CHAPTER 8

332 27 0
                                    

"Satang aku tak masuk kerja malam ni. Kepala aku sakit la, ingat nak rehat" kata Fourth yang membuat panggilan kepada Satang.

"Yela. Jangan lupa Makan ubat" kata Satang dan mematikan panggilan.

Sakit kepala bukanlah alasan sebenar Fourth untuk tidak datang ke bar untuk bekerja, tetapi alasan sebenarnya ialah kerana bibirnya sedikit pecah akibat ditumbuk oleh Gemini semalam itu membuatkan dirinya tidak boleh bernyanyi.

Fourth yang sedang sapukan ubat di lukanya itu bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke pintu rumah selepas saja loceng rumah berbunyi.

Buka saja pintu, terlihat Satang yang sudah berada di depan pintu rumahnya.

Sedikit terkejut kerana Fourth tidak sangka yang Satang akan datang ke rumahnya. Selalunya waktu begini Satang sudah berada di bar jadi dia membuat panggilan pada waktu itu dengan harapannya yang satang tidak datang ke rumahnya dan melihat keadaannya sebegitu.

"Gemini pukul kau lagi?" Soal Satang dengan serius dan menolong sapukan ubat pada wajah Fourth.

"Ta-"

"Fourth sampai bila kau nak hidup macam ni?. tengok la apa yang tak guna tu buat dekat kau."

"Silap silap kau mati macam tu je" tegur Satang dengan serius dan risau dengan keadaan Fourth.

Dia tahu yang selama ini Gemini berkelakuan kasar terhadap Fourth, namun dia hanya berdiam diri saja kerana Fourth tidak mahu dia masuk ikut campur masalah mereka berdua.

"Kau tau kan aku hidup dengan dia dah lama. Dari aku buta sampailah sekarang. Dah boleh nampak"

"Aku sayang dia" jawab Fourth dengan nada suara yang sedih. Satang hanya terdiam dan tidak tahu apa lagi mahu dikatakan.

Memang benar yang Fourth sangat sayangkan Gemini dan tidak akan meninggalkan dia Walau apa pun jadi.

Selepas saja Satang keluar dari rumah itu , Fourth menangis sepuas hatinya.
Dia sendiri juga bingung dengan dirinya sendiri , tidak tahu apa yang dia lakukan sekarang ini.

"Satang?" Tegur Winny selepas terserempak dengannya di cafe.

"Macam mana Fourth? Kau kata kau baru balik dari rumah dia kan" soal Winny.

"Kenapa kau tak tanya je kawan baik kau tu" kata Satang tanpa melihat ke arah Winny.

"Aku tau kau marahkan Gemini. Tapi kau ta-"

"Tak boleh ape? Eh kau tau tak apa yang Gemini dah buat dekat Fourth?"

"Aku dah boleh duduk diam macam ni. Kau pun sama je tak guna macam Gemini."

"Kalau betul la kau kawan dia , asal kau tak tegur je Gemini tu and suruh dia berhenti pukul Fourth" kata Satang dan bangun mahu keluar dari cafe itu.

"Kau marah sangat sebab kau suka Fourth kan and kau tak nak tengok Fourth jadi macam tu." kata Winny. Kaki Satang terhenti selepas saja mendengar kata itu.

"Dorang dah lama bercinta. Kau pun tau yang Fourth cinta gila dengan Gemini kan."

"Gemini pun sama. Kau tau setiap hari dia termenung je kat tempat kerja. Kadang dia menangis"

"Kita tak tau apa yang jadi sebenarnya, so biar jela dorang selesaikan semua tu sendiri" kata Winny dan bangun berjalan menuju ke arah Satang yang berdiri dan terdiam itu.

"Aku dah banyak kali nasihat Gemini. Biar la dia fikir sendiri." Kata Winny lagi dan menepuk bahu Satang dan berjalan pergi keluar dari cafe itu.

Satang masih lagi membeku disitu dan terdiam.

____________________________________

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Gemini yang baru saja pulang itu melihat ke arah meja makan. Terdapat makanan di atas meja itu.

Dia menahan dirinya dari menitiskan air mata. Dia sedar walau sudah banyak kali dia melukakan Fourth, tetapi Fourth tetap memasak untuknya dan masih lagi tinggal sebumbung dengannya.

Dia berfikir mengapa seorang yang sebaik Fourth itu ditakdirkan untuk hidup bersama seorang yang hanya pentingkan diri sendiri ini.

Dia merasa kesal dengan perbuatannya itu. Dia sedar yang semua itu adalah salahnya , hanya kerana terlalu tertekan dengan kerja. Dia melepaskan semua itu pada orang yang dia sayang.

Selepas saja siap membersihkan diri, Gemini hanya memandang Fourth yang sedang tidur nyenyak itu. Dia membaringkan tubuhnya di sebelah Fourth dan memeluk erat Fourth dari belakang.

Fourth membuka matanya selepas sahaja Gemini mencium dahinya , dia memusingkan posisi badannya ke arah Gemini dan memberikan senyuman.

Mereka saling memandang antara satu sama lain. Situasi ini membuatkan Gemini mengingat kembali seperti kali pertama mereka tidur bersama di satu katil ini.

Tanpa teragak agak , Gemini mencium bibir Fourth. Fourth membalas semula ciuman itu dan terlihat wajah Gemini yang sedih di dalam pelukan Gemini.

Fourth tersenyum dengan matanya tertutup sambil mengusap lembut rambut Gemini.

Buka saja mata , Gemini sedar yang Fourth tiada di sebelahnya, dengan cepat dia bangun dan keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

"Kau lapar ke? Kejab aku baru nak ma-"

Gemini yang dengan tiba tiba memeluk erat tubuh Fourth dan mula menangis. Fourth memeluk semula Gemini untuk menenangkannya.

Gemini hanya memandang Fourth yang ada di hadapannya dengan riak wajah yang sedih.

Fourth perasan yang Gemini tidak menyentuh langsung makanan itu dan hanya memandangnya.

Fourth memberikan senyuman sambil mahu menyuap makan pada Gemini.

"Tak lapar ke" soal Fourth.

"Kenapa kau tak tinggal je aku. Kenapa kau tak pukul je aku balik. Kenapa ka-"

"Gemn. Aku faham keadaan kau masa tu, aku ada dengan kau walau macam mana pun and apa pun jadi"

"Mulut aku cakap yang aku benci kau , aku nak keluar dari rumah ni , aku tak nak tengok muka kau."

"Tapi hati aku tak" kata Fourth lagi yang tersenyum dan meletakkan tangannya di dada Gemini.

"Sebab kata hati tu perasaan sebenar kita" kata Fourth lagi . Gemini sudah menitiskan air matanya. Fourth mengusap air mata Gemini dengan menggunakan tangannya.

Walaupun tersenyum , air mata tetap mengalir di wajah Fourth , lalu Fourth bangun dan memeluk Gemini dari belakang.

SEE THE WORLD FOR ME Where stories live. Discover now