihat dia dan tunang dia tadi "

" Kalau betul pun Fir sukakan dia, Fir tak boleh buat apa - apa lagi. Sofea dah berpunya. Sayangnya , dia bukan milik Firdaus yah " katanya hampa.

" Kamu tahu Fir? Belajarlah untuk menjauhi seseorang yang kamu cintai. Kerana apa? Kerana mencintai seseorang sebelum menikah tidak bermakna harus bersamanya untuk setiap saat. Allah kurniakan perasaan cinta pada setiap hambanya . Hanya sahaja dengan dua jalan yang berbeza. Sama ada  kamu akan bersama dengannya , atau tidak. "

" Tak semestinya dia yang akan bersama kamu Fir. Kerana tujuan kita selama ini di dunia adalah Allah bukannya dia atau orang lain. Setiap kali kamu jatuh cinta pada dia , tepuk dada kamu dan katakan yang kamu mencintai dirinya kerana Allah . Ikhlaskan dia kerana Allah . Dekatkan diri pada Allah Fir. Sehingga jika menurut Allah dia yang terbaik untuk kita , sejauh mana pun korang berpisah , kamu akan tetap bersama . Janji Allah itu pasti Fir"

إِذا قَضى‏ أَمْراً فَإِنَّما يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

"Dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

(Al-Baqarah: 137)

" Allah tak pernah salah . Terapkan dalam hati kita untuk sentiasa mencintai dan mengutamakan Allah . "

" Ayah doakan semoga urusan kamu sentiasa dipermudahkan Fir " kata Encik Fateh sebelum berjalan keluar dan meninggalkan Firdaus yang terdiam mendengar nasihatnya itu.

Benarkah selama ini aku terlalu mengharapkan dia sehingga aku terlupa bahawa Allah memegang hati setiap hambanya? 

" Astagfirullah, maafkan aku Ya Allah kerana terlalu terleka dalam mencintai hambamu" dia mengusap wajahnya dengan kasar.

🤍🤍🤍

Sofea yang baru sahaja selesai membersihkan dirinya lantas baring di atas katilnya .

" Fuh penatnya " keluhnya sendiri.

" I Hana Najwa "

" Hana Najwa? Ex Adam? "  Sofea pantas menggelengkan kepalanya.

" Tak mungkinlah . Ala biasalah diaorang berjumpa kembali. " Katanya untuk menyedapkan hatinya .

" Tapi kenapa mata Hana tak henti - henti pandang Adam? " Sofea melihat dengan matanya sendiri bagaimana cara Hana memandang ke arah Adam tadi. Tanda bahawa dia masih lagi mencintai Adam. Sofea tahu kerana dia juga wanita.

Bukan Pilihan Where stories live. Discover now