"selamat pagi" tegur Satang . Gemini hanya tersenyum dan senyumannya itu hilang selepas melihat ke arah Satang yang mengendap ke dalam rumahnya seakan akan mencari sesuatu.
"Cari ape?" Soal Gemini.
"Takde, em ni rumah Fourth kan? Kawan ek?" Soal Satang lagi. Namun Gemini hanya diam dan memandang Satang saja.
"Satang" kata Satang lagi yang menghulurkan tangannya ke arah Gemini.
"Gemini" kata Gemini yang melihat ke arah tangan Satang itu dan berjalan pergi tanpa bersalaman. Satang hanya tersenyum dan melihat Gemini yang makin jauh dari pandangannya itu.
Bagi Satang Gemini adalah seorang yang agak dingin tidak seperti Fourth, seorang yang ceria dan manis.
____________________________________
"Semalam awal kau balik." Soal Winny pada Gemini yang sedang berjalan menuju ke bilik bedah
"Aku tak nak tinggal Fourth sorang lama lama" jawab Gemini pula dan terlihat mereka berdua yang sedang bersedia untuk menjalankan pembedahan.
"Risau betul kau dengan dia." Kata winny pula dan berjalan masuk ke dewan bedah.
Gemini hanya terdiam.Selesai saja pembedahan , kini mereka berdua merehatkan diri di cafe tingkat bawah di hospital itu.
Winny hanya memandang Ke arah Gemini yang termenung tanpa menyentuh langsung air yang dibelinya itu.
"Kau asal?" Soal Winny dan bangunkan Gemini dari terus termenung.
"Kau rasa mata Fourth tu boleh pulih ke kalau buat pembedahan?". Soal Gemini yang sedang memandang ke arah winny.
"Boleh. Tapi hospital kita tak boleh, Bukan kepakaran kita" jawab Winny pula dengan serius
"Aku pernah bedah mata orang buta sebelum ni. Tapi tak pernah berjaya pun walaupun aku dah janji." kata Gemini lagi yang tersenyum pahit. Winny hanya terdiam saja.
Dia faham selama ini Gemini telah berusaha keras selepas kejadian itu terjadi.
Pada 3 tahun lepas. Seorang pesakit wanita yang buta menerima pembedahan mata itu selepas saja diluluskan oleh pihak hospital.
Dan Gemini adalah doktor yang bertanggungjawab ke atas pembedahan itu. Dengan keyakinan tinggi, dia melakukan pembedahan itu. Namun semuanya hanyalah sia sia.
Mata wanita itu tetaplah tidak dapat dipulihkan walaupun telah dijanjikan yang penglihatannya akan pulih sepenuhnya oleh Gemini.
Sehingga kini Gemini hidup dalam perasaan yang bersalah. Hampir tiada waktu rehat untuknya kerana sedang asyik belajar , belajar dan belajar lagi tentang pembedahan ini.
Walaupun pengetahuan dalam dirinya sudah cukup dalam , dia tetap tidak dapat menerimanya.
"Kau tak keringkan rambut ke?" Soal Fourth selepas menyentuh Rambut Gemini yang basah itu
"Sini aku keringkan rambut" kata Fourth kepada Gemini. Gemini yang tersenyum itu duduk bersila di lantai dan rambutnya dikeringkan oleh Fourth menggunakan Tuala kering.
Tiba tiba tangan Fourth dipegang oleh Gemini. Keadaan menjadi sunyi. Gemini membelai lembut tangan Fourth lalu menciumnya.
"Gemn? Kau buat apa" soal Fourth sambil ketawa kecil. Gemini yang menukar posisi duduknya itu ke sebelah Fourth , hanya memandang wajah Fourth.
Dengan tiba tiba Gemini memeluk erat tubuh badan Fourth tanpa berkata apa apa.
Wajahnya terlihat sangat selesa selepas memeluk Fourth. Fourth yang terkejut itu juga terdiam seketika.
Tangannya digerak ke arah bahu Gemini. Fourth juga turut memeluk erat gemini walaupun dia tidak tahu apa sedang berlaku.
Mereka berdua nampak begitu selesa sekali apabila berpelukan.
"Jangan lupa rehat yang cukup" bisik Fourth. Pelukan itu menjadi lebih erat bersama senyuman yang terukir di bibir Gemini.
____________________________________
Terdengar bunyi sesuatu seakan seseorang sedang memasak di dapur, Fourth perlahan lahan berjalan menuju ke arah dimana bunyi itu datang.
"Aw dah bangun? Kejab aku baru nak masak" kata Gemini yang datang membantu Fourth berjalan menuju ke kerusi.
"Kau tak kerje ke?".
"Aku ambil cuti" jawab Gemini yang tersenyum.
"Bagus la , kau tu kena rehat juga . Asyik jaga pesakit je tapi diri tak jaga" kata Fourth pula yang ketawa kecil. Begitu juga Gemini.
"Lepas makan kita keluar. Aku nak bawa kau keluar dari gua ni haha" kata Gemini.
"Aku memang dah biasa hidup dalam gua ni, kalau keluar pun sama je" kata Fourth pula yang tersenyum. Gemini hanya terdiam saja selepas mendengar kata kata Fourth itu. Walaupun senyuman terukir, namun hatinya mesti berasa sedih.
Dia mengusap lembut tangan Fourth sambil memandang wajah Fourth.
YOU ARE READING
SEE THE WORLD FOR ME
Short Story"Mulut aku cakap yang aku benci kau , aku nak keluar dari rumah ni , aku tak nak tengok muka kau." "Tapi hati aku tak" kata Fourth lagi yang tersenyum dan meletakkan tangannya di dada Gemini. "Sebab kata hati tu perasaan sebenar kita" kata Fourth.