Bab 12

3 0 0
                                    

" Haura  , mana semua model kita?" Tanya Sofea.

" Ada , mereka semua sedang bersiap "

" Kalau macam itu , tolong tengok - tengokkan mereka ye. Saya tak nak ada sedikit kesalahan pun untuk fashion show malam ini " pesan Sofea

Haura mengangguk sebelum menyambung kerjanya.

Sofea mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik untuk mempersiapkan dirinya. Tak disangka , hasil dari titik peluhnya sendiri , akhirnya dia mampu untuk mengadakan fashion show ini. Walaupun tidaklah semegah yang lain, namun dia sudah cukup bersyukur.

Knock~

" Masuk " arah Sofea tanpa memandang ke arah pintu.

Haura masuk ke dalam bilik itu sambil membawa sepasang dress putih yang kelihatan sungguh anggun . Dress berwarna putih yang dihiasi dengan manik- manik yang membuatkan dress itu lebih bersinar dan berkilau.

" Dress Cik Sofea untuk malam ini " kata Haura dan dia menyangkutkan pakaian itu pada tempatnya.

Sofea bangkit dari duduknya dan menghampiri dress tersebut lalu diusap. Dia mengambil pakaian itu dan dia terus sarungkan pada badannya .

" Cik Sofea nampak cantik " puji Haura

" Terima kasih" kata Sofea

Haura mengangguk lalu keluar dari bilik tersebut.

Sofea berjalan dan berdiri di hadapan cermin sambil membelek - belek dirinya . Dia sungguh berpuas hati dengan dress yang dia kenakan kini. Akhirnya , dia tersenyum puas.

🤍🤍🤍

Majlis tersebut akan dimulakan pada pukul 8 malam. Kini hanya berbaki beberapa minit sebelum majlis dimulakan. Tak henti - henti mereka yang dijemput datang dan mengambil tempat duduk masing - masing.

" Assalamualaikum, saya Haikal akan mengendalikan majlis pada malam ini. Selamat datang saya ucapkan pada semua yang ada di sini pada hari ini. "

Haikal memerhatikan jam di tangannya. Jam 8 malam .

" Baiklah , jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Ladies and gentleman , Sofea's fashion show start now !!!" Kata Haikal dan turun dari pentas itu.

Lampu dipadamkan . Yang kelihatan hanya kerdipan camera yang tak lepas mengambil gambar busana Sofea itu. Lagu latar belakang mula dipasangkan dan model satu persatu mula masuk untuk memperkenalkan jenis pakaian yang dipakainya.

Sofea yang duduk di belakang pentas itu memerhatikan satu per satu modelnya. Dia berpuas hati dengan kerja model - modelnya itu. Mereka sudah melakukan yang terbaik untuk mempromosikan busana kedainya itu.

Temukan gemuruh diberikan pada setiap model tanpa henti. Firdaus , Adam dan keluarga mereka duduk di ruang VIP tersenyum bangga dengan kejayaan Sofea ini.

Para model yang telah menjayakan majlis pertunjukan fesyen Sofea itu yang sudah keluar lalu kembali dan beratur  membentuk garisan laluan .

" Sekarang , dipersilakan founder dan pereka busana Sofea's  , Sofea Irdina!" Kata Haikal dengan semangat. Semua yang ada disitu memberikan tepukan yang gemuruh kepada Sofea yang sedang berjalan menuju ke tengah dengan berpakaian gaun serba putih itu.

Camera semua tertuju pada Sofea kini. Haikal berjalan dan menyerahkan mic kepada Sofea.

" Bismillah , terima kasih kepada semua yang dapat hadir pada majlis saya malamni. Walaupun tidaklah semegah yang lain , tapi saya bersyukur anda semua dapat datang untuk raikan Sofea's. Terima kasih kepada keluarga yang tak henti - henti sokong saya dalam  setiap hal yang saya lakukan . Saya berterima kasih"  ucap Sofea dan tersenyum bahagia.

Tepukan kembali gemuruh . Adam bangun dari duduknya dan kembali menepuk tangannya dengan kuat tanda dia bangga dengan tunangnya kini , Sofea Irdina.

Selesai fashion show , semua yang hadir dipersilakan untuk menikmati makanan yang telah disediakan. Tak henti - henti orang datang dan mengajak Sofea untuk berbual dan bergambar.

" Cik Sofea " panggil seseorang.

Sofea menoleh lalu tersenyum.

" Ye , Encik Adam "

Adam tertawa kecil . Dia mengambil sejambak bunga di belakangnya lalu dia hulurkan pada Sofea .

" Congratulations Sofeaku " kata Adam.

Sofea tersenyum . Dia menghidu bau bunga itu.

" Terima kasih Adam. Awak dah makan?" Tanya Sofea.

" Dah , saya baru je habis makan dengan keluarga saya "

" Mana family awak? Saya tak sempat nak jumpa " Sofea tercari - cari.

" Mama dan papa dah balik . Katanya papa ada hal sekejap"

" Ala , saya baru nak jumpa" hampanya.

" Tak apa , mama tak kisah pon. Dia faham awak sibuk." Adam cuba memujuk.

Sedang mereka sibuk berbual , Puan Salma datang menghampiri mereka.

" Sofea " panggil Puan Salma dan menghampiri mereka.

" Puan Salma " kata Sofea lalu mereka berpelukan.

" Puan Salma sihat ke? " Tanya Sofea

" Sihat alhamdulillah " katanya .

" Ouh Puan Salma , saya nak kenalkan yang sebelah saya ni , Adam Zaquan  . Dia tunang saya " Sofea memperkenalkan diri Adam .

Adam dan Puan Salma sama - sama terkejut apabila mereka melihat antara satu sama lain.

"P-puan  , saya Adam . Tunang Sofea " kata Adam tergagap .

Puan Salma yang masih terkejut cuba mengawal dirinya.

Belum sempat Puan Salma membuka mulutnya , seorang lagi datang dan berdiri di sebelah Puan Salma.

" Mama , puas Hana cari " katanya dan merangkul Puan Salma.

Adam tergamam. Beginikah mereka harus kembali bertemu? Takdir apakah ini? Berkeringat Adam .

" Saya Sofea Irdina " ramahnya

" I Hana Najwa  "

Sofea pula tergamam. Adam pula makin tak senang duduk . Dirinya menggeletar.

" Hana Najwa itu cinta pertama saya Sofea. Saya bercinta dengan dia sejak kami sekolah menengah lagi"

Kata - kata itu tiba - tiba bermain di fikirannya

Sofea memandang ke arah Adam . Adam pula hanya diam. Sofea pantas mengukir senyuman.

" Such a good name " puji Sofea.

" Eh, Hana dan Puan Salma jemput ye makan . Jangan malu - malu ye " kata Sofea.

" K-kalau macamtu , I dan anak I pergi dulu ye . Nice to meet you Adam " kata Puan Salma dan pantas menarik tangan anaknya untuk pergi dari situ.

Kini , hanya tinggal Adam dan Sofea sahaja.

" Sofea , can we discuss about this" kata Adam cuba untuk menerangkan situasi kini.

" Betul ke itu Hana ex awak yang dulu?" Tanya Sofea dan meneliti muka Adam.

" Betul, tapi tu dulu kan? Sekarang saya dah ada awak " pujuk Adam

Sofea menghembuskan nafasnya.

" Awak dah tak ada hati pada dia kan?"

" Tak" yakin Adam menjawab

" Baguslah , saya lega dengar jawapan awak " senyum Sofea.

" A-awak tak marah ke ?"

" Buat apa saya nak marah? Bukan awak yang jemput dia kan? Saya tak tahu pula Puan Salma tu ada anak perempuan. Dan kebetulan pula anak dia tu ex awak. Lagipun awak sendiri kata awak dah tak ada hati pada dia. Jadi , saya dah tak risau lagi . Yang penting awak sekarang milik saya " senyum Sofea berkata.

" Terima kasih Sofea "

Dari jauh kelihatan Hana sedang melihat mereka berdua dengan wajah yang keruh.

"Semudah itu ke you lupakan I Adam?  " Hana berkata lalu pergi dari situ dengan perasaan yang hampa.

Bukan Pilihan Where stories live. Discover now