CHAPTER 5

289 22 0
                                    

3 hari sebelum pembedahan dimulakan , Fourth meminta Gemini untuk membawanya ke akuarium.

Mereka berdua kini berada di depan akuarium ikan.

"Mesti kau pelik. Aku ajak kau datang sini. Yela aku buta mana nampak " Kata Fourth sambil ketawa kecil. Gemini hanya terdiam dan melihat Fourth saja.

Gemini memegang tangan Fourth dan meletakkan di kaca Akuarium itu.

Fourth dapat mendengar bunyi air dan merasakan gerakan air. Gemini menggerakkan tangan Fourth ke arah kanan pula , dimana seekor ikan berada.

Fourth tersenyum kerana dengan cara Gemini itu dia dapat membayangkan akuarium dan ikan disitu.

Degan tiba tiba Gemini meletakkan tangan Fourth tepat di dadanya. Fourth memusingkan kepalanya ke arah Gemini.

"Kau tau, aku memang tak boleh nampak apa apa. Tapi kau , aku boleh nampak dengan gunakan hati" kata Fourth yang tersenyum, begitu juga Gemini yang tersenyum dan memeluk Fourth. Fourth membalas semula pelukan itu bersama senyuman.

Kini hari yang dinantikan sudah tiba, Gemini menatap wajah Fourth dengan wajah yang sayu dan penuh kerisauan, tangannya tidak berhenti dari mengusap lembut tanganya Fourth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kini hari yang dinantikan sudah tiba, Gemini menatap wajah Fourth dengan wajah yang sayu dan penuh kerisauan, tangannya tidak berhenti dari mengusap lembut tanganya Fourth.

"Jangan takut" kata Gemini dengan nada suara yang sedih.

"Buat apa aku nak takut , lagipun kau ada dengan aku. Kau yang bedah aku. Doktor" kata Fourth yang masih lagi tersenyum.

Masuk saja di dalam dewan bedah. Fourth sempat memberikan senyuman terakhir sebelum dirinya dibius.

Winny memandang ke arah Gemini yang sedang membedah mata Fourth. Terlihat matanya yang sudah bergenang air mata.

Dia tahu betapa sukarnya untuk Gemini lakukan ini.

Dengan tiba tiba keadaan di dewan bedah itu menjadi kelam kabut kerana Fourth yang tiba tiba kekurangan darah akibat terdapat di satu bahagian matanya telah memancut keluarkan darah yang banyk.

Gemini cuba untuk membuang perasaan takutnya dan gementar itu. Terus menjalankan pembedahan dengan tenang.

Akhirnya pembedahan berjaya dilakukan, namun Fourth telah dipindahkan ke wad ICU dan masih lagi tidak sedarkan diri.

Winny yang melihat Gemini duduk berseorangan itu , mendekatkan dirinya dengan kawan baiknya itu.

"Kau dah buat yang terbaik" kata Winny sambil menepuk perlahan bahu Gemini.

Gemini yang menitiskan airmatanya itu hanya terdiam dan memeluk winny.

"Takpe takpe" kata Winny yang memeluk Gemini semula untuk menenangkan Gemini.

Ini adalah hari yang ke - 3 Fourth berada di hospital, dia telah dipindahkan ke wad biasa selepas saja keadaannya stabil.

Hanya menunggu Fourth sedar dan membuka balutan matanya saja.

Setiap hari Gemini akan datang melawat Fourth dan ada kalanya dia tidak pulang kerumah dan hanya duduk memandang Fourth yang terlantar di atas katil saja sepanjang hari.

Winny yang risau dengan Gemini itu sentiasa mengingatkan Gemini untuk makan dan dapatkan rehat yang cukup.
____________________________________

Sedang sibuk melihat rekod pesakit, seorang lelaki datang menegur Winny.

"Maaf boleh tanya err pesakit nama Fourth na-"

"Ouh sana" kata Winny, walaupun lelaki itu tidak sempat menghabiskan percakapannya. Dia sudah tahu siapa yang lelaki itu cari.

"Ouh terima kasih" kata lelaki yang tersenyum.

"Boleh saya tau hubungan awak..dengan pesakit?" Soal Winny lagi.

"Saya jiran dia. Satang" kata satang yang tersenyum dan berjalan ke arah wad dimana Fourth berada. Winny hanya memandang Satang yang berlalu pergi itu dan menyambung semula kerjanya.

Fourth memberi tahu pada Satang yang dia akan jalani pembedahan mata beberapa hari sebelum pembedahan dijalankan.

Oleh kerana itu , Satang datang melawat Fourth di hospital.

Gemini yang masuk ke wad itu terhenti di depan pintu selepas saja melihat Satang yang ada disitu.

Satang melihat ke arah Gemini dan tersenyum. Gemini memberikan senyuman semula.

"Dia mesti bangun" kata Satang yang tersenyum. Gemini hanya terdiam saja.

"Kau dah buat yang terbaik" kata Satang lagi dan memandang ke arah Gemini.

"Aku harap macam tu" kata Gemini yang memegang secawan kopi.

Satang menepuk perlahan bahu Gemini dan memberikan senyuman.

SEE THE WORLD FOR ME Where stories live. Discover now