Gemini yang melihat Fourth itu tiba tiba terkejut kerana terlihat Fourth yang mula menggerakkan jarinya dengan perlahan.
Gemini yang teruja dan gembira itu mula memanggil nama Fourth dan mula memeriksa keadaan Fourth.
Fourth yang sudah sedar itu diberitahu bahawa minggu depan para doktor akan datang untuk melihatnya, adakah pembedahan itu berjaya ataupun tidak.
"Maaf buat kau tunggu lama" kata Fourth yang tersenyum. Gemini memeluk tubuh badan Fourth dengan senyuman dan mencium dahinya.
Winny hanya tersenyum dan tumpang gembira apabila melihat mereka berdua.
Kini adalah harinya, dimana balutan matanya Fourth akan dibuka dan disaksikan oleh beberapa doktor disitu.
Buka saja balutan mata itu. Fourth hanya memandang ke arah depan saja tanpa memandang ke arah lain.
Dari situ mereka semua merasakan yang pembedahan itu gagal. Gemini terlihat agak kecewa tetapi dia bersyukur yang Fourth selamat dari pembedahan itu tanpa sebarang perkara buruk berlaku.
Tipulah kalau dia tidak kecewa kerana pembedahan yang dia lakukan buat kali 2 ini tidak berjaya , namun apa pun dia tetap harus menerimanya.
Tiba tiba doktor disitu terkejut selepas saja melihat bola mata Fourth yang bergerak melihat ke arah Gemini. Fourth memusingkan kepalanya ke arah dimana Gemini berada.
Gemini tampak agak terkejut selepas saja Fourth yang memegang wajah menggunakan kedua belah tangannya.
"Betul la kau" kata Fourth yang tersenyum manis. Gemini memeluk erat Fourth sambil menitiskan air mata gembira. Begitu juga Fourth yang sudah menitis air matanya.
Doktor disitu juga turut teruja dan berasa sedih melihat mereka berdua.
____________________________________"Gemn aku ingat nak kerja la dengan Satang" kata Fourth yang melabuhkan punggungnya bersebelahan Gemini di sofa.
"Satang? Bar?" Soal Gemini dengan riak wajah yang pelik sambil mengunyah makanan. Fourth mengangguk sambil tersenyum.
"Kau nak kerja apa kat bar tu. Pelayan bar?kalau pelayan bar , Tak payah la"
"Aku carikan kau kerja lain je" kata Gemini dan sambung menonton tv sambil makan.
"Bukan pelayan tapi... Aku nyanyi kat bar tu" kata Fourth sambil meletakkan kepalanya di bahu Gemini.
"Nyanyi? Hmm" soal Gemini dan terdiam berfikir untuk membuat keputusan.
Dia tahu yang Fourth boleh bernyanyi dan suka bernyanyi , jadi dia berfikir untuk membenarkan atau tidak Fourth bekerja disini.
Lagipun bar itu adalah milik Satang. Orang yang mereka kenal dan agak rapat dengan Fourth.
"Boleh la naaa..naaa" pujuk Fourth yang menarik perlahan lengan baju Gemini. Gemini hanya ketawa kecil dengan kelakuan teman lelakinya itu.
"Yela yela. Tapi kena balik sebelum aku balik ok" kata Gemini dan membuat keputusan untuk membenarkan Fourth bekerja.
Selepas beberapa minggu sudah berlalu dan mata Fourth juga sudah pulih sepenuhnya , dia tahu yang Fourth mesti berasa bosan dan sunyi Kerana Gemini yang sering tiada di rumah dan kerja sepanjang hari.
"Baik boss. Thanks" kata Fourth dengan gembiranya dan tersenyum manis lalu , mencium pipinya Gemini.
"Pipi je?" Usik Gemini yang tersenyum. Fourth mengucup bibir Gemini dan memeluknya.
"Ok setiap malam kau akan nyanyi kat sini ok?" Kata Satang yang membawa Fourth ke bar miliknya itu.
"Ok tapi aku kena balik sebelum Gemini balik rumah lah" kata Fourth pula.
"Pukul berapa selalunya Gemini balik?" Soal Satang.
"Kalau kerja petang, emm pukul 11 malam macam tu." kata Fourth kepada Satang sambil tersenyum.
"Ouh ok la lagipun kau masuk kerja dalam pukul 6 petang and habis nyanyi dalam pukul 9 macam tu. Takde hal la."
"Melainkan kau nk kerja lebih masa ha dalam pukul 1 pagi macam tu kau balik la" kata Satang yang tersenyum sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Gila kau. Silap silap tu hari terakhir aku kerja dengan kau"kata Fourth yang menampar perlahan kepala Satang sambil ketawa kecil. Begitu juga Satang yang ketawa.
Fourth mula bekerja dengan Satang mulai esok.
Gemini yang sudah bersiap untuk ke hospital itu mencium dahi Fourth yang sedang tidur nyenyak itu sebelum dia keluar dari rumah.
Dengan senyuman di bibir dan mata yang masih memandang Fourth , Dapat dilihat yang Gemini sangat mencintai Fourth. Tanpa melengahkan masa, Gemini pun berjalan keluar dari bilik dan memandu menuju ke hospital.
YOU ARE READING
SEE THE WORLD FOR ME
Short Story"Mulut aku cakap yang aku benci kau , aku nak keluar dari rumah ni , aku tak nak tengok muka kau." "Tapi hati aku tak" kata Fourth lagi yang tersenyum dan meletakkan tangannya di dada Gemini. "Sebab kata hati tu perasaan sebenar kita" kata Fourth.