CHAPTER 4

318 27 0
                                    

Terlihat Gemini yang sedang memilih baju bersama Fourth di sisinya.

Dengan tiba tiba bahu Fourth telah dilanggar oleh seorang gadis. Gadis itu memandang ke arah Fourth dengan riak wajah yang marah.

"Eh buta ka ape hah?? Langgar orang pulak" marah gadis itu. Suara yang kuat itu membuatkan Gemini memandangnya.

"Maaf la sa-"

"Kitaorang memang berdiri je, kau yang langgar dia" kata Gemini yang memandang atas bawah gadis itu.

Gadis itu hanya terdiam dan melihat ke arah Fourth semula , selepas memerhatikan mata Fourth dengan teliti.

Dia dapat tahu yang Fourth sememangnya buta , gadis itu hanya tersenyum sinis.

"Ouh memang buta ke? Kalau dah tau diri tu menyusahkan orang , duduk jela kat rumah tak payah nak sibuk keluar!" Kata gadis itu dengan bangganya.

Tiba tiba tubuh badan gadis itu ditolak kuat oleh Gemini.

"Apa masalah kau!?" Soal Gemini dengan riak wajah yang tidak berpuas hati.

Terlihat Gemini yang mengangkat tangannya untuk menumbuk gadis itu. Tetapi bernasib baik kerana orang awam disitu cuba untuk menenangkan Gemini.

Fourth juga cuba menenangkan Gemini , tangannya menarik lengan Gemini untuk berhenti.

"Gemn dah la tu. Tkpe" kata Fourth dengan nada suara yang sedih.

Gemini kini terlihat seperti sedikit tenang tetapi matanya masih lagi memandang tajam ke arah gadis itu. Berasa sedikit takut , gadis itu pun berjalan pergi dari situ.
____________________________________

Mereka berdua sudah pun berada di dalam kereta untuk pulang . Gemini memandang Fourth dan memegang tangannya , Fourth memusingkan kepalanya ke arah Gemini dan tersenyum.

"Jangan fikir sangat pasal tadi , kau ta-"

"Gemn aku ok" kata Fourth yang tersenyum , Fourth mengusap lembut tangan Gemini sambil tersenyum.

Gemini tahu yang Fourth sorokkan perasaan sedihnya itu dengan senyuman manisnya.
Wajah Gemini masih lagi terlihat sedih dan risau. Dia mengangguk perlahan dan memandu pulang.

Sampai saja di rumah , Gemini mengajak untuk Fourth tidur bersamanya malam ini. Fourth mengangguk dan bersetuju untuk tidur bersama Gemini.

Mereka berdua yang saling berpandangan itu tersenyum. Walaupun Fourth tidak dapat melihat , namun Gemini dapat rasakan yang matanya memandang tepat ke arahnya.

Susana yang riuh dengan ketawa mereka berdua itu , tiba tiba menjadi sunyi selepas saja Gemini mengusap lembut bibir Fourth. Mereka berdua terdiam.

"Boleh aku.." kata Gemini yang mendekatkan wajahnya dengan Fourth.
Fourth yang tersenyum itu mengangguk.

Gemini mencium lembut bibir Fourth selepas saja mendapat kebenaran itu.

"Kalau aku cakap yang aku suka kau. Kau pun akan cakap benda yang sama ke?" Soal Gemini. Fourth tersenyum dan mencium bibir Gemini. Gemini membalas kembali ciuman itu dan mencium dahi Fourth.

Sambil berpelukan , pada malam itulah mereka berdua membuat keputusan untuk bersama.

Kini sudah 4 bulan mereka menjalinkan hubungan cinta.

Gemini sentiasa menjaga Fourth dan ada dengannya sentiasa , walaupun sibuk dengan kerja . Dia tetap akan curi masa untuk bersama Fourth.

Terlihat mereka berdua yang makan bersama sambil ketawa, Gemini yang menyuap Fourth makan itu tersenyum gembira kerana melihat Fourth bahagia bersamanya.

"Gemn. Aku percayakan kau"

"Buka je mata , kau la orang pertama yang aku nak tengok" kata Fourth yang mengusap lembut pipi Gemini. Gemini hanya terdiam dan tersenyum.

Berat hati Gemini untuk menunaikan hajat Kekasihnya itu.

Fourth telah meminta matanya dibedah oleh Gemini, walaupun dia tahu yang peratus untuk pulih itu sangat rendah.

Namun dia sangat mempercayai Gemini dan tidak menyalahkan Gemini jika pembedahan ini gagal.

Pada mulanya Gemini menolak untuk melakukannya, tetapi Fourth memujuknya sehinggalah dia bersetuju.

Walaubagaimanapun, dirinya masih lagi risau akan keadaan Fourth selepas saja pembedahan dijalankan. Dia tidak mahu apa apa perkara buruk berlaku pada orang yang dia sayang.

SEE THE WORLD FOR ME Where stories live. Discover now