CHAPTER 1

515 33 2
                                    

Gemini membuka sarung tangannya dan mula membersihkan tangan yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan seorang pesakit sebentar tadi.

Dia mencuci muka lalu termenung ke arah cermin dan berjalan keluar dari tandas.

"Kesian betul dengan dia. Hm macam mana la dia nak hidup lepas ni kan"

"Tak kan la takde sorang pun?"

"Takde."

Borak beberapa jururawat di hospital itu. Sebaik saja mereka nampak Gemini yang sedang berjalan menuju ke arah mereka ,

Masing masing mula berpura pura sibuk kerana takut dimarahi Gemini.

"Kesian kenapa?" Soal Gemini dengan tiba tiba sambil membelek buku rekod pesakit.

"Pesakit wad 104, dia bu-"

"Ok" kata Gemini sambil mengangkat buku rekod pesakit wad 104 dan berjalan masuk ke wad itu.

Jururawat disitu hanya saling pandang memandang antara satu sama lain.

Gemini mendekatkan dirinya dengan seorang lelaki yang duduk di atas katil sambil memandang ke arah luar tingkap.

"Ok Fourth Nattawat, macam mana keadaan hari ni?" Soal Gemini.

"Emm ok macam biasa" jawab Fourth sambil tersenyum manis.

"Pening? Ada rasa lagi ke?" Soal Gemini lagi sambil mencatat rekod pesakit.

"Takde" jawab Fourth lagi tanpa melihat Gemini dan hanya melihat ke arah tingkap. saja.

"Boleh tak kalau jawab soalan tu pandang saya?" Kata Gemini yang matanya tidak lepas dari memandang Fourth.
Fourth memusingkan kepalanya dengan teragak agak dan melihat ke arah Kirinya.

Gemini hanya terdiam dan melihat semula buku rekodnya. Ada satu perkara yang Gemini terlepas iaitu ,Fourth adalah pesakit yang telah dimasukkan ke hospital itu sejak 2 minggu yang lepas.

Akibat terlibat dalam satu kemalangan yang agak dasyat, tangan kanannya patah dan matanya buta kerana tercucuk serpihan kaca.

Kini tangannya sudah pulih sepenuhnya dan dia juga telah dibenarkan untuk pulang.

"Rehatlah. Esok saya datang lagi untuk rekod kesihatan awak" kata Gemini dan bergegas keluar.

Gemini hanya terdiam dan sambung semula kerjanya sebagai seorang doktor pakar.

Keesokan harinya dia bekerja seperti biasa , sebelum masuk ke wad 104 dia sempat bertanyakan sikit tentang pesakit bernama Fourth itu pada seorang jururawat yang bertugas di wad itu.

"Ouh Fourth. Dia buta lepas je eksiden. Sekarang dia dah boleh balik tapi tak ada keluarga yang terdekat datang ambil dia."

"Em tak silap dia cakap yang dia tinggal sorang dan dia boleh balik sendiri. Haih entah la dokter macam mana dia nak hidup sorang dengan tak nampak."

"Takpe la saya nak pergi sambung kerja dulu" kata jururawat itu dan berjalan meninggalkan Gemini yang masih berdiri dan terdiam itu.

"Fourth macam mana harini?" Soal Gemini yang duduk bersebelahan Fourth di atas katil itu.

Kali ini Fourth memandang ke arah yang betul , mungkin kerana dia dapat rasakan tubuh gemini yang duduk di sebelah kanannya.

"Saya dah boleh keluar doktor, saya sihat" jawab Fourth sambil ketawa kecil. Gemini masih lagi memandang Fourth dan memandang ke arah luar tingkap sambil terdiam.

Beberapa jam kemudian, Gemini datang semula ke wad dimana Fourth berada sambil membawa kerusi roda.

"Fourth jom saya bawa keluar ambil angin" kata Gemini dan membantu Fourth duduk di kerusi menuju ke taman belakang hospital.

Sampai saja di taman itu mereka berdua mula berborak dan salin mengenali antara satu sama lain.

Hubungan mereka agak rapat dan mereka berdua juga telah menjadi kawan.

"Kau ni biar betul, tak dela dia tu orang luar tak kan la kau Senang je nak bawa balik rumah kau" soal kawannya Winny , seorang doktor di hospital itu juga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau ni biar betul, tak dela dia tu orang luar tak kan la kau Senang je nak bawa balik rumah kau" soal kawannya Winny , seorang doktor di hospital itu juga.

"Aku kesian dengan dia. Kau fikir la sendiri dengan mata yang tak nampak tu hidup nak sorang sorang."

"Kalau duduk dengan aku sekurang kurangnya ada jugak orang tengokkan dia" kata Gemini sambil meneguk segelas air kopi.

"Kalau ada lagi pesakit yang macam Fourth tu kau nak buat perkara yang sama ke?" Soal Winny kepada Gemini. Namun Gemini hanya terdiam dan termenung.

"Aku buta je bukannya lumpuh. Aku boleh hidup sorang macam sebelum ni" kata Fourth yang menolak ajakan Gemini untuk tinggal bersama itu.

"Aku kerja malam harini , esok pagi aku datang sini ambil kau and terus balik" kata Gemini yang tersenyum dan keluar dari wad itu. Fourth hanya terdiam saja.

SEE THE WORLD FOR ME Where stories live. Discover now