CHAPTER 2

331 22 0
                                    

Beberapa orang dan jururawat yang lalu-lalang di kawasan lobby hospital itu memandang pelik ke arah Gemini dan Fourth yang berjalan bersama.

Mereka memandang pelik kerana Fourth yang memeluk erat tangan Gemini sambil berjalan. Gemini bukanlah seorang orang yang senang didekati oleh sesiapa saja. Sikapnya yang hanya mementingkan kerja dan sentiasa sibuk itu membuatkan dirinya nampak seperti seorang doktor yang dingin.

Kawan baiknya winny itu juga belum pernah mereka melihat sedekat itu. Tetapi bagi jururawat disitu tidaklah berasa pelik kerana mereka tahu tentang keadaan Fourth yang tidak dapat melihat.

Tetapi mereka pelik dengan keputusan Gemini yang membawa Fourth pulang untuk tinggal bersamanya.

Sampai saja di rumah. Gemini memberi tahu arah biliknya Fourth dan dapur serta semua kawasan rumahnya agar Fourth dapat bergerak ke mana mana saja walaupun tidak dapat melihat.

"Kalau ada ape ape kau boleh je ketuk pintu bilik aku."

"Ke kau nak tido dengan aku?" Gurau Gemini yang tersenyum. Fourth menolak perlahan tangan Gemini dan tersenyum.

"Ok jom aku bawa kau masuk bilik kau" kata Gemini dan memimpin Fourth hingga ke biliknya.

"Esok aku kerja pagi so dalam malam macam tu aku balik. Makanan semua dah ada. Kau jangan masak tau" kata Gemini sebelum keluar dari bilik.

 Kau jangan masak tau" kata Gemini sebelum keluar dari bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

____________________________________

Fourth yang baru saja bangun dari tidur itu perlahan lahan berjalan ke bilik mandi sambil memegang dinding.

Selepas selesai membersihkan diri. Dia makan makanan yang sudah dimasak oleh Gemini.

Tengah santai berbaring di sofa , tiba tiba loceng rumah berbunyi. Fourth membuka pintu dan terlihat seorang lelaki yang tersenyum.

Lelaki itu tersenyum selepas saja melihat Fourth tanpa berkelip matanya.

"Ye?" Soal Fourth yang telah membangunkan lelaki itu dari merenungnya.

"Saya baru pindah depan ni. Satang" kata Satang dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Fourth.

"Ouh hi . Fourth" jawab Fourth yang tersenyum.

Selepas melihat ke arah dimana Fourth melihat , dia sudah dapat yang Fourth tidak boleh melihat jadi dia menghulurkan plastik yang di dalamnya ada sekotak donut itu ke tangan Fourth.

"Maaf la saya buta" kata Fourth yang masih lagi tersenyum.

"Takpe takpe , ni ada la sikit buah tangan. Harap kita boleh jadi kawan" kata Satang lagi dan berjalan menuju ke rumahnya.

Fourth meletakan bungkusan plastik itu di meja dan berjalan menuju ke sofa semula.

Hari pun sudah mula gelap, Gemini yang baru pulang itu masuk ke rumahnya dan terlihat Fourth yang sedang membasuh pinggan mangkuk di sinki.

Dengan cepat Gemini memberhentikan Fourth dari terus membasuh itu.

"Lah kenapa kau buat ni? Kan aku dah cakap jangan buat apa apa. Ni kalau terkena pisau macam mana?" Kata Gemini dengan penuh kerisauan sambil mengelap tangannya Fourth dengan kain bersih.

"Takpe la lagipun aku pun tak tau nak buat apa, bosan jugak asyik duduk je" kata Fourth pula yang tersenyum. Gemini hanya memandang Fourth dan memandang ke arah plastik bag yang berada di atas meja.

"Ouh tu donut ada lagi dalam peti ais, pagi tadi ada jiran baru pindah depan tu"

"Dia ada la bagi tu. Em apa nama dia..sa..
Ah satang" kata Fourth lagi.

"Ouh yake. Kejab lagi kita makan sama sama ok" kata Gemini pula yang tersenyum dan membawa Fourth ke ruang tamu.

 Kejab lagi kita makan sama sama ok" kata Gemini pula yang tersenyum dan membawa Fourth ke ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

____________________________________

Terlihat Gemini yang keluar dari rumah itu untuk ke hospital dimana tempatnya bekerja,

Seseorang menegurnya dengan senyuman manis.

Gemini memandang lelaki itu dengan riak wajah pelik.

SEE THE WORLD FOR ME Where stories live. Discover now