Bab 17

7 0 0
                                    

" Assalamualaikum" Adam memberi salam sebaik sahaja dia memasuki rumah orang tuanya itu. Dia berjalan menghampiri ruang tamu dan dia mula melabuhkan punggungnya pada sofa yang tersedia. Dia mengeluh kecil sambil memejamkan matanya.

Serabut rasanya dengan apa yang terjadi petang tadi. Dia makin buntu dengan perasaannya kini. Adakah dia mula mencintai Hana kembali? Namun ,perasaannya terhadap Sofea juga tak berkurang walau sedikitpun. Sedang dia mengelamun , namanya diseru .

" Pak Ngah " panggil Hans sambil berlari untuk mendapatkan pak ngahnya itu.

Adam pantas membuka mata apabila mendengar namanya diseru. Dia memandang ke arah budak kecil yang sedang menghampiri dirinya itu. Lalu , dia memeluk erat tubuh Hans.

" Hans , rindunya dengan budak ni " kata Adam dan memeluk tubuh kecil itu.

" Hans pun rindukan pak ngah " kata Hans , budak yang berumur 7 tahun itu.
Setelah itu , Adam melepaskan pelukan tersebut.

" Mana papa?" Tanya Adam.

" Papa - "

" Aku kat sini " kata Adeef , abang kepada Adam. Adam bangkit dari duduknya dan bersalaman dengan abangnya.

" Bila kau balik ?" Tanya Adam.

" Baru je. Pukul 5 macamtu " balas Adeef .

Adeef . Dia merupakan abang kepada Adam. Mereka hanya mempunyai dua adik beradik sahaja. Namun , jarang sekali Adeef ingin pulang ke Malaysia kerana dia dan anaknya kini menetap di luar negara. Isterinya? Isterinya sudah lama meninggal setelah melahirkan Hans.

" Hans , naik atas . Main dengan nenda okay sayang" kata Adeef dan mengusap kepala anaknya dengan penuh kasih sayang.

" Okay papa " senyum Hans lalu berlari menuju ke atas. Hans. Wajahnya tak saling tumpah dengan wajah ibunya yang sudah lama pergi meninggalkan Adeef dan anaknya.

" Kau tiba - tiba balik sini . Ada apa - apa masalah ke disana?" Tanya Adam dan kembali melabuhkan punggungnya pada sofa tersebut dan diikuti dengan Adeef.

" Tak ada pun. Aku cuma rindu dengan suasana di Malaysia . Lagipun , urusan aku kat sana dah settle. Jadi , aku saja bawa Hans datang sini jumpa mama dan papa. Tak salahkan?" Balas Adeef . Dia pantas mengambil remote yang ada dihadapannya . Dia menekan butang yang ada pada remote tersebut . Akhirnya , televisyen itu terbuka.

" Aku dengar cerita yang kau dah nak kahwin ? Betul ke?" Tanya Adeef tanpa memandang Adam.

" Ha . Betullah tu. Aku dah nak kahwin " Hanya itu yang mampu dia jawab. Tentang Hana atau Sofea? Itu masih lagi menjadi pertanyaan .

" Baguslah kau nak kahwin. Kau tu dah tua. Bukannya muda sangat " perli Adeef. Adam yang mendengar itu pantas menyiku abangnya. Terasa .

" Aku tak tua mana lah . Lainlah kau tu" jeling Adam . Dia tak dapat menerima kenyataan apabila Adeef menyatakan bahawa dia tua.

Adeef melepaskan tawanya. Lebih sakit hati Adam melihatnya. Entah apa yang kelakar .

" Okay , okay . Aku minta maaf " kata Adeef masih tersisa tawanya.

Adam pantas menjeling.

" Adeef , aku nak tanya kau soalan boleh?" Pinta Adam dengan suara yang cukup serius.

" Ha , tanyalah "

" Kau waktu nak kahwin dengan arwah Kak Syifa , kau pernah tak ragu - ragu dengan pilihan kau?" Tanya Adam.

Adeef mengerutkan dahinya. Dah kenapa Adam tanya soalan macamtu.

" Kau kenapa tiba - tiba tanya soalan macamni?" Balas Adeef .

Bukan Pilihan Where stories live. Discover now